DENDAM DARI BILIK RAHSIA



Nasihat yang diluahkan oleh ibunya, disambut dengan perasaan separuh hati. Nonong tahu,
jawapan dari ibu sekadar melepaskan batuk di tangga. Lebih-lebih lagi bila ibu menekankan
tentang ‘berdoa,’ terasa lucu sekali. Ibunya sendiri menyaksikan dia berdoa siang malam.
Jadi kenapa perkara itu ditekankan, bila dia bercakap tentang jodoh. Sebuah pertanyaan yang
sukar dicari jawapan pasti. Tetapi, menimbulkan tanda tanya dan misteri yang tidak berjawap.
Kalau dikutkan hati memang Nonong tidak mahu berdoa lagi. Dia sudah bosan dan perbuatan itu
kerja sia sia. Tuhan bagaikan menolak permohonannya melalui doa.
Nonong juga sudah jemu berusaha, benci melihat muka dukun, pawang dan bomoh yang bukan
sedikit mengaut wangnya. Jodoh yang diharapkan tidak juga menjelma.
Dalam suasana kehidupan yang serba tertekan zahir batin, Nonong berazam mahu meluluskan
dirinya dari kepompongan keluarga, dan masyarakat sekitar yang selalu beranggapan gadis
berusia lanjut, tidak menikah merupakan tanda tidak baik untuk keluarga, hidup tidak beruntng.
Kerana Nonong bertugas dengan kerajaan di bawah Kementerian Luar dia berpeluang untuk
bertugas di seberang laut.
Kesempatan itu di manfaatnya dengan sebaik mungkin untuk keluar dari suasana yang tidak
menyenangkan itu. Nonong mengemukakan permohonan untuk bertugas di luar tanah air.
Harapannya terlaksana. Nonong gembira bukan kepalang. Dia dihantar berkhidmat di Konsul
Republik Indonesia, di Pulau Pinang sebagai kerani.
Di Pulau Mutiara, Nonong bagaikan mengalami kejutan budaya yang amat berbeza dengan di
Medan. Dia turut melibatkan dirinya dengan dunnia yang serba baru dan asing itu. Nonong yang
selama ini merasakan pergerakannya agak terbatas, kini mula mengubah cara hidupnya sesuai
dengan situasi yang dihadapinya.
Di Medan pulang sahaja dari pejabat, dia tidak kemana-mana. Banyak menghabiskan masa
bersama ibu. Menemani ibunya mengajar tarian dan anak-anak gadis yang berminat dalam
bidang tarian tradisional dikelas menari. Bila ibu dan kumpulannya diundang menghiburkan
orang ternama dalam sebuah upacara penting seperti pembukaan gedung perniagaan, ulangtahun
kemerdekaan dan sebagainya. Nonong akan turut serta.
Kerana kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh Nonong, dia menjadi perhatian para tetamu
undangan. Dan orang tertentu segera menyiasat latar belakang diri dan keluarga. Tetapi, ibunya
bagaikan enggan memberi kerjasama. Dan perkara itu tidak berlanjutan, mati begitu saja.
Keadaan di Pulau Mutiara yang serba membangun dan sibuk menyebabkan Nonong menyususun
agenda hidup tersendiri yang berbeza dengan di Medan.
Bagaikan bumi dengan langit. Dari seorang gadis yang agak pemalu dan sering merasa rendah
diri bertukar menjadi gadis yang periang. Dia melibatkan diri dengan badan-badan sukarela.
Menjalinkan persahabatan dengan siapa saja. Mula berusaha untuk menguasai bahasa Inggeris
dengan baik.
DORONGAN
Kerana desakan dan dorongan kawan-kawan, Nonong mula mengunjungi kelab-kelab malam.
Secara beransur ansur dia mula menghisap rokok dan berjinak-jinak dengan alkohol. Dia makin
jarang menghalakan wajahnya ke arah kiblat.
Begitulah Nonong, amat cepat berubah. Apa yang sedang dilaluinya membuat dia lupa dengan
masalah yang menggayuti kehidupan dan dirinya. Tidak timbul masaalah belum bertemu jodoh,
tidak kisah dengan usianya yang kian bertambah. Semuanya sudah dilemparkan jauh-jauh dari
dalam kotak hati dan fikirannya.
Seiring dengan itu , Nonong tidak suka melihat wajahnya di cermin, tidak suka menghias diri
untuk menarik perhatian lawan jenis. Tidak ambil peduli dengan jiran kiri kanan rumah sewanya.
Sesuatu yang sungguh drastik bila Nonong tidak menulis surat atau menghubungi keluarganya di
Medan. Dia bagaikan mahu menjauhkan diri dari mereka.
Ternyata usaha itu tidak sepenuhnya berhasil. Kedua-dua orang tuanya sering mengunjunginya,
terutama ibunya yang boleh dikatakan setiap bulan datang ke rumah sewanya. Dan secara
sembunyi-sembunyi (ketika Nonong tidur) mengusap tubuh anaknya dengan asap kemenyan.
Kisah yang diungkap Nonong memang mengharukan. Saya bersimpati dengan nasib yang di
alaminya. Mengapa gadis yang lambat kahwin menjadi buah mulut masyarakat. Dan apakah
perkara seperti ini, hanya berlaku dikalangan masyarakat melayu sahaja. Fikir saya dalam hati.
“Ada lagi yang mahu ceritakan, Nonong?” Itu yang terluah dari kelopak bibir datuk, sebaik
sahaja Nonong berhenti bercakap dan tidak mau menyambung lagi.
Saya resah sendirian melihat Nonong menundukkan muka. Kedua-dua belah sayap bahunya
bergerak lemah. Mengertilah saya, bahawa gadis cantik tidak bahagia itu sedang tersedu hiba.
Kalau sudah begini kesudahannya, tidak mungkin Nonong mahu melanjutkan cerita. Saya
membuat andaian sendiri.
“Tak apalah memanda, cukup setakat ini saja. Hiba benar rasanya hati.”
Saya arahkan sepasang mata ke arah Nonong. Andaian saya hampir menjadi kenyataan.
“Maafkan saya,” lemah benar nada suara datuk.
Tiada jawapan dari Nonong. Cuma yang kedengaran sedu dan sedannya sahaja.
Mungkin kerana hiba atau tidak mahu terpengaruh dengan kesedihan yang melanda hati Nonong,
datuk segera bangun menuju ke jendela. Berdiri di situ, merenung keluar. Nonong masih juga
tersedu. Dan saya tidak bergerak ke mana-mana. Sedu-sedan Nonong beransur lemah dan
akhirnya mati begitu sahaja. Suasana di ruang makan terasa amat sepi sekali.
Perlahan-lahan datuk melangkah kembali ke tempat asalnya. Sejak datuk berdiri di tepi jendela,
saya tidak menumpukan perhatian ke arah Nonong, saya lebih banyak merenung dinding rumah
tamu sambil mengelamun sendirian. Tiba-tiba datuk menyebut perkataan Allah hu Akbar yang
diikuti dengan batuk kecil. Pada hemat saya batuk itu sengaja dibuat-buat. Barangkali untuk
menarik perhatian saya atau Nonong.
Entah macam mana ketika saya menoleh ke arah datuk secara tidak sengaja terpandang wajah
Nonong. Pandangan kami bertembung. Tidak percaya rasanya, Nonong menghadiahkan senyum.
Nampak cukup menarik dan manis sekali. Tidak berkedip kelopak mata saya memandang ke
aranya. Alam khayalan yang tidak bertepi itu, datuk batuk lagi. Saya tahu itu batuk nakal.
Memang, ekor mata datuk tetap menyorot setiap inci pergerakan diri saya.
“Kenapa Tamar?” Soal datuk, sepasang biji matanya merenung tepat ke arah saya, “ kamu
nampak resah semacam saja,” tambahnya bersama senyum sinis.
“Ehhh……..” terkeluar dari kelopak bibir saya.
“Kenapa Tamar?”
Memang tidak saya duga pertanyaan itu datang dari Nonong. Nadanya tidak lagi membayangkan
keresahan. Saya jawap pertanyaan itu dengan mengelengkan kepala. Senyuman pun berlari di
kelopak bibir Nonong.
Aduh! Manis sekali senyuman gadis anak Deli ini , bisik batin saya.
KESAN
Sebagai orang tua yang banyak pengalaman, datuk dapat mengesan yang sesuana di ruang makan
agak aman. Perasaan Nonong tidak bercelaru lagi. Ketika yang baik untuk mencungkil kisah
lampau gadis Deli yang tertonggok di sisinya.
“Perasaan kamu dah tenang Nonong?”
Nonong anggukan kepala.
“Bolehlah kamu bercerita lagi.”
“Ehhhh……memanda,” Nonong seperti tersentak. Anak mata hitamnya dihalakan ke arah saya
untuk beberapa saat. Perlahan-lahan saya anggukkan kepala sebagai tanda supaya Nonong
memberikan kerjasama pada datuk.
“Boleh Nonong,” ulang datuk lemah.
“Boleh,” sahut Nonong.
Datuk membetulkan duduknya supaya selesa. Bila merasai cara duduknya serasi dengan
kemahuan hatinya, datuk mengeliat lemah. Saya menanti penuh debar. Apakah kisah silam yang
bakal diungkapkan oleh Nonong itu akan membuka jalan bagi menjejaki, kenapa dia tidak mahu
didampingi lelaki?.
Sepuluh minit masa berlalu, Nonong masih belum membuka mulut, asyik merenung keluar saja.
Resah mula terpamer di wajah datuk. Dua tiga kali orang tua itu menarik dan melepaskan nafas.
Nonong kelihatan masih bersahaja, buat tidak kisah semacam.
“Keadaan kamu bertambah kelam kabut bila mendapat tahu yang emak kamu meninggal dunia?”
Datuk cuba memancing agar Nonong memulakan kisah.
“Memang benar memanda,” sahut Nonong pantas.
Dari gerak geri dan gambaran di wajahnya membayangkan kesungguhan Nonong untuk
bercerita. Saya gembira dengan keputusan yang dibuat oleh Nonong. Datuk juga barangkali
sependapat dengan saya.
“Kematian emak membuat saya seperti orang gila, berhari hari saya menangis. Emak tidak sakit
apa-apa, mati cara mengejut. Lemah seluruh sendi badan bila menerima berita kematiannya, saya
balik ke Medan dengan kapalterbang.”
“Kamu ikut menghantar jenazah emak kamu ke tanah kubur?”
“Iya, memanda atas permintaan ayah, emak di tanam betul-betul atas sempadan antara kawasan
tanah kubur dengan tanah milik orang perseorangan.”
“Orang persaorangan itu tak marah?” datuk ajukan pertanyaan. Nonong termenung sebentar,
macam ada sesuatu yang bermain dalam tempurung kepalanya.
“Ayah minta izin dari orang tu, ” jawap Nonong.
“Kenapa ayah kamu buat macam tu, kenapa tidak dikuburkan dalam kawasan tanah kubur.”
“Itu permintaan emak saya, memanda.”
“Pelik,” keluh datuk lemah.
Perkataan “pelik” yang diucapkan oleh datuk dapat didengar oleh Nonong. Tetapi, dia tidak
menunjukkan sebarang reaksi. Wajahnya nampak selamba sahaja. Seterusnya, Nonong pula
meluahkan apa yang ada di dalam kalbunya pada saya dan datuk .
Kata Nonong kematian ibunya cara mendadak tanpa sebab sungguh mengejutkan.
“Kematian emak cara mendadak tanpa sebab sungguh mengejutkan kaum keluarga. Masingmasing
tertanya-tanya puncanya dan setiap keluarga membuat andaian yang tersendiri, tidak
terlepas dari anggapan yang emak jadi korban perbuatan orang yang sakit hati terhadapnya
melalui ilmu hitam,” kata Nonong.
“Kamu pula berpendapat macam mana dalam hal ini, Nonong,” celah datuk sebaik sahaja
Nonong berhenti bercerita. Nonong renung kearah dinding sambil mengosok-gosok hujung
hidungnya dengan jari telunjuk.
“Saya memanda?” Nonong bertanya minta kepastian.
“Iya,” angguk datuk tenang.
“Saya tak ada apa-apa. Ajal emak sudah tiba,” jawap Nonong penuh yain.
“Apa kata adik beradik kamu yang lain.”
“Tidak pulak saya bertanya pada mereka tentang hal itu. Harun nampak macam biasa. Tapi
Khatijah………” Nonong tidak meneruskan, air mukanya berubah.
TERBUKU
Perubahan wajah Nonong bagaikan memberi gambaran ada sesuatu yang terbuku dalam
batinnya. Dan datuk mahu memanfaatkan peluang itu dengan sebaik mungkin. Datuk tahu, kalau
dia terlalai atau terlambat, Nanong akan mengalihan persoalan yang dibincangkan kepada
persoalan lain.
“Maksud kamu Khatijah, adik kamu yang di Tanjung Pura.”
“Iyalah memanda Khatijah mana lagi,” Nonong ketawa kecil.
Datuk senyum penuh yakin Nonong berada dalam keriangan. Agar suasana menjadi lebih rancak,
datuk turut berjenaka. Saya dan Nonong ketawa kecil, tidak terasa berada dalam keadaan
tertekan untuk menyelesaikan sesuatu masaalah yang dikira agak serius juga.
“Apa yang Khatijah katakan kepada kamu Nonong?”
“Ha……….” Nonong seperti tersentak.
Mungkin dia tidak menduga datuk mahu menimbulkan tentang apa yang dikatakan oleh Khatijah
kepadanya. Nonong seperti tidak tentu arah. Sekejap garu pangkal leher, sekejap garu cuping
telinga.
“Apa katanya Nonong?”
Dalam keadaan yang agak tertekan, datuk terus bertanya dan mendesak. Terbukti, Nonong sudah
terjerat dan dia tidak boleh berdalih lagi.
“Cakaplah Nonong,” kata datuk terus memujuk.
“Kata Khatijah yang kebetulan berada dekat emak pada malam kematian itu, ada sesuatu yang
ganjil terjadi sebelum emak meninggal dunia,” cukup hati-hati Nonong mengatur kata-kata.
“Teruskan….” Desak datuk lagi, dia tidak mahu kisah itu terhenti begitu saja. Bila kerap
berhenti, mungkin keghairahan Nonong untuk bercerita menjadi tawar.
“Malam itu, sebelum nyawa terpisah dari badan, matanya terbeliak merenung kemana saja.
Emak mengoyak-ngoakkan baju dan kain yang dipakai, dia bertelanjang bulat lari ke setiap sudut
ruang rumah….”
Nonong behenti bercerita, tunduk merenung lantai. Perlahan-lahan dia menarik dan melepaskan
nafas. Barangkali dia terfikir, menceritakan keburukan ibu pada saya dan datuk sama seperti
menceritakan keburukan dirinya.
“Khatijah tidak beritahu kamu, ketika itu ayah kamu berada di mana Nonong?”
Nonong angkat kepala merenung wajah datuk yang menghamburkan pertanyaan. Saya resah
sendirian, mengaru pangkal leher yang tidak gatal. Di luar cuaca masih macam tadi. Kicau
burung di halaman bagaikan bercampur baur dengan deru kenderaan.
“Masa kejadian itu, ayah ke masjid. Suami Khatijah dan Harun segera mendapatkan ayah. Sebaik
sampai di rumah ayah dengan dibantu oleh suami Khatijah, Harun segera bertindak. Ayah
menyelimutkan emak dengan kain gebar tiga warna yang diambil dari bawah katil.” Lagi sekali
Nonong berhenti bercerita. Dia memicit-micit kepalanya.
“Kenapa Nonong?” Tanya saya.
“Aku pening Tamar, aku terasa macam ada orang memukul pangkal leher aku dengan dahan
jambu batu kering bercabang tiga.”
“Bertenang Nonong.”
Datuk mengambil secawan kopi yang tersedia di situ. Sebelum diserahkan pada Nonong , saya
melihat datuk menyapu punggung cawan tiga kali dengan telapak tangan kiri. Bermula dari
pangkal telapak tangan membawa ke hujung jari. Mulutnya bergerak. Ada sesuatu yang datuk
‘tawarkan’ pada air kopi tersebut.
TEGUK
Seteguk air kopi dihirup, Nonong nampak aman. Tidak lagi memicit-micit kepalanya.
“Ada lagi yang mengganggu kamu Nonong?”
“Tak ada memanda.”
Nonong menyerahkan cawan kopi itu kembali kepada datuk. Sebaik sahaja tangkai cawan
terkena ibu jari datuk, punggung cawan terus bocor. Tembikar berselerakkan di lantai, air kopi
tumpah hilang meresap dalam papan lantai.
“Biarkan di situ, nanti aku sendiri yang bersihkan.” Datuk memberi amaran.
Saya tidak jadi memegang badan cawan yang tidak pecah dan mengumpulkan tembikar
punggung cawan yang berserakan di lantai.
“Bila emak dibalut dengan selimut khas tiga warna, dia tidak menjerit tetapi nampak lemah.
Ayah membawa emak masuk ke bilik khas, tempat dia selalu beramal. Emak tidak membantah
malah dia membayangkan memang itulah yang dihajatinya.”
“Dikunci?” Datuk renung batang hidung Nonong.
“Iya,” angguk Nonong.
“Lepas tu, tak ada kejadian lain?” Tekan datuk.
“Menurut kata adik (Khatijah) setelah dikurung, emak memanggil-manggil nama saya serta
nama orang lain yang dikenali oleh adik saya,” ungkap Nonong sambil merenung lesu ke arah
datuk dan saya. Dari sinar matanya, dia memang mengharapkan sesuatu dari datuk.
Penceritaan selanjutnya makin lancar dan rancak. Tidak tersangkut-sangkut seperti tadi. Nonong
semakin yakin dengan keikhlasan hati datuk. Dia semakin berani dan bersemangat.
Kematian emak sungguh pelik dan tidak wajar. Setelah dikurung semalaman, pagi-pagi esoknya,
adik (Khatijah) membuka pintu bilik untuk melihat keadaan emak. Sebaik sahaja pintu dibuka,
adik saya terkejut besar, emak terlentang kaku di lantai, sudah menjadi mayat. Tangannya
terkedang macam mahu menjamah sesuatu.”
Nonong berhenti bercakap, sambil mengerut dahi. Dia cuba mengingati sesuatu. Bila diingat
muncul dalam benaknya, Nonong tersenyum dan terus menyambung kisah yang tersangkut.
“Mata emak terbeliak macam takutkan sesuatu atau terpandangkan benda yang mengerikan.
Uban yang hampir, memenuhi kepalanya bertaburan atas lantai. Adik saya yakin, uban itu
dicabut sendiri oleh emak,” Nonong menelan air liur. Renungan matanya redup kearah halaman
rumah yang berumput hijau.


DENDAM ANGUT LUMPUH


                                                                      

SEBATANG parit yang melintasi tengah kampung selalu dikaitkan oleh orang-orang kampung dengan dendam Angut Lumpuh. Siapa saja yang terkena dendam Angut Lumpuh nescaya akan menjadi lumpuh kalau umur panjang, sebaliknya kalau sampai ajal akan mati. Apakah yang dikatakan Angut Lumpuh ini pun saya tidaklah tahu sangat, cuma Kadir Misai yang mengajak saya ke Jerantut di Pahang apabila adiknya dikatakan sakit akibat disampuk dendam Angut Lumpuh ini.

Kadir Misai pun hanya mengesyaki saja adiknya disampuk dendam Angut Lumpuh. Ini disebabkan apabila penduduk kampung itu diserang sakit luar biasa, maka mereka akan cepat mengesyaki terkena sampuk Angut Lumpuh. Kerana tidak mahu menghampakan hati Kadir Misai saya pun bersetuju ke Jerantut pada malam itu juga. Lagi pun saya sendiri ingin untuk mengetahui apakah yang dikatakan Angut Lumpuh itu. Kalau puaka mengapa pula dinamakan Angut Lumpuh? Kalau jenis syaitan dari mana pula datangnya nama Angut Lumpuh?

Ketika saya sampai di rumah ayah Kadir Misai, memang adiknya berumur 13 tahun masih tidak sedar diri. Kata Lebai Man iaitu ayah Kadir Misai sudah tiga hari Zuki anaknya tidak sedarkan diri. "Kenapa awak tak panggil Ulung Bahar di Lancang?" tanya saya pada Kadir Misai. "Ah, awak pun sama juga ustaz..." bisiknya. "Tapi lebih elok orang sini juga" kata saya cuba menarik perhatian dia. "Mana nak ingat semua tu, dalam keadaan macam ni" ujarnya sambil memanjangkan bibir menunjuk ke arah adiknya yang terlentang di tengah rumah. "Kawan ingat, usaz pun bolehlah..." jelasnya perlahan."Ha, cubalah ustaz" Lebai Man pula menggesa.

Sukar juga saya mahu membuat keputusan. Orang sudah mendesak supaya saya tengokkan Zuki. Kalau saya mahu berdalih mengapa tidak menolak semasa Kadir Misai datang menjemput ke rumah. Sebenarnya saya datang hanya untuk mengetahui apakah yang dikatakan Angut Lumpuh itu. Kebetulan Dukun Pak Cu Jabat sudah mengubatnya. Dia sendiri meminta saya pula mencubanya. Dukun Pak Cu Jabat juga mengesyaki memang angkara Angut Lumpuh. Dari dialah saya diberitahu mengenai parit yang melintasi kampung, yang telah saya lalui bersama Kadir Misai ketika datang ke situ, memang ada kaitan dengan Angut Lumpuh ini.

Beberapa tahun dulu anak saudara dia meninggal dunia setelah terkejut melihat seorang perempuan tua berjalan menginsut punggung di dalam parit tersebut. Dia tidaklah meninggal dunia sebaik saja melihat perempuan tua itu, sebaliknya jatuh demam. Budak baru berumur empat tahun itu memberitahu emaknya dia ternampak seorang nenek tua menginsut punggung mudik parit tersebut.

Kira-kira sebulan lebih budak itu sakit, dia pun meninggal dunia. Dukun Pak Cu Jabat memberitahu kalau ternampak perempuan tua itu nyatalah dia Angut Lumpuh. Maksudnya Angut ini ialah nenek kepada nenek. Sekiranya ternampak dia mudik bererti susahlah hendak diselamatkan pesakit berkenaan, sebaliknya kalau dia menginsut ke hilir masih ada harapan untuk sembuh, tetapi mangsanya itu akan lumpuh.

Dia juga menceritakan seorang lelaki tepok di dalam kampung itu yang disebabkan angkara dendam Angut Lumpuh. Kaki dan tangan sebelah kanannya menjadi lumpuh setelah sembuh dari sakitnya. Lelaki itu sekarang sudah berumur lebih 40 tahun dikenali sebagai panggilan Apat Tepok saja. Seorang lagi sepupu Lebai Man menjadi tidak siuman selepas sembuh dari sakit yang dikatakan akibat terkena sumpahan Angut Lumpuh ini. Sebenarnya sudah banyak mangsa Angut Lumpuh itu sejak beberapa tahun dulu. Parit itu adalah anak sungai kecil yang mata airnya terbit dari bukit dalam kampung itu juga, sekarang ini bukit berkenaan sudah pun ditebang tebas dijadikan kebun getah.

Kalau ternampak Angut Lumpuh tu di dalam parit tu, hah tanda nahaslah tu... ujar Dukun Pak Cu Jabat. "Ada yang terjumpa?" tanya saya. "Siapa yang jumpa Angut Lumpuh, kalau tak lumpuh, mati..." sahut Lebai Man pula menguatkan lagi dakwaan Pak Cu Jabat. "Zuki ni jumpa?" soal saya lagi. "Tak taulah..." beritahu Lebai Man perlahan. "Tengah makan tiba-tiba dia pening kepala, langsunglah tak sedar diri. Fasal itulah kawan telefon pada Kadir di Kuala Lumpur" jelas orang tua itu seterusnya.

Lama saya memikirkan apakah cara mahu dilakukan terhadap Zuki. Kalau Pak Cu Jabat seorang dukun sudah berusaha memulihkan, pada hal dia sudah berpengalaman sekian lama di situ tetapi tidak berhasil, bagaimana pula saya mahu mencubanya. Kerana tidak terfikirkan cara yang lain, lalu saya mengajak semua orang yang ada di situ bersama-sama dengan saya membaca Yassin. Mereka bersetuju dengan cadangan saya, iaitu membaca Surah Yassin. Lebai Man juga setuju saya mengepalai bacaan Yassin tersebut.

Tiga kali bacaan Yassin dibuat barulah saya dapati Zuki mula menggerakkan badannya. Bagaimanapun dia masih tidak sedarkan diri. Dia seolah-olah mahu bangun untuk melompat ke tanah, tetapi tenaganya masih lemah. Zuki terbaring semula. Apabila dipanggil namanya dia tetap mendiamkan diri. Hati saya lega kerana Zuki sudah mula menggerakkan badan. Walaupun dia masih belum sedarkan diri, namun ada perubahan juga. Tidaklah terlentang tidak bergerak-gerak seperti mula-mula saya datang. Saya sampai di rumah Lebai Man kira-kira jam 11.30 malam. Ketika ini masih ramai lagi orang datang menziarahi Zuki.

Saya lihat Pak Cu Jabat juga tersenyum dengan perubahan Zuki. Setelah setengah jam Zuki boleh menggerakkan badan, dia pun mula berpusing ke kiri ke kanan dalam keadaan masih lemah. Nafasnya saja kencang turun naik. Dia tidak bercakap apa-apa pun. "Ada perubahan nampaknya, ustaz..." kata Dukun Pak Cu Jabat. "Alhamdulillah..." sahut saya perlahan. "Dukun ni bukan kira besar kecil, kira rasi" ujar Pak Cu Jabat mengurut-ngurut misainya. "Kira rasi, kalau rasi dukun dengan ubatnya, hah macam kunyit jumpa kapur aje laa" dia terangguk-angguk puas hati dengan perubahan Zuki yang sudah tiga malam tidak bergerak-gerak.

Semakin lama semakin keras Zuki berpusing ke kiri ke kanan. Terpaksa pula Kadir Misai memegangkan kakinya. Tetapi cepat saja kaki Zuki menyinggahi dada Kadir Misai. Terundur juga Kadir Misai ke belakang bila kaki itu menerjah ke dadanya. "Mari kita cuba sama-sama Pak Cu" saya menepuk bahu Pak Cu Jabat. "Silakan dulu..." dia menyuruh saya terus menghadapi keadaan Zuki yang semakin keras. "Pak Cu bantulah saya" kata saya mengharapkan dia sama-sama menggunakan kemahirannya. "Iya, ya...silakan" ujarnya sambil rapat kepada Zuki.

Zuki tidak meronta-ronta, tetapi dia membalikkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Makin lama semakin kencang dia membalikkan tubuh ke kiri dan ke kanan. Saya lihat Pak Cu Jabat sudah terkumat kamit mulut membacakan ayat-ayat tertentu, yang saya tidak tahu apakah ayatnya. Seperti Ulung Bahar yang pernah saya temui, Pak Cu Jabat juga tidak menggunakan kemenyan, bertih, limau atau ramuan-ramuan khas bagi mengubati pesakit.

Zuki masih membalik-balikkan tubuh ke kiri ke kanan. Sekali-sekala dia mendengus bagaikan hidung tersumbat. Saya menyorot tubuhnya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Lama kelamaan tubuh Zuki hilang dari sorotan saya. Keliling saya menjadi gelap seketika. Setelah melepasi kegelapan itulah saya dapati diri saya terlalu jauh di dalam kawasan hutan yang terdapat satu parit anak sungai yang kecil. Parit tersebut sama seperti parit yang melintasi di tengah-tengah kampung Kadir Misai. Cuma keadaan kelilingnya saja dipenuhi hutan dan anak-anak pokok.

Lama saya berlegar-legar mencari punca di manakah saya telah sampai. Akhirnya saya dapat mengangak bahawa anak air yang saya temui itu adalah anak air di kampung itulah seperti keadaannya beberpa puluh tahun dulu. "Mungkinkah saya sudah berjalan terlalu jauh?" fikir saya dalam kebingungan. Ketika ini saya teringat untuk membaca Ayat Waddhuha. Saya membaca tiga kali barulah saya mendapat pedoman mengenai anak air itu. Memang itulah anak air yang saya cari. Tidak salahlah dakwaan Pak Cu Jabat mengenai anak air yang mengalir di tengah kampung itu sudah banyak memakan mangsa.

Dalam masa saya merayau-rayau ini kedengaran kepada saya suara orang mendehem. Cepat-cepat saya berpaling memerhatikan arah suara itu. Seorang lelaki berserban putih, mukanya bersih berbau harum sambil memegang tongkat semambu dari rotan beruas songsang. Dia memimpin tangan Zuki masih teragak-agak mahu melompati parit berkenaan. "Assalamualaikum..." tiba-tiba dia memberi salam. Saya menjadi serba salah. Mustahil pula syaitan boleh memberi salam atau berbau harum demikian. Sekali lagi dia memberi salam. Mau tidak mau saya terpaksa juga menyahut salamnya.

Anak jangan ragu-ragu dia tersenyum seolah-olah dapat membaca perasaan saya yang tidak mempercayai dia. "Anak mau budak ni balik, memang saya mau menghantar dia pada keluarganya" jelasnya sambil mengusap-ngusap kepala Zuki. Budak itu tersenyum mengerling ke arahnya. "Tok Sheikh ni siapa? saya mula mempercayai dia. "Saya menjaga tempat ni" beritahu dia ramah. "Memang si lumpuh tu tak habis-habis berdendam, sampai budak Zuki ni pun dia nak kenakan. Mujur saya cepat sampai menolongnya..." katanya menghentak-hentakkan tongkat rotan beruas songsang itu.

Kenapa Tok Sheikh tak hantar Zuki balik...? saya cuba menduga. "Tak ada orang sampai ke sini. Pak Cu Jabat tak sampai, dia jauh lagi. Saya pula tak boleh keluar jauh dari sini" jelas lelaki yang saya panggil Tok Sheikh tu. Tok Sheikh itu tidak pula menceritakan siapakah dirinya sebenar. Tetapi saya dapati dia memang berniat baik. Boleh jadi juga Pak Cu Jabat tidak sampai ke situ, sebab itulah Zuki tidak dapat dihantarnya balik. Kalaulah Zuki tidak dapat diambil balik bereti dia akan tidak sedarkan diri beberapa lama lagi. Inilah hakikat sebenarnya.

Memang jauh anak berjalan... katanya lalu mengajak duduk pada sepohon pokok. "Jarang orang boleh sampai ke sini, kalau kurang pengalaman memang sukar nak sampai ke sini" ujarnya. Saya mengangguk-angguk kepala. Kagum juga saya dengan sifat ramah orang tua berkenaan . Kalaulah dia dari jenis syaitan masakan budi bahasanya begitu ramah. Oleh itu saya kuat mengagakkan dia bukanlah syaitan, tetapi golongan yang boleh membantu.

Anak mau pertolongan saya? tanyanya tersenyum memerhatikan saya dalam keadaan ragu-ragu. "Tidak!" tegas saya. "Saya hanya memerlukan pertolongan Allah" kata saya ego sedikit. "Alhamdulillah, kalau begitu..." suaranya lembut mempesonakan. "Saya tahu anak memang cucu Tok Aji Mat Kampar. Saya kenal dengan Tok Aji Mat Kampar" katanya lagi. Kesal juga saya kerana bercakap seakan-akan kasar terhadap orang tua berkenaan. Tetapi saya masih tertanya-tanya siapakah dia sebenarnya? Belum pernah saya menghadapi suasana demikian, kerana selalunya kedatangan saya ditentang oleh jelmaan syaitan-syaitan.

Mahu bertanya berulang kali terasa juga segan. Maklum saja, menyoal orang demikian, tidak sama seperti menemui manusia biasa di alam nyata. Orang begigi kadangkala sudah dapat membaca apa yang terbendung di hati kita. Dia juga tahu mengenai Tok Aji saya yang dikenali Tok Aji Mat Kampar itu. Tentulah orang tua itu bukannya musuh. "Saya bukannya musuh..." katanya seolah-olah mengerti apa yang saya fikirkan. "Tapi, datang untuk menolong" jelasnya.

Dia pun menceritakan mengenai Angut Lumpuh yang mengganggu itu. Katanya Angut Lumpuh itu seorang wanita yang pernah dimadukan oleh suaminya. Dia tinggal berhampiran dengan parit berkenaan. Kisah ini berlaku bertahun-tahun dulu sebelum kampung itu terbuka seperti sekarang. Nama sebenar Angut Lumpuh ini ialah Mak Pilin, manakala suaminya Pak Bakok telah berkahwin seorang lagi atas alasan Mak Pilin tidak mempunyai anak. Dengan isteri mudanya Pak Bakok mendapat tiga orang anak. Mak Pilin tidaklah marah dengan perbuatan suaminya berkahwin lain, sekalipun pada mulanya dia merasa kecewa juga.

Lagipun dia tidaklah berani mahu melawan Pak Bakok. Kadangkala apabila diherdik Pak Bakok dia tidak berani langsung mahu menjawab. Satu hari Pak Bakok menyuruh Mak Pilin membasuh seluarnya yang sudah kupam. Seperti biasa Mak Pilin tidak membantah perintah suaminya, maklumlah sejak kebelakangan itu pula Pak Bakok menunjukkan sikap lebih sayang kepada isteri mudanya. Ini disebabkan isterinya yang muda mempunyai anak, sedangkan Mak Pilin bolehlah dianggap perempuan mandul.

Kerja-kerja di rumah lebih banyak dilakukan oleh Mak Pilin. kadangkala bila isteri Pak Bakok yang muda bernama Siti mahu membantu akan dimarahi pula oleh Pak Bakok. Jadi, terpaksalah Mak Pilin membuat kerja-kerja seperti membasuh, memasak, mencari kayu api dan sebagainya. Sementara Siti hanya menjaga anak-anak saja. Mereka tinggal serumah. Siti sangat menghormati Mak Pilin, sementara Mak Pilin juga menganggap Siti sebagai adiknya. Dia melayan anak-anak Siti sama seperti anaknya juga. Sayangnya sikap baik Mak Pilin ini disalah anggap oleh Pak Bakok. Dia memikirkan sikap baik Mak Pilin itu ada udang di sebalik batu. Tentu Mak Pilin akhirnya akan menganiaya Siti anak-beranak melalui sikap lemah lembut itu.

Memang ada niat Pak Bakok mahu membuat rumah berasingan, tetapi mestilah membawa Siti anak-beranak berpindah kerana rumah yang didudukinya itu adalah harta peninggalan ayah Mak Pilin. Untuk membina rumah lain tentulah memakan belanja yang besar. Oleh itu terpaksalah Pak Bakok mendiamkan diri terlebih dulu dengan menumpang tinggal di rumah pusaka Mak Pilin. Bermula dari membasuh seluar kupam itulah rumahtangga Pak Bakok menjadi porak peranda. Pak Bakok menjadi berang kerana seluar yang dibasuh itu tidak bersih. Seolah-olah retak menanti belah saja bila didapatinya seluar tersebut tidak putih setelah dibasuh.

Memang awak betina tak berguna, basuh kain pun tak boleh diharap! bentak Pak Bakok melemparkan seluar tersebut ke muka Mak Pilin. "Seluar tu memang kupam. Tak boleh putih lagi dah..." sahut Mak Pilin terharu dengan sikap suaminya. Selama ini dia tahu Pak Bakok tidak pernah bersikap demikian. Hanya setelah mendapat anak dari Siti barulah sikapnya berubah terhadap Mak Pilin.

Awak jangan menjawab cakap aku! gerutu Pak Bakok. "Aku cakap yang benar" balas Mak Pilin tidak puas hati dengan tindakan suaminya yang kasar. "Macam mana nak putih kalau seluar tu kupam" ujarnya mempertahankan diri. Memang seluar kupam itu tidak boleh putih walau macam mana dicuci pun. Tetapi Pak Bakok sengaja mahu mencari salah dia. Seolah-olah apa saja kerjanya semua tidak memuaskan hati Pak Bakok.

Siti cuba masuk campur, tetapi diherdik oleh Pak Bakok. Dia tidak mahu Siti membela Mak Pilin. Padanya Mak Pilin memang tidak boleh diharap lagi. Membasuh kain baju pun sudah tidak cuci. Masak nasi sudah tidak menyelerakan. Semua yang dibuat oleh Mak Pilin tidak kena lagi pada dia. "Bukan Kak Pilin yang basuh tu, aku yang basuh..." Siti cuba mempertahankan Mak Pilin. "Seluar tu dah kupam, macam mana nak putih lagi. Sental macam mana pun tak hilang kupamnya" kata Siti dengan harapan kemarahan Pak Bakok boleh reda.

Rupa-rupanya dengan kata-kata Siti itu membuat Pak Bakok semakin berang. Matanya terjengil memerhati Mak Pilin. Oh, selama ni di belakang aku, kau hambakan Siti ye?" dia terus menyepak paha Mak Pilin. "Kau suruh Siti membasuh, memasak, mencari kayu api. Kau duduk goyang kaki aje di rumah!" bentaknya menggertap bibir. "Tak pernah aku buat macam tu..." sahut Mak Pilin terkejut juga dia dengan tindakan Pak Bakok menyepak dia.

Habis, kenapa Siti mengaku dia membasuh seluar aku tu? Pak Bakok terus menampar pipi Mak Pilin. Cepat-cepat Siti memeluk Pak Bakok. Dia juga tidak menyangka Pak Bakok bertindak demikian jauh. "Awak dah gila ke buat Kak Pilin macam tu, awak dah gila!" Siti menangis teresak-esak menahan sebak di dada. Pak Bakok tidak peduli rayuan Siti. Dia terus melepaskan geramnya kepada Mak Pilin. Benci sangat dia pada Mak Pilin, setelah mendapati wanita itu seolah-olah menjadi beban saja kepadanya.

Aku mau kau basuh seluar tu sampai putih, kalau tak putih aku bunuh kau! kata Pak Bakok terus meninggalkan Mak Pilin dengan Siti di situ. Apabila Mak Pilin mahu bangun tiba-tiba dirasakan kakinya sudah tidak boleh digunakan lagi. Dia tersepuk duduk tidak boleh berjalan. Terkejut juga Siti melihat kejadian yang menimpa Mak Pilin. Mungkin tendangan Pak Bakok terlalu kuat menyebabkan paha Mak Pilin patah.

Malamnya setelah Pak Bakok balik ke rumah, Siti memberitahu kejadian yang menimpa Mak Pilin. Tetapi Pak Bakok tidak memperlihatkan rasa kasihan dengan apa yang berlaku ke atas diri Mak Pilin. Dia juga tidak berusaha untuk mengubat kaki Mak Pilin. Sejak itulah Mak Pilin menjadi lumpuh. Dia berjalan dengan menginsut punggung. Kerja-kerja di rumah tetap dilakukan seperti biasa. Pak Bakok tidak mahu dia membebankan kerja-kerja rumah pada Siti. Manakala Pak Bakok sehari-harian kerjanya pergi menyabung ayam. Jadi, terserahlah kepada Mak Pilin membuat kerja-kerja membasuh, memasak dan mencari kayu api.

Rupa-rupanya kemarahan Pak Bakok menjadi-jadi disebabkan dia kalah bersabung. Tapi nasibnya baik, apabila seluar kupam yang telah dibasuh oleh Mak Pilin itu dipakainya dia sentiasa menang bersabung ayam. Dia terlalu sayang dengan seluar tersebut, walaupun kelihatan kupam. Siti tidak berani lagi masuk campur sekiranya Pak Bakok memarahi Mak Pilin. Dia tidak mahu berlaku lagi apabila dengan pengakuannya membasuh seluar itu telah menyebabkan Pak Bakok bertambah marah, padahal tujuannya adalah untuk meneyelamatkan Mak Pilin.

Setelah beberapa lama Mak Pilin menjadi lumpuh, satu hari sampailah masanya Siti pun meninggal dunia. Sedih juga hati Mak Pilin kerana Siti yang baik hati meninggal dunia. Anak-anak Siti yang ditinggalkan juga belumlah dewasa lagi. Pak Bakok pula tidak lama selepas kematian Siti, dia bernikah lagi dengan seorang janda. Sejak berkahwin dengan janda itu Pak Bakok mengikut apa saja perintah isterinya. Sampaikan anaknya dengan Siti pun terbiar. Terpaksalah Mak Pilin mengambil berat akan nasib anak-anak Siti.

Setiap hari dia terpaksa membasuh kain yang bertimbun-timbun. Janda itu bernama Encom kadangkala bertindak lebih garang dari Pak Bakok sendiri terhadap Mak Pilin. Di parit anak sungai itulah Mak Pilin membasuh kain. Dia menginsut punggung untuk membasuh kain. Kadangkala anak-anak Siti tiga orang yang berumur 5, 3 dan 2 tahun itulah menemankan dia ke parit berkenaan. Kebetulan satu pagi dia ke parit itu bersama-sama anak Siti tiga orang untuk membasuh kain. Encom menyuruh budak-budak itu membantu Mak Pilin membasuh.

Ketika sedang membasuh itu sehelai kain kesayangan Encom telah dihanyutkan air. Apabila menyedari kain itu hanyut anak Siti yang berumur 5 tahun bernama Minah terus menghilir air untuk mencari kain tersebut. Dia telah pergi bersama dua orang lagi adiknya. "Biar aku cari ke hilir Mak Tua..." kata Minah meminta izin untuk pergi mencarinya. "Tak payahlah..." Mak Pilin berkeras tidak membenarkan. "Biar Mak Tua saja mencarinya. Kau semua tunggu di sini" ujarnya hiba.

Mak Tua susah nak berjalan, biarlah aku cari Minah ketakutan akibat kain tersebut hanyut tidak mereka sedari. "Nanti Mak Encom marah, kalau kain tu hilang" dia tetap mahu mencari kain yang hanyut itu. Mahu tidak mahu Mak Pilin terpaksa juga membenarkan Minah bersama adik-adiknya menghilir sungai mencari kain yang hanyut itu. Setelah matahari tegak di kepala dia menunggu, Minah tidak juga balik. Dia mulai bimbang kerana Minah tidak balik semula ke situ. Tentulah suaminya menjadi berang kalau Minah tiga beradik tidak balik, sementara Encom pula akan merampus bila didapati kain kesayangannya hanyut tidak ditemui.

Terpaksalah Mak Pilin menginsut punggung menghilir sungai untuk mencari Minah tiga beradik. Perkara kain Encom hilang tidak menjadi soal lagi kepadanya. Dia mesti mencari Minah sampai dapat. Semasa menghilir sungai ini, Minah bersama tiga orang adiknya sudah pun menemui kain yang hanyut itu tersangkut pada rumpun aur. Tetapi apabila mudik semula ke hulu, dia tidak mengikut jalan sungai itu, sebaliknya naik ikut jalan darat supaya cepat sampai semula. Bimbang juga dia kalau-kalau Mak Pilin terlalu lama menunggu.

Apabila dia sampai ke tempat Mak Pilin membasuh didapati oleh Minah kain baju sudah siap berbasuh, tetapi Mak Pilin tidak ada. Puas dia menunggu Mak Pilin tidak juga muncul, Minah juga mengajak adik-adiknya balik untuk memberitahu perkara itu kepada ayahnya. Sejak itulah Mak Pilin tidak lagi balik-balik ke rumah. Pak Bakok pula cuba juga menghilir parit tersebut untuk mencarinya, tetapi tidak bertemu kesannya.

Akhirnya dengan hasutan Encom, dia pun melupakan saja ke mana hilangnya Mak Pilin. Dengan kehilangan Mak Pilin itu terpaksalah Minah yang baru berumur lima tahun itu mengambil alih tugasnya membasuh, memasak dan mencari kayu api. Encom hanya memerintah saja, sementara Pak Bakok tidak berani membantah perbuatan Encom. Satu hari semasa Minah membasuh di tempat yang selalu digunakan menjadi pengkanlan, dia ternampak Mak Pilin menginsut punggung mudik. Cepat-cepat dia berkejar mendapatkan Mak Pilin.

Ke mana Mak Tua selama ni? Minah menangis teresak-esak. "Janganlah Minah menangis..." pujuk Mak Pilin. "Jagalah adik-adikmu baik-baik. Kau tak ada emak, tak ada Mak Tua lagi" dia mengusap-ngusap rambut anak kecil itu. "Marilah kita balik Mak Tua" Minah mengajaknya. "Mak Tua tak boleh balik lagi" beritahu dia kepada Minah. "Mak Tua dah tak sama lagi dengan Minah" ujarnya memujuk anak kecil itu.

Walaupun Minah masih kecil, tetapi pada Minahlah dia menceritakan apa yang telah terjadi. Semasa dia menghilir mencari Minah tiga beradik dia sudah berjalan terlalu jauh, sambil menginsut-insut punggung itu dia meraba-raba juga di tepi parit kalau kain kepunyaan Encom tersangkut di situ. Hinggalah sampai ke satu pondok di tepi sungai di hilir yang tidak tahu di mana, seorang lelaki tua menunggu Mak Pilin di situ. Lelaki tua itu berjanji boleh mengubati kaki Mak Pilin yang lumpuh dengan syarat mesti bernikah dengannya. Mak Pilin memberitahu tentang suaminya Pak Bakok, oleh itu adalah mustahil untuk berkahwin lain.

Tetapi lelaki tua itu memberitahu bahwa kain Encom ada di tangannya. Dia akan memulangkan dengan syarat Mak Pilin mesti menjadi isterinya. Dia tertarik hati pada Mak Pilin kerana hatinya terlalu jujur kepada suami. Sebab itulah dia mahu sangat menikahi Mak Pilin, walaupun perempuan itu sudah tua. Disebabkan takut dimarahi Pak Bakok, di samping kain Encom yang hilang itu pada lelaki berkenaan, maka Mak Pilin terpaksa menerima syarat tersebut. Bagaimanapun dia tidak dibenarkan balik semula pada Pak Bakok. Dengan janji itulah kain berkenaan ditemui semula oleh Minah, yang terlebih dahulu menghilir mencarinya sebelum Mak Pilin menghilir.

Memang Mak Pilin memerhatikan kain tersebut diserahkan oleh lelaki tua itu kepada Minah yang pada sangkaan Minah dia menemui kain tersebut tersangkut pada ranting aur. Sebenarnya Mak Pilin sudah dinikahi oleh puaka sungai berkenaan yang sekian lama telah memerhatikan keadaan kehidupan Mak Pilin suami isteri. "Kalau Mak Tua mudik ke hulu itu tandanya Mak Tua nak makan" dia memberitahu Minah. "Kalau Mak Tua menghilir, Mak Tua nak main-main aje" itulah pesan Mak Pilin pada anak tirinya.

Sebelum pergi Mak Pilin mengingatkan Minah supaya tidak terkejut kalau ditegur oleh Mak Pilin. Kalau Minah terkejut tidak dapatlah Mak Pilin mengetahui akan siapakah Minah sebenarnya, kerana dia sendiri memang tidak ada keturunan. Hanya Minah dianggapnya sebagai keturunan dia. "Mak Tua tak akan mengganggu Minah" jelasnya. Sejak itu hilanglah Mak Pilin dari pandangan Minah. Sebagaimana sumpahnya apabila dia mudik parit berkenaan, maka adalah mangsanya. Sebaliknya kalau ada yang menghilir, maka mangsanya akan lumpuh. Demikianlah kisah Angut Lumpuh yang diceritakan oleh Tok Sheikh.

Sayalah keturunan dari Minah itu... beritahu orang tua berserban yang memimpin Zuki. "Jadi, Tok Sheikh pun tak suka dengan perbuatan Angut Lumpuh?" saya menduga. "Iya..." dia mengangguk lemah. "Tapi, saya tak boleh menghalangnya. Cuma saya akan selamatkan mangsanya, itu saja" jelas dia tenang. "Mengapa pula?" soal saya. "Sebab dia tidak menjadikan anak cucu Minah sebagai mangsanya" ujar orang tua berjubah dan berserban putih itu. "Mana dia nak tau anak cucu Minah?" saya mendesak lagi. "Kalau tidak terkejut bila ternampak dia, itulah tandanya anak cucu Minah" beritahunya tersenyum mengerling ke arah saya.

Bolehkah saya bertemu dengan Angut Lumpuh? saya memberanikan hati bertanya kepada Tok Sheikh itu. Memang anak seorang yang berani..! kata Tok Sheikh itu tidak menjawab pertanyaan saya. Dia pun menyerahkan Zuki kepada saya lantas menghilangkan diri. Heran juga saya mengapa dia tidak mahu menjawab pertanyaan saya untuk bertemu dengan Angut Lumpuh atau Mak Pilin yang sudah diperdayakan oleh syaitan itu.

Bagaimanapun saya tidaklah mengesyaki yang Mak Pilin itu bertemu dengan puaka sungai seperti yang diceritakan oleh Tok Sheikh. Kemungkinannya ialah dia mati lemas semasa menghilir parit itu. Sebenarnya Mak Pilin itu sendiri yang bertukar menjadi puaka di situ di sungai tersebut. Ketika saya mahu membawa Zuki balik, saya ternampak seorang nenek tua lumpuh menginsut punggung mudik ke hulu. Matanya merah menyala seperti api. Mukanya kelihatan garang seolah-olah menyimpan dendam. Kelihatan dia terlalu payah mahu menginsut punggungnya.

Saat inilah Tok Sheikh yang menghilang tadi muncul di hadapan saya. Dia memegang tongkat rotan beruas songsang itu di tangannya. "Angut jangan ganggu Zuki ni!" kata Tok Sheikh perlahan. "Dah masuk ke tangan, takkan nak lepaskan" suaranya bergetar seperti menyimpan dendam. "Tak usahlah Angut, dah banyak sangat mangsa Angut" Tok Sheikh mengeraskan suara. "Kau jangan masuk campur!" jerkah Angut Lumpuh. "Saya kata jangan, janganlah Angut..." Tok Sheikh memberi amaran. "Kalau Angut berkeras, saya juga akan berkeras" tegasnya lalu menghentakkan tongkat rotan beruas songsang itu ke tanah.

Terjerit Angut Lumpuh menekup dadanya dengan tangan. Kenudian dia melompat bertukar menjadi asap berkepul mahu menerkam ke arah Tok Sheikh. Tetapi Tok Sheikh tidak melepaskan tongkatnya yang tercancang di tanah. Asap berkepul itu tidak dapat menerpa. Dia berlegar-legar mahu menerkam. Bagaimanapun dia tidak dapat merapati Tok Sheikh kerana tongkat itu tetap tercancang di situ. Sekali sekala suara jerit Angut Lumpuh bergema juga menahan kesakitan. Melihatkan keadaan tersebut saya pun mengambil kesempatan lalu membacakan lanarjumannakum, menyebabkan panahan api datang menerjah beratus-ratus.

Angut Lumpuh terpekik-pekik menepis panahan api yang menerjah ke arahnya. "Saya dah cakap, Angut jangan mengganggu lagi...!" seru Tok Sheikh melihat asap berkepul-kepul itu jatuh semula ke dalam parit. Terkial-kial Angut Lumpuh menginsut punggung. "Angut tidak akan diganggu, kalau Angut tidak mengganggu orang" jelas Tok Sheikh mengingatkan. Angut Lumpuh mengerang-ngerang kesakitan. Dia masih tidak berputus asa mahu menerkam balik. Tetapi tongkat rotan beruas songsang yang tercancang di tanah itu membuatkan dia menekan-nekan dadanya. Tongkat tersebut seolah-olah menusuk ke dadanya.

Lama dia terkial-kial menekup dadanya barulah dia menghilir semula dengan hampa. Selepas dia menghilang, Tok Sheikh berpaling ke arah saya, "Bawalah budak ni balik. Insya Allah semuanya akan selamat..." beritahu Tok Sheikh itu kemudian pergi dengan tidak meninggalkan apa-apa pesan. Beberapa kali Pak Cu Jabat menepuk bahu saya, barulah saya membuka mata. Dia memicit tengkuk saya, sambil menghembus ubun-ubun saya. Betul-betul saya keletihan.

Berani sangat ustaz berjalan jauh... bisiknya ke telinga saya. Baru saya sedari bahawa Pak Cu Jabat memang tahu saya sudah terlalu jauh melepasi had yang sepatutnya. Saya menceritakan pengalaman saya kepada Pak Cu Jabat selepas itu. Kata Pak Cu Jabat bahawa Tok Sheikh yang saya temui itu memang tok akinya yang telah meninggal dunia berpuluh tahun dulu. Akinya memang seorang ulama yang pernah belajar agama di Sumatera. Dari Pak Cu Jabat juga saya mendapat tahu dia memang keturunan Minah anak tiri Angut Lumpuh itu.

Selepas Zuki pulih semula dia juga menceritakan dirinya telah dikurung di satu pondok buruk. Tidak lama kemudian datang Tok Sheikh itu membawa dia keluar dari pondok berkenaan. Angut Lumpuh cuba merampasnya dari Tok Sheikh, tetapi Tok Sheikh terus membawa dia lari. "Saya fikir elok juga carikan saya rotan beruas songsang" saya memberitahu Pak Cu Jabat. Pak Cu Jabat tersenyum. "Itulah pun musuh dia..." katanya. Dia tidak menceritakan lebih lanjut mengenai rotan beruas songsang itu. Tetapi saya memang sudah mengagaknya, kerana Tok Sheikh itu saya lihat memegang tongkat dari rotan beruas songsang.


TAMAT

DARA DIMAKAN SUMPAH



“SAYA……,” CETUS Nonong mendadak. Dan kata-kata tidak diteruskan.
“Saya tak tahu apa isinya,” Harun Fadillah bagaikan menyambung ungkapan Nonong yang
terhenti.
Datuk menekan hujung dagu sebelah kiri dengan ibu jari tanngan kanan. Matanya, silih berganti
menatap wajah Harun Fadillah. Datuk bagaikan tahu, dua beradik akan membongkar apa sahaja
rahsia dalam rumah secara terperinci. Cuma apa yang diperlukan ialah sedikit kesabaran.
“Arwah emak, marah kalau ada diantara kami bertanya tentang bilik yang berkunci,” nada suara
Harun Fadillah lemah, ekor matanya menjeling ke arah Nonong. Tiada sebarang riaksi yang
diperlihatkan oleh si Nonong.
“Melintas di depan bilik yang berkunci juga dilarang,” tambah Harun Fadillah.
“Kamu bagaimana Nonong?”
Dauk menghalakan pertanyaan ke arah Nonong yang tunduk merenung lantai. Perlahan-lahan
Nonong angkat kepala, Sinar matahari nampak berkaca merenung ke arah datuk.
“Emak ada membawa saya masuk ke bilik itu, secara rahsia.”
“Haaa…… ,” Harun Fadillah bagaikan terkejut mendengar pengakuan Nonong. Buat beberapa
ketika, datuk menarik nafas dalam-dalam. Suasana terasa sepi. Semuanya membatu melayani
perasaan masing-masing.
“Ada apa di dalamnya, Nonong?” Tanya datuk. Matanya tidak berkedip merenung muka
Nonong.
“ Ada lilin besar,”
“Besar mana Nonong?”
“Sebesar peha budak empat belas tahun,”
“Tingginga?” Datang lagi pertanyaan dari datuk.
“Kira-kira dua kaki,” jawap Nonong tegas.
“Selain dari itu apa yang kamu lihat?”
Nonong termenung, macam ada sesuatu yang cuba diingatinya. Harun Fadillah merenung ke arah
saya. Dengan senang hati saya menghadiahkan senyuman buatnya. Dibalasnya dengan senyum
tawar.
“Ada tungkul kayu berbentuk monyet dan bertangan manusia. Di tepi bilik, ada talam tembaga
besar, yang ditengah-tengahnya ada benda, berbalut kain tiga warna. Emak mesti membaca
serapi-jampi sebelum menyentuh kain pembalutnya.”
“Apa warnanya Nonong?” Datuk terus mendesak.
“Hitam, putih dan kuning.”
“Macam warna bendera Negeri Perak,” celah datuk. Nonong diam. Tidak memberi sebarang
komentar.
BOSAN
Suasana di ruang makan kembali membeku. Saya memang berazam mahu mengikuti kisah
selanjutnya hingga akhir. Kecuali datuk menyuruh saya keluar. Semoga perkara itu tidak akan
dilakukan oleh datuk. Itu doa dan harapan dari hati kecil saya.
Bila bosan dengan suasana sekitar, saya halakan pandangan ke halaman rumah dan permukaan
jalanraya. Rasa jemu dan bosan segera terusir.
“Masa bila emak kamu bawa kamu ke dalm bilik rahsia tu, Nonong?’. Pertanyaan datuk itu
membuat saya berpaling ke arahnya. Macam tadi juag, wajah datuk agak serius.
“Biasanya waktu tengah malam.”
“Tengah malam tu, agaknya pukul berapa, Nonong?” Tekanan suara datuk bagaikan memujuk .
Muka Nonong nampak serius sedikit. Hanya Fadillah menarik nafas lega. Senang hati melihat
kerjasama yang diberikan oleh Nonong kepada datuk.
“Kira-kira pukul dua belas tengah malam, emak berada dalam bilik ada masanya sampai pukul
dua pagi. Kalau musim bulan naik, makin kerap emak masuk, terutama masa bulan
mengambang, “ Nonong mula membuka cerita, pasti menarik dan mendebarkan. Seluruh
perhatian dan pendengaran ditumpukan kearah Nonong.
“Apa yang dibuatnya kepada kamu, semasa berada di dalam bilik?” Susul datuk lagi.
“Emak bakar kemenyan, asapnya diusap ke tubuh saya. Barang yang berbungkus dengan kain
tiga warna juga di usap dengan kemenyan . Lepas itu emak suruh saya keluar. Dan juga
mengingatkan supaya jangan menceritakan pada sesiapa pun apa yang saya alami semasa di
dalam bilik.”
“Semasa kamu keluar, emak kamu ikut keluar sama Nonong?”
Tiada jawapan dari Nonong, dia gelengkan kepala perlahan-lahan. Datuk tanpa putus asa,
mengulangi pertanyaan yang sama kepada Nonong.
SUBUH
“Emak memang tak ikut keluar, dia berada di situ hingga masuk waktu subuh. Apa yang
dibuatnya, saya sendiri tidak tahu. Ayah tahu semua tentang perkara ini, peliknya ayah tidak pula
melarangnya. Entah mengapa, ayah patuh dan percaya dengan cakap emak,” Nonong mengakhiri
cakapnya dengan wajah yang merah padam.
Mungkin dia merasa malu. Buktinya, Nonong tidak mahu merenung ke arah saya. Harun fadilla
tetap tenang. Barangkali pada hematnya, penjelasan terus terang dari Nonong akan dapat
mengatasi masaalah yang membelengu diri Nonong.
Datuk segera bangun, berjalan dari sudut ke sudut ruang makan. Harun Fadilla dan Nonong
masih berada di tempat tadi. Mereka nampak seperti mengalamun. Entah apa yang berputar
dalam kotak otak mereka, tiada siapa yang tahu. Mereka tidak bercakap, malah renungan mata
juga berbeza, tidak satu arah. Datuk duduk kembali di tempatnya.
“Terima kasih Nonong,” suara datuk merendah, “ keterangan kamu memudahkan saya memilih
cara atau jalan menyelesaikan masaalah diri kamu. Berusaha dan berfikir memang tidak salah
dari siri agama. Allah yang menentukan sama ada berjaya atau sebaliknya,” sambung datuk
dengan tenang.
“Lagi apa yang patut kami bantu, memanda,” tanya Harun Fadillah sambil berdiri wajahnya
membayangkan sebuah keyakinan, bahawa usaha datuk akan berakhir dengan sebuah kejayaan
yang besar ertinya dalam kehidupan keluarganya.
Begitulah tanggapan Harun Fadillah tetapi, tidak demikian dengan datuk. Pertanyaan yang
diajukan memaksa datuk mengkerutkan kening sambil menarik dan melepaskan nafas berkali
kali. Seolah-olah membayangkan dia terpaksa menghadapi masaalah yang sukar diselesaikan.
“Begini Harun,” telapak kanan tangan datuk terkandas disayap bahu kiri Harun Fadillah.
“Apa dia memanda?” Pintas Harun Fadilla secepat kilat.
Datuk tersentak, memang tidak diduganya secepat itu Harun Fadillah, memintas cakapnya.
Datuk lahirkan rasa kurang senang dengan melagakan gigi atas dan bawah berkali-kali.
Sepatutnya, Harun Fadillah memberi laluan kepada datuk untuk menyelesaikan cakapnya dulu.
“Maafkan saya memanda,” kata Harun Fadilla setelah menyedari kesilapannya.
“Tak apa Harun.” Balas datuk, “ perkara yang mahu aku tanyakan kepada kakak kamu ini agak
peribadi, boleh memalukan dirinya. Jadi aku minta kamu tinggalkan dia bersama aku dan Tamar
di sini,” sambung datuk.
“Tak jadi masalah, silakan memanda,” Harun Fadilla segera bangun dan kemudian melangkah
tenang, meninggalkan ruang makan. Sepasang anak mata Nonong menyorot langkah adiknya.
SUDUT
Datuk berdiri kembali. Macam tadi juga, dia bergerak dari sudut ke sudut. Akhirnya melabuhkan
punggung di tempatnya kembali. Nonong nampak tenang untuk menghadapi situasi selanjutnya
diruang makan.
“Tamar,”
Anak mata saya terpaku ke wajah datuk. Ada rasa gementar dalam hati.
“Ada apa tuk?”
“Apa yang kamu dengar ini jangan dihebahkan pada sesiapa pun. Kamu mesti ingat, membuka
aib sesaorang kepada orang lain, dilarang oleh agama. Kalau kamu buat kamu dapat dosa.”
“Saya faham, tidak saya hebahkan hal kak Nonong, samada yang baik atau yang buruk kepada
sesiapapun. Walau pun pada adik beradiiknya,” dengan tenang saya lafazkan sebuah ikrar di
depan datuk.
Ternyata, datuk senang dan gembira dengan ikrar tersebut. Saya toleh ke arah Nonong yang
tunduk merenung lantai. Wajahnya nampak cerah. Tadi, semasa datuk menyuruh adiknya keluar
dan mengizinkan saya berada di ruang makan, wajahnya nampak tidak ceria. Tetapi setelah
datuk mengingatkan saya agar “jangan banyak mulut” dan saya pula berjanji tidak akan
melakukan perbuatan demikian, Nonong nampak gembira.
“Nonong.”
Nonong pun angkat kepala. Sepasang anak mata hitam datuk bagaikan berada dalam kolam mata
Nonong.
“Ada apa memanda?” terungkap pertanyaan dari Nonong.
“Berikan kerjasama sebaik mungkin pada aku Nonong.”
Nonong anggukkan kepala.
Dengan tenang datuk memeluk tubuknya sambil menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa
saat. Sebelum nafas dilepaskan , datuk luruskan kaki kirinnya. Bila kaki kiri berada kembali
kepada kedudkan asal, barulah datuk memindahkan sorotan matanya ke dinding.
“Nonong,” datuk memulakan kata, “ pernahkah sesaorang berkata kepada kamu begini, kau
cantik, sayangnya ada sesuatu pada diri kamu yang menyebabkan orang lelaki menjauhkan diri
dari kamu, mereka macam benci.”
“Hummmmmmmm……”
Nonong tidak meneruskan ungkapan. Dia termenung sebentar, macam ada sesuatu yang
diingatinya, “ada memanda,” sambungnya lemah.
“Siapa yang bercakap tu Nonong?”
“Seorang perempuan tua. Dia tu bidan kampung yang sekali gus jadi bomoh. Saya tak tahu
sekarang ni , dia masih ada atau sudah mati. Kenapa memanda?.”
“Tak ada apa-apa, cuma apa yang dikatakan oleh orang itu hampir sama dengan apa yang
terlintas dalam kepala aku,” ucap datuk bersahaja. Nonong nampak tergamam, saya pula terkejut.
Sesungguhnya, beruntung dan bertuah wanita yang dianugerahkan oleh Allah dengan kecantikan.
Tetapi malangnya manusia adalah makhluk lemah, selalu mensia-siakan pemberian tersebut,”
gegendang telinga saya masih dapat menangkap suara keluhan datuk dalam nada yang amat
perlahan. Dia masih juga merenung ke arah Nonong, tanpa berkedip.
RESAH
Entah mengapa secara tiba-tiba saya rasa resah tidak menentu. Badan terasa panas semacam,
padahal cuaca di luar tidaklah panas sangat. Tanpa mahu memberitahu datuk, saya bangun dan
lantas melangkah kemuka pintu lalu berdiri di situ.
Membiarka sekawan angin merempuh sekujur tubuh. Mendongak langit kota Medan yang terang
di bawah matahari petang dan sinar matahari yang redup itu jatuh di atas setiap bumbung
bangunan, tidak terkecuali bumbung Istana Maimun dan Masjid Raya. Sesungguhnya sebuah
kepuasan yang tiada taranya menyelinap ke dalam kalbu.
Kepuasan itu, tidak dapat dipertahankan dalam jangka waktu yang agak panjang. Musnah
diganggu batuk keras yang disengajakan oleh datuk.
Saya faham, batuk itu adalah batuk protes dari datuk untuk saya. Lebih tepat, batuk kemarahan
atas kebiadapan saya yang tidak memnita izinnya, ketika bangun tadi.
Tanpa banyak ragam dan karenah saya kembali masuk ke ruang makan dan duduk di tempat asal.
Kemarahan datuk masih belum reda, ekor matanya merenung tajam ke arah saya. Tidak berani,
saya menyanggah renungannya, melainkan tunduk macam orang bodoh.
“Nonong, cerita dengan jujur, jangan sembunyi-sembunyi, jangan tipu dan ditokok tambah,
walaupun perkara yang dicakapkan ini membuka pekung sendiri dan keluarga, mendatangkan
aib. Cuma dengan cara ini saja memanda boleh berusaha menolong kamu, boleh menunaikan
permintaan arwah ayah kamu. Kamu bersedia atau tidak. Cakap dengan jujur dan ikhlas,” suara
datuk bergetar. Badanya ditegakkan sambil mendada.
“Bersedia memanda,” sahut Nonong tangkas.
“Kalau begitu, kamu ceritakan pengalaman danperasaan yang kamu alami, semasa umur hampir
tiga puluh tahun, jangan segan,” pujuk datuk penuh diplomasi.
Buat beberapa detik, Nonong nampak resah. Mukanya membayangkan rasa kurang senang.
Sebentar menoleh ke kiri, sebentar menoleh ke kanan. Dalam saat-saat tertentu dia mengigit bibir
dan mengaru-garu leher jenjangnya. Semua yang dibuat , serba tidak kena.
Pelik sekali, dalam keadaan Nonong resah begitu, saya jadi ghairah terhadapnya. Timbul rasa
berahi terutama bila mengaru-garu lehernya. Cepat-cepat saya mengucap dan beristighfar
berkali-kali.
Kerasahan, kebimbangan yang dialami oleh Nonong berakhir juga. Dia tersenyum kerana
berjaya mengatasi gelodak hatinya. Dengan rasa penuh tanggung jawap untuk membebaskan diri
dari bayangan belengu ghaib, Nonong pun mengungkapkannya dengan rasa rendah hati kepada
datuk.
Nonong mengakui, semasa berusia awal tiga puluhan dia mengalami tekanan perasaan yang
cukup hebat,. Sering timbul pertanyaan dalam diri , kenapa tidak ada seorang pemuda yang ingin
mendekati dirinya.
Kawan-kawan persekolahan dan sepermainan, hampir semuanya sudah menikah. Malah ada
yang sudah mempunyai anak.
Dalam usia begitu, Nonong ingin menikmati suasana bercinta, bermesra serta berdampingan
dengan lelaki idaman yang berakhir dengan ikatan suami-isteri. Bila di depan cermin, dia segera
mencari kekurangan dan kelebihan dirinya.
Jauh di sudut hatinya, dia tetap mengatakan yang dirinya terjumlah dalam kategori gadis cantik
dan menarik. Berkulit putih kemerah-merahan . Berhidung mancung dengan sepasang anak mata
hitam yang bulat bersinar. Enungannya mampu menundukkan hati setiap lelaki.
Dengan raut muka bujur sirih bersama sepasang bibir nipis dengan tingginya hampir lima kaki,
mpat inci, Nonong memang menarik dan mempersonakan. Siti Hidayah yang tingginya lima kaki
sahaja sudah bersuami dan mempunyai dua orang anak. Nonong tahu, dimana dia berada, orang
tetap memuji dirinya, cantik dan anggun.
Semasa berkunjung di rumah Siti Hidayah yang baru seminggu melahirkan anak kedua, secara
kebetulan dia menemui dengan yang mengurut Siti Hidayah. Kali pertama melihat wajahnya,
bidan kampung itu tersenyum serta mengkagumi kecantikan yang dimiliki Nonong. Sebagai
seorang gadis tentu dia merasa megah, bila terpuji begitu.
BIDAN
Kemegahan dan kegembiraan itu tidak dapat bertahan lama dihatinya bila bila bidan kampung
itu mengatakan ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.
Pada mulanya, Nonong tidak dapat menerima apa yang dikatakan oleh bidan kampung tersebut.
Tetapi, setelah Siti Hidayah campur tangan, sedikit kepercayaan mula berputik dalam hatinya.
Secara jujur dan ikhlas, Siti Hidayah memberitahu Nonong, dia mendapat suami adalah berkat
jasa dan usaha bidan kampung tersebut.
Siti Hidayah menyarankan supaya Nonong mengikuti jejak langkahnya . Mandi bunga tujuh
warna setiap malam. Bedak tubuh dengan bermacam jenis ramuan. Mandi tujuh kolah masjid,
satu tugas berat untuk dilaksanakan oleh Nonong.
Memang, sejak zaman sekolah lagi, Nonong tidak berminat dalam perkara-perkara yang ada
unsur tahyul.
Setelah didesak berkali-kali hati Nonong jadi lembut dan bersedia mematuhi saranan dianjurkan
oleh Siti Hidayah. Dia pun buat temu janji mengunjungi rumah bidan yang letaknya agak jauh di
hujung kampung, terasing dari rumah para penduduk lain.
Dalam pertemuan awal, bidankan kampung mengenakan beberapa syarat yang cukup ketat serta
pengeras yang cukup tinggi. Jika syarat-syarat itu dipatuhi, bidan kampung yang kaya dengan
pengalaman, memberi jaminan dalam waktu terdekat Nonong akan menemui jodoh.
Terpaku dengan harapan dan jaminan yang dikatakan itu. Pantang larang tidak dilanggar, segala
syarat akan dipatuhi.
Setahun Nonong menanti penuh sabar, harapannya tidak menjadi kenyataan. Tidak ada lelaki
mendekati atau masuk meminang. Usia Nonong terus bertambah. Bagi menghilangkan
kerunsingan yang membelengu fikiran dan batinnya, Nonong cuba bergerak dalam badan-badan
sosial dengan harapan akan bertemu jodoh.
Bila usianya masuk angka tiga puluh dua tahun, Nonong mengalami goncangan batin yang amay
hebat. Dia melihat adiknya mendirikan rumah tangga dengan pemuda kacak ang satu ketika dulu
pernah cuba mendekatinya.
Goncangan batin itu menimbulkan bermacam-macam reaksi dalam kalbu Nonong. Ada
ketikanya dia merasa benci dan marah dengan keadaan sekitarnya. Di waktu yang lain, dia
merasa hampa dan putus asa yang amat sangat. Nonong menangis dan mengurung diri dalam
bilik.
Sebagai anak sulung perempuan, dia lebih dekat dengan ibunya. Tidak hairanlah bila semua
masalah yang bersarang dalam dadanya ditumpahkan kepada ibunya. Dan ibunya mendamaikan
gelora batinnya dengan ungkapan,
“Belum ada jodoh lagi. Rajin-rajinlah berdoa pada Tuhan. Semuga kamu dipertemukan oleh
Tuhan dengan lelaki yang baik dan berhati mulia.”


DARA BERAT JODOH



PERJALANAN dari Belawan ke pinggir kawasan istana Kesultanan Deli tidak menjemukan. Pemandu teksi sapu yang
berasal dari Tapanuli yang marganya SERIGAR, cukup ramah dan megah dengan rumpun Melayu. Malah dia menyebut
beberapa nama saudara maranya yang sudah lama berhijrah ke Tanah Semenanjung.
Kebanyakkan kaum kerabatnya tinggal di kawasan tinggal di kawasan Tapah, Temerloh, Kajang. Beberapa nama yang
disebut memang merupakan orang penting di tanah air ketika itu.
"Berhentikan saya di rumah itu."
Jari telunjuk datuk menuding ke arah rumah papan separuh batu, berbumbung limas, terletak di hujung jalan. Halaman
rumah menghijau dengan rerumput yang halus. Manakala disebelah kiri dan kanan rumah kelihatan pokok sawo
matang (ciku) yang rendang dan berbuah lebat.
"Di sini pak."
"Iya."
Empat tayar teksi terpaku di bibir jalan. Saya lihat orang Tapanuli itu mengkedutkan dahinya, macam mengingati
sesuatu.
"Ada hubungan keluarga dengan pemilik rumah ni," tanyanya pada datuk.
"Kawan karib."
"Oh, begitu. saya kenal baik dengannya, kalau dia mahu ke seberang, selalu menggunakan kereta saya untuk ke
pelabuhan. Namanya, Raja Aminuddin, perempuannya penari istana."
"Betul," kata datuk riang.
"Tapi. dia sudah meninggal dunia, kira-kira tiga bulan yang lalu. Dia mati di Pulau Pinang dan dikuburkan di sana,
secara kebetulan anak perempuan sulungnya bekerja dengan konsul Indonesia di sana."
"Haaaaaa " datuk tergamam dan kemudian mengucap panjang sambil disusuli dengan doa untuk si arwah, "setahu
saya, isterinya saja sudah mati kerana penyakit ganjil, kira-kira lima tahun lalu. Perkara itu diberitahu kepada saya
menerusi seorang kawan," suara datuk tersangkut- sangkut, wajahnya nampak pilu sekali.
Hujan rintik-rintik teius berhenti, matahari di langit kotarayaMedan mula bersinar. Awan nipis, putih bersih berarak
lembut menuju ke arah tanah Brastagi. Begitulah, di dalam suasana kecerahan matahari saya dapat melihat wajah datuk
yang gusar.
"Apa boleh buat, hajat saya tak tercapai. Allah sayang Aminuddin kerana itu dia dipanggil ke sisiNYA," antara dengar
dengan tidak, suara datuk sampai ke gegendang telinga saya.
"Tapi, awak boleh jumpa dengan bongsunya. Dia duduk di sini, isterinya orang Kota Lama dekat Kuala Kangsar, kalau
tak silap saya, isterinya tak ada di rumah."
"Ke mana pula isterinya?".
"Balik ke Kota Lama."
Datuk merenung ke arah istana Kesultanan Deli (Istana Maimun) yang dibina sekitar tahun 1888. Lapan belas tahun
kemudian pada tahun 1906, dibangunkan pula, Masjid Raya berhadapan dengan Istana Maimun. Keindahan kedua-dua
bangunan itu begitu memukau hati dan perasaan saya.
"Anak bongsunya itu, namanya Harun Fadillah, di kalangan keluarga dipanggil RUN saja. Di mana saya nak berjumpa
dengannya. Banyak benda yang mahu saya tanyakan padanya," datuk menyampaikan hasrat dihati.
"Ikut saya," orang Tapanuli itu menghulurkan budi," saya tahu di mana dia bemiaga, masuklah," sambungnya.
Tanpa membuang masa saya dan datuk masuk ke kereta semula. Kami dibawa berpusing-pusing
seluruh Kota Medandan akhirnya, berhenti di satu kawasan perniagaan yang terletak di Jalan Medan-Binjai.
JAMAIN
PEMANDU membunyikan hon kereta tua dua kali berturut-turut di depan sederat kedai dua tingkat, separuh batu dan
papan. Seorang lelaki muda berusia sekitar 27-30 tahun muncul dipintu.
"Bang Jamain, apa hal," jerit pemuda berkulit putih, wajahnya tampan di kaki lima bangunan. Si pemandu segera
keluar.
"Abang, bawakan sahabat karib ayah kamu dari semenanjung," balas si pemandu sambil membuka pintu kereta
sebelah datuk.
Sebaik saja datuk berdiri atas jalanraya, si pemuda berwajah tampan segera melompat melepasi longkang.
"Syukur, Allah makbulkan permintaan ayah saya," dalam tangisan si pemuda terus bersuara. Saya terpaku melihat
peristiwa yang tidak diduga.
"Berapa tambangnya bang Jamain," tanya Harun Fadillah sambil melepaskan tubuh datuk dari pelukannya.
"Tak payah, abang halalkan, rasanya cukup gembira bila dapat mempertemukan kamu dengan sahabat karib arwah
ayah kamu," balas Jamain sambil jari telunjuknya menuding ke arah datuk.
'Terima kasih, semoga Allah akan memberikan rezeki yang halal untuk kamu dan keluarga," datuk segera merapati
Jamain dan bersalaman.
Bila datuk bersalaman, saya juga turut berbuat demikian. Jamain masuk ke kereta.
Sebaik saja Jamain beredar, Harun Fadillah membawa saya masuk ke kedai miliknya yang menjual bermacam-macam
jenis kain, termasuk kain songket Palembang dan batik Batu Bara.
Semasa saya berada di kedai, para pelanggan tidak putus-putus datang. Semuanya dilayan dengan baik dan ramah
oleh para pekerja yang terdiri dari gadis cornel. Menurut Harun Fadillah mereka berasal dari luar Kota Medan, ada yang
datang dari Tebing Tinggi, Tanjung Balai dan Binjai.
"Begini, kita ke rumah, memanda. Boleh berehat, boleh makan dan sembahyang, memandang dari jauh perlu berehat.
Banyak cerita yang mahu saya sampaikan pada memanda," Harun Fadillah mengemukakan cadangan.
"Kedai kamu bagaimana?"
'Tak apa, biar pekerja saya uruskan."
Harun Fadillah segera memanggil seorang pekerjanya yang berasal dari sebuah kawasan perkampungan kira-kira tiga
ratus meter dan Kabanjahe.
"Saya ada tamu dan mahu pulang, jam enam tutup kedai, semua hasil jualan dan kunci kedai bawa ke rumah saya.
Kamu telefon abang Jamain. sewa keretanya untuk membawa kamu ke rumah saya," satu arahan untuk pekerjanya
yang berkulit hitam manis, bersongkok.
"Baik, pak," jawab sipekerja.
Dengan kereta Fiat lama milik Harun Fadillah kami menuju ke rumahnya. Sebaik saja daun pintu rumah terkuak,
seorang perempuan tua menyambut kami.
'Tamu dari Tanah Melayu, kawan karib arwah ayah." Harun Fadillah memperkenalkan datuk dan saya kepada
perempuan yang menjadi pembantu rumahnya. Perempuan separuh baya itu tersenyum dan anggukkan kepala.
"Saya ingat," sinar mata perempuan setengah baya nampak bercahaya, "arwah ayah raja selalu menyebut tentang
kawan karibnya yang berkampung laman di Perak. Barangkali inilah orangnya, kalau benar saya sungguh gembira,
khabarnya, orangnya serba boleh, handal dunia akhirat," biji mata perempuan separuh baya tertumpu ke arah datuk
yang kelihatan serba tidak kena.
"Iya," angguk Harun Fadillah.
"Oh, syukur saya pada Allah "
"Sudahlah tu, pergi buatkan air dan siapkan makan tengahari untuk
tetamu kita ini."
"Baik raja."
"Arwah ayah selalu menyuruh pembantu rumah dan pekerja di kedai memanggil saya sebagai Raja Harun Fadillah.
Ayah selalu berbangga dengan keturunan rajanya yang menentang Inggeris di Tanah Melayu. Pada saya, gelaran raja
sudah lama saya buang," mungkin Harun Fadillah merasakan sesuatu yang tidak kena, bila dipanggil raja oleh
pembantu rumah dihadapan datuk.
"Aku tahu ayah kamu, dia cukup menjaga adat, tengok saja sampai sekarang kamu memangil aku sebagai Memanda,
kerana dia yang memaksa anak-anaknya supaya memanggil aku cara begitu."
Kata-kata yang terkeluar dari mulut datuk disambut dengan ketawa oleh Harun Fadillah bersama geleng kepala. Saya
turut tersenyum.
SERAMPANG 12
MALAM itu, selesai sembahyang Isyak berjemaah, kami duduk di anjung rumah sambil melihat kerdipan bintangdan
bulan didada langit kota raya Medau.
Dari arah istana terdengar ketukan gong dan gesekkan biola dari anak- anak muda di halaman Istana Maimun. Angin
malam membawa suara merdu ke gegendang telinga saya. Sungguh merdu mereka mendendangkan irama Melayu Asli
membawa lagu Pasir Roboh, Sayang Salmah, Seri Mersing, Serampang Dua Belas dan Damak.
Harun Fadillah memberitahu datuk yang isterinya sudah tiga minggu pulang ke kampung halaman di Sayong, dekat
Kuala Kangsar. Ayah mentuanya bernama Shafie Wahab. Isterinya pulang kerana urusannya perkahwinan adik
perempuan bongsunya.
"Bila dekat hari pernikahan kira-kira tiga minggu lagi saya pergilah ke Sayong."
"Bagus tu, siapa lagi pergi ke sana?" tanya datuk.
"Kakak saya yang tua dan kakak nombor dua ikut sama."
"Siang tadi Jamain bagi tahu aku, kakak sulung kamu kerja dengan konsul (Indonesia) di Pulau Pinang. Siapa
namanya? Aku dah lupa. Dia tu anak kesayangan arwah bapa kamu." datuk renung muka Harun Fadillah.
"Nama sebenarnya, Dang Haryani, kami panggil dia Nonong," nada suara Harun Fadillah lembut sekali," memang dia
bekerjadi Pulau Pinang.
“Sekarang dia bercuti, ada di sini."
"Ada di sini?" Datuk tegakkan badan.
"Iya, memanda."
'Tapi, sejak aku datang, aku tak nampak batang hidung."
"Dia pergi ke Tanjung Pura."
Bila mendengar perkataan 'Tanjung Pura," saya tersintak kerana nama Tanjung Pura tidak dapat dipisahkan dengan
nama penyair besar Nusantara AMIR HAMZAH yang dilahirkan ditempat tersebut pada 28 Februari 1911. Saya salah
seorang daripada penggemarnya. Bait-bait sajak "Buah Rindu" bagaikan terpamir dalam kalbu.
Datuk dan Harun Fadillah masih bercerita tentang Nonong semasa kecil. Terbukti yang banyak tahu tentang Nonong si
zaman kanak-kanak ialah datuk.
Sudah tentu dia lebih banyak bercakap dari Harun Fadillah. Dan saya terkhayal bersama alunan gesekkan biola dan
gendang yang tingkah meningkah dalam alunan irama Melayu asli, batin saya bagaikan terpanggil menyorot sepintas
lalu tentang penyair besar itu yang mendapat pendidikan formal dalam Bahasa Belanda.
Memperolehi sarjana muda dari Sekolah Tinggi Hakim-Jakarta pada tahun 1931 dan pada tahun 1938, Amir Hamzah
dinikahkan oleh Sultan Langkat dengan Puteri Sulungnya yang bernama Kamaliah. Semasa zaman revolusi Amir
Hamzah ditangkap dan dibunuh. Gugurlah penyair besar itu di Kuala Bergumut sebagai pahlawan nasional.
Alangkah beruntungnya, kalau saya berkesempatan mengunjungi tempat tersebut, fikir saya dalam hati.
"Kenapa dia bercuti ke Tanjung Pura?
BERCUTI
KENAPA dia tidak bercuti di tempat-tempat menarik di Tanah Semenanjung?".
Suara datuk membantutkan khayalan saya tentang penyair agung. Perlahan-lahan saya gerakan lidah menolak lelangit.
Beberapa saat berikutnya, saya lemparkan pandangan ke halaman rumah menerusi pintu yang terbuka. Terasa angin
malam yang bertiup masuk ke ruang rumah lalu menyentuh wajah saya. Mungkin juga wajah datuk dan Harun Fadillah.
"Dia ke rumah Khatijah kakak saya nombor dua. Dia menikah dengan orang Tanjung Pura, suaminya kerja sendiri,"
Harun Fadillah memberi penjelasan sambil mengosok pangkal dagu.
"Sudah ada anak?". Soal datuk sambil menyandarkan badan ke dinding. Kaki kanannya dilunjurkan. Harun Fadillah
kerutkan kening seperti ada sesuatu yang difikirkannya.
"Ada dua anak, seorang perempuan, seorang lelaki. Masing-masing berumur antara 10-11 tahun. Kakak sulung saya si
Nonong cukup sayang dengan anak-anak saudaranya. Masa cutinya selalu dihabiskan dengan anak-anak saudaranya di
Tanjung Pura, jarang dia berada di sini," terang Harun Fadillah.
Dari ruang dapur terdengar suara perempuan separuh baya batuk. Beberapa minit kemudian perempuan separuh baya
itu diruang tamu.
"Makanan dah siap," katanya.
"Terima kasih kak, sekejap lagi kami makan."
"Kalau begitu, biarlah kakak balik dulu."
"Silakan," balas Harun Fadillah.
Dan perempuan separuh baya itu segera beredar.
Tanpa diminta, Hanin Fadillah menerangkan, sejak ayahnya meninggal dunia pembantu rumahnya tidak mahu tinggal
dibilik yang disediakan. Sebaliknya dia lebih suka bemlang dari rumahnya yang kira-kira dua ratus ela dari rumahnya.
"Selalunya, dia datang selepas subuh dan balik ke rumahnya waktu begini," tutur Harun Fadillah. Datuk anggukkan
kepala, begitu juga dengan saya. Buat beberapa saat suasana dalam ruang tamu terasa sepi sekali. Masing-masing
termenung dan menutup mulut.
"Maafkan aku Run."
Suara datuk memecahkan suasana dalam ruang tamu.
"Kenapa memanda?"
"Perkara yang mahu aku tanyakan ini, boleh menyinggung perasaan kamu? Soalnya boleh atau tidak aku bertanya,"
datuk menarik nafas dalam dan melepaskannya dengan perlahan-lahan. Saya kira hati datuk berdebar juga.
"Silakan."
Penuh keyakinan Harun Fadillah menghamburkan kata-kata. Tetapi, datuk kelihatan ragu-ragu untuk melafazkan katakata.
Berkali-kali hujung jari kelingking kanannya mengaru-garu hujung telinga kanan. Dia bagaikan mencari sebuah
keyakinan dan kekuatan dalam diri.
"Si Nonong tu, dah berumahtangga Run?".
"Belum Memanda," nada suara Harun Fadillah merendah.
"Kalau begitu, kakak sulung kamu tu dah agak berumur. Kenapalah dia berat jodoh sangat. Orangnya cantik, tak ada
cacat celanya. Pelajaran juga tidak kurang, kalau tidak silap aku umumya dah masuk angka empat. Apalah malangnya,
anak angkat aku itu." Yang terbuku dikalbu datuk Iuahkan.
DILIPAT
KAKI yang dilunjurkan dilipat kembali. Seluruh muka saya menjadi sasaran biji mata datuk. Bila senyum terukir dibibir
datuk, perasaan saya berdebar. Tidak tentu arah. Macam ada sesuatu maksud tersembunyi disebalik senyuman datuk
itu. Jangan-jangan orang tua ini membuat keputusan gila.
Agaknya. dia mahu menjodohkan aku dengan kakak si Harun. Siapalah mahu memperisterikan anak dara tua empat
puluhan. Ramai lagi anak dara yang hampir sebaya aku boleh dicari. Kalau tua setahun dua bolehlah juga. Ini jaraknya
makan mata dua puluhan. Mana ada jalan. Sesungguhnya, bermacam-macam andaian muncul disanubari hasil daripada
senyuman misteri yang dibuat oleh datuk.
"Berkawan memang ada tetapi, tidak bersungguh-sungguh. Kawan rapat pun tidak cuba masuk meminang," keluh
Harun Fadillah.
"Agaknya si Nonong yang tak mahu menikah?"
"Saya tak terfikir yang kak Nonong, begitu Memanda."
"Pelik juga, agaknya belum jodoh," Datuk mententeramkan keresahan batinnya.
"Agaknya," ujar Harun Fadillah,"apa yang nyata, orang lelaki tidak mahu berkawan lama dengannya. Kawan-kawan
lelakinya macam tidak berselera mahu menjadikan Kak Nonong sebagai ibu rumah. Macam ada sesuatu yang tidak
kena pada kakak, susah hati saya memikirkan tentang diri kak Nonong."
"Pelik," keluh datuk.
Harun Fadillah menarik nafas. Jari-jemari tangan kanannya terus memicit pangkal kepala. Dan untuk kesekian kalinya
datuk melunjur dan melipat kaki kanannya.
"Arwah ayah kamu tahu masalah ini, Run?"
Tiada jawapan yang datuk terima dari Harun Fadillah.
Datuk pun mengalihkan pandangan ke arah pintu rumah yang terdedah. Dan deru enjin kereta jelas kedengaran. Jam di
dinding sudah menunjukkan ke angka sembilan.
"Kita makan dulu, kemudian baru kita sambung cerita," Harun Fadillah mengeluarkan cadangan. Hati kecil saya
bersorak kegembiraan. Perut saya sudah terasa lapar.
"Mari"
Harun Fadillah segera bangun dan melangkah menuju ke ruang dengan diikuti oleh datuk. Saya disu ruh oleh datuk
merapatkan daun pintu serta menguncinya sekali. Kemudian, saya pun turut serta ke ruang dapur untuk menjamah
makan malam.
Bagi datuk, makan malamnya memadai dengan tujuh suap nasi, sedikit ikan dan sejemput sayur. Penutupnya, segelas
air putih. Saya jangan kira, makan dengan sekenyang-kenyang. Setelah selesai makan malam, kami kembali ke niang
tamu menyambung semula perbualan. perbincangan yang terputus.
RUANG
SAYA merenung ke arah Harun Fadillah yang tersandar di sudut ruang tamu. Buah halkumnya nampak bergerak-gerak.
Agaknya, dia menelan air liur. Di tiga jari-jemari tangan kanannya menyentuh hujung dagu. Saya kira, dia sedang
mencari kata-kata sesuai untuk pembuka mulut bagi menyambung kembali perbualan yang terputus.
Harun Fadillah seperti berada dalam suasana yang serba tidak kena. Macam ada sesuatu yang mahu dihamburkan
kepada datuk. Tetapi, tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Bagaikan ada sesuatu yang menghalangnya.
"Kenapa kamu nampak resah semacam saja Run, susah sangatkah kamu nak menjawab pertanyaan aku tadi?". Datuk
tatap biji mata Harun Fadillah.
"Iya," Harun Fadillah mengaku.
"Kalau kamu fikirkan perkara itu baik, jawablah. Kalau buruk kamu lupakan saja," datuk memberikan jalan
penyelesaian.
"Sebelum ayah meninggal dunia, memang dia berusaha mahu mencari memanda. Dua tiga kali dia datang ke Perak.
Malangnya, dia tak dapat jumpa memanda," Harun Fadillah memulakan perbicaraan dengan teratur.
"Apa hajat arwah tu, Run."
"Ada sesuatu yang mahu disampaikan kepada memanda."
"Dia tak cerita kepada kamu perkara yang mahu disampaikan kepada aku," potong datuk dengan wajah serius. Saya
yang sejak tadi tunduk merenung lantai, segera angkat kepala lalu merenung ke arah mereka berdua.
"Ada memanda."
"Apa dia Run?" sepasang biji mata datuk terbeliak.
"Dia suruh saya cari memanda sampai dapat, kata arwah hanya memanda saja yang dapat menolong kak Nonong.
Memanda tahu rahsia keluarga kami, sama ada buruk atau baik. Terutama tentang diri arwah emak yang dikatakan ada
kaitan dengan nasib malang yang dideritai kak Nonong," Harun Fadillah berhenti bercakap.
"Itu saja pesan arwah ayah kamu Run? Suara datuk meninggi.
"Iya Memanda."
Harun Fadillah segera anggukkan kepala. Tindak-tanduknya ketika itu tidak ubah seperti orang bodoh.