KUBUR DIPANAH PETIR


SAYA segera melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Andi Kamarool. Dua tiga
kali saya pejam celikkan kelopak mata. Saya rasa kurang yakin dengan apa
yang saya lihat.
"Apa yang mereka buat Andi?"
Andi Kamarool gelengkan kepala.
"Mereka korek kubur?" Soal saya lagi.
"Barangkali," Andi Kamarool menjawab lemah. Bau busuk terus menusuk
lubang hidung. Saya jadi resah tidak menentu.
"Jangan bimbang Tamar, kita tunggu dan lihat."
Saya akur dengan saranan Andi Kamarool itu.
Sepasang mata ditujukan ke arah beberapa orang lelaki yang berbadan tegap.
Mereka sedang mengerumuni sebuah kubur.
Hampir dua puluh minit kami menanti tindakan selanjut dari kumpulan lelaki
berbadan tegap.
Saya menghitung jumlah mereka. Enam orang semuanya, dua daripada
mereka mengais-ngais tanah kubur dengan cangkul, sementara yang lain
bercakap sama sendiri dalam nada suara yang perlahan.
Apakah kami wajar menunggu atau terus mendekati kumpulan lelaki
tersebut? Fikir saya sendirian. Andi Kamarool terus termenung bagaikan
orang mengelamun.
"Kita jumpa saja," bisik saya pada Andi Kamarool. "Merbahaya.
"Saya terdiam seketika. Alasan Andi Kamarool memang ada kebenarannya,
kalau kami terus mendekati mereka, mungkin kami dibelasah sampai
setengah mati. Tetapi, kalau kami berterusan mengintip dari jarak jauh
mungkin lebih berbahaya. seandainya kami disergap.
Kami menghadapi masalah yang amat sulit. Saya dan Andi Kamarool harus
merumuskan keputusan yang jitu sebelum melakukan sesuatu. Tersilap
bertindak celaka akan menimpa diri.
Di bawah rimbunan dedaun dan pokok, kami memerah otak. Setelah dikaji
dengan sehalus-halusnya, kami mengambil keputusan keluar dari tempat
persembunyian untuk memperkenalkan diri kepada kumpulan tersebut.
Dan kami bersedia menerima apa saja risiko. Dengan penuh keyakinan, kami
melangkah keluar dari tempat persembunyian menuju ke arah kumpulan
lelaki yang berbadan tegap.
Mereka menyedari kedatangan kami tetapi, berpura-pura tidak tahu.
Kami terus melangkah mendekati mereka.
"Assalamualaikum," kata kami serentak.
"Mualaikum salam," jawab mereka, batang tubuh kami menjadi sasaran biji
mata mereka. Hati kecil saya merasa cemas dan Andi Kamarool nampak
tenang sekali. Dan kehadiran kami tidak dipedulikan.
"Ada orang meninggal?". Saya memberanikan diri. Mereka membisu dan
saling berpandangan sama sendiri.
Siapa yang meninggal?", Susul saya lagi.
"Huh, menyibuk pula," salah seorang daripada mereka merungut.
"Sabar, biar aku uruskan," lelaki yang berkulit agak cerah menepuk
bahu kawannya dua tiga kali dan terus berdiri berdepan dengan
saya.
"Tak ada orang yang meninggal," sepasang biji matanya dijegilkan
ke arah saya. Andi Kamarool segera menendang betis kiri, memberi syarat
supaya saya berhati-hati.
"Kalau tak ada orang mati, kenapa kerumun kubur, bawa cangkul dan datang
ke sini," cara bersahaja sekali Andi Kamarool menyoal.
Saya lihat muka lelaki yang berkulit agak cerah itu segera berubah, nampak
bengis dan marah. Jelingannya cukup tajam menikam ke wajah Andi
Kamarool. Saya lihat dia menggenggam penumbuk, saya jadi cemas kalau dia
melepaskan penumbuk ke muka Andi Kamarool.
"Balik saja Andi," bisik saya.
"Tunggu dulu," nada suara Andi Kamarool keras. Saya tidak ada pilihan dan
terpaksa akur dengan permintaannya. Dalam erti, kata lain, saya harus
menghadapi atau menerima risiko yang akan terjadi.
"Kenapa kamu berdua sibuk urusan orang lain," cukup keras suara lelaki yang
berkulit agak cerah itu. Dia bergerak ke kiri dan ke kanan, bagaikan mencari
tempat berdiri yang sesuai dan selesa untuk membuka silat.
"Kamu nak tahu ceritanya?" sergahnya.
Serentak kami anggukkan kepala.
"Aku ingat, kamu berdua orang luar."
"Iya," cepat sekali aku dan Andi Kamarool menjawab.
Dalam sekelip mata saja mereka terus mengelilingi kami. Beberapa orang
daripada mereka sengaja menolak badan kami dengan bahu. Malah,ada yang
cuba mengutuk clan memaki kami. Sudah tentu perbuatan itu membuat hati]
jadi panas. Mujurlah saya masih ingat dapat mengawal perasaan.
PANAS
Di tengah suasana yang serba panas itu, Maki berkulit cerah bertindak
menyuruh kawan-kawannya yang mengelilingi saya dan Andi Kamarool
beredar. Arahan itu segera dipatuhi, barulah hati saya merasa aman dan
tenteram. "Kamu berdua nak tahu ceritanya kenapa kami ada di sini," ujar
lelaki berkulit cerah. Wajah karni direnung penuh dengan perasaan geram.
"Iya, karni sekadar nak tahu," kata saya. Kubur ni dipanah petir petang
semalam. Bau busuk dan hangit yang kamu berdua hidu, datangnya dari
kubur ini. Sekurang kamu dah dengar ceritanya. Aku nasihatkan kamu berdua
berhambus dari sini, jangan nak siasat, ini urusan kami, bukan urusan kamu
berdua. Kalau kamu tak pergi, kamu berdua susah nanti.
" Saya dan Andi Kamarool terlopong mendengar cerita yang agak pelik dan
ganjil. Saya renung wajah lelaki yang bengis itu sejenak. Dia menjegilkan biji
mata. Ticlak memperlihatkan tanda-tanda persahabatan,
"Ada hubungan keluarga dengan awak?", tanya Andi Kamarool. "Saya suruh
awak berdua berambus dari sini, bukanya bertanya lagi. Fahammmmmmm,"
jerit lelaki berkulit cerah
"Maafkan kami," saya mohon.
"Pergi sekarang, sebelum batang cangkul kena kepala," lelaki itu merampas
cangkul dari salah seorang kawannya lalu mengacukan ke arah kepala kami.
Setelah diusir, kami tidak ada pilihan dan terpaksa meninggalkan kawasan
perkuburan. Sebelum berangkat, kami sempat melihat keadaan permukaan
tanah kubur.
Di bahagian tengah kubur terdapat lubang besar akibat dipanah petir. Tanah
sekeliling lubang nampak hitam, kain kafan dan papan keranda bertaburan.
Tulang dan daging simayat yang sudah rentung kelihatan di sekitar kubur.
Batu nisan di bahagian kepala patah dua manakala bahagian kaki tidak
kelihatan langsung.
Kesan petir yang hebat dan kuat itu masih kelihatan. Tanaman dan pepokok
yang terdapat di kawasan perkuburan terbakar hangus. Dedahan pokok yang
patah menimpa beberapa kubur lain batu nisan yang patah bergelimpangan.
"Cepatlah, jangan renung sana, jangan renung sini.
"Andi Kamarool terus menarik tangan saya. Sesungguhnya, saya masih belum
puas melihat keadaan sekitar. Memang diharapkan semasa merenung itu, saya
akan terlihat batu petir yang dikatakan mempunyai seribu kegunaan. Saya
ingin memilikinya.
"Cepatlah Tamar, kau lihatiah tu."Saya segera melihat ke arah yang
disebutkan oleh Andi Kamarool. Hati menjadi kecut. Kumpulan manusia yang
mengerumuni kubur masih merenung ke arah kami. Di tangan mereka
tersedia dahan kayu.
"Kita lari Andi."
"Ayuh." Dan kami pun memulakan langkah seribu. Terus berlari tanpa mahu
menoleh ke arah mereka. Akibat takut, bau busuk dan hangit terus hilang.
PERHATIAN
APA yang dialami, kami ceritakan pada datuk dan Haji Basilam. Ternyata,
mereka seperti ambil peduli. Apa lagi untuk memberikan sebarang komentar.
Dan saya terus berusaha menarik perhatian mereka dengan mengulangi dan
menyebut kisah tersebut berulang kali. Ternyata usaha saya itu berhasil
membuka mulut datuk. "Kamu berdua masih bernasib baik, tidak dipukul."
Datuk terus sandarkan tubuh ke dinding. Kedua belah kakinya diluruskan.
Saya dan Andi Kamarool yang duduk berdepan dengannya (datuk) berbalas
senyum. Malangnya, setakat itu sahaja datuk bersuara. Kami kembali
dibelenggu perasaan hampa.
Haji Basilam yang baru pulang dari warung, membeli kuih untuk sarapan pagi
tersenyum melihat kami membatu di depan datuk. Haji Basilam terus ke
ruang dapur. Dan dia datang kembali menghampiri kami membawa sedulang
air kopi dan kuih.
"Minum."
Dia pun meletakkan secangkir kopi di depan saya dan Andi Kamarool. "Terima
kasih, aku tak mahu kopi, bagi aku air suam.
Haji Basilam mengenepikan cawan kopi dan meletakkan segelas air suam di
hadapan datuk.
"Memang sudah dijangkakan, fasal tu saya buat satu cawan kopi dan segelas
air suam," makna, penuh kemesraan.
"Terima kasih, sahabat yang memahami tingkah laku, perangai serta
kegemaran kawan seperjuangan," balas datuk tenang bersama senyum yang
memanjang di kelopak bibir.
Suasana kembali tenang seketika. Masing-masing menghirup air minuman.
Dari gerak-geri dan air mukanya, saya dapat menduga yang Andi Kamarool
masih mengharapkan datuk menyambung kata-kata yang sudah terputus agak
lama itu.
"Apa yang dikatakan oleh datuk kamu tu memang benar, kamu berdua
sungguh bernasib baik," hujung jari-jemari Haji Basilam menggosok-gosok
badan cawan perlahan-lahan. Cawan diangkat lalu air kopi diteguk. Kerana
terlalu lama duduk membuat bahagian pinggang saya terasa lenguh. Saya
menggeliat dua tiga kali ke kiri dan ke kanan hingga rasa lenguh hilang.
"Kamu berdua memang bernasib baik," Haji Basilam meletakkan cawan di
lantai. Kali ini, wajah kami berdua menjadi sasaran biji matanya.
"Haji."
"Iya, ada saja sahabat," Haji Basilam renung muka datuk. "Aku fikir eloklah
kamu selesaikan perkara budak berdua ini." "Maksud sahabat."
"Eloklah kamu ceritakan, biar mereka tahu betapa berbahaya kerja yang
mereka buat. Mengintip kerja orang lain bukan perbuatan yang baik," nada
suara datuk lembut sekali.
Selesai saja dia mengakhiri kata-kata tersebut, datuk pun menarik nafas
dalam-dalam. Sisa air angin dalam cawan segera dihirupnya. Entak mengapa,
tiba-tiba saja datuk menggelengkan kepalanya berkali-kali, macam ada
sesuatu yang dikesalinya dan akhirnya, wajah kami menjadi sasaran biji
matanya.
"Syukurlah kamu berdua tidak di apakan-apakan," ulang datuk lagi.
Sesungguhnya, saya kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan. Hati
kecil terus merumuskan yang datuk seolah-olah menyindir kami. Saya pun
melahirkan protes dengan menggenggam penumbuk serta menekankannya ke
permukaan lantai.
Andi Kamarool melahirkan rasa kurang senangnya dengan merenung ke arah
tingkap yang mula dimasuki sinar matahari.
Bila rasa marah mula menurun saya bersedia mendengar kata-kata yang bakal
diungkapkan oleh datuk. Tidak kira sama ada ungkapan itu menggembirakan
atau menyakitkan perasaan. Ternyata datuk tidak mengungkapkan sepatah
kata pun. Dia lebih banyak termenung. Sekali-kali mengedutkan dahi. Suasana
terasa agak damai. Masing-masing membatu melayani perasaan.
PECAHKAN
HAJI BASILAM memecahkan suasana damai dan hening. Dia sengaja
melagakan punggung cawan dengan bibir piring. Datuk tersentak dari
lamunan dan segera menoleh ke arah Haji Basilam tanpa memberikan
sebarang komen. Haji Basilam segera melunjurkan kaki kiri serta memicit
buah betis berkali-kali. Agaknya, dia mahu menghalau rasa lenguh yang
bersarang di kaki kirinya.
"Apa yang dikatakan oleh datuk kamu tu, Tamar memang benar. Kamu berdua
memang bernasib baik," Haji Basilam bersuara dengan tenang. Datuk segera
angkat muka dan senyum ke arah Haji Basilam.
"Kamu teruskan Haji."
"Saya cuba."
Dengan segera saya cubit bahu Andi Kamarool.
"Kita tunggu Tamar," bisik Andi Kamarool.
"Cakap kamu betul," saya berharap misteri kubur kena panah akan segera
tersingkap. Andi Kamarool memang ingin mengetahui mayat siapakah yang
dikuburkan di situ.
"Haji."
"Ada apa hal," Haji Basilam menyoal datuk.
"Uruskan," sahut datuk sambil bangun lalu meninggalkan kami. "Kenapa
dengan dia tu, Pak Aji?" Tanya Andi Kamarool.
Dengan senyum, Haji Basilam mengangkat kedua belah sayap
bahunya. Perasaan saya mula kurang tenteram, rasanya macam ada sesuatu
yang t1dak. kena. Barangkali, antara datuk dengan Haji Basilam sudah terjalin
permuafakatan. Segala soalan yang kami ajukan harus dijawab oleh Haji
Basilam, demikian hati kecil membuat kesimpulan.
"Kerana datuk kamu suruh aku terangkan, biarlah aku terangkan," begitu
bersahaja nada suara Haji Basilam. Dan ungkapan itu, bagaikan menguatkan
lagi kata hati saya. Haji Basilam bingkas dari tempat duduk. Berjalan ke arah
jendela, berdiri di situ merenung pepohon dan awan di langit.
Dan apa yang dilakukan oleh Haji Basilam menimbulkan tanda tanya dalam
diri saya dan mungkin juga di hati Andi Kamarool.
Tanpa diduga, secara mendadak Haji Basilam duduk bersila di depan kami.
Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan.
"Sebelum kamu berdua bercerita tentang apa yang kamu alami pada kami,
perkara tu sudah ada dalam kepala kami. Semuanya kami tahu," wajah Haji
Basilam nampak serius sungguh.
"Huuuuuhhh ," keluh saya dan Andi Kamarool serentak dengan mulut
terlopong. Otak terus dihujani dengan seribu persoalan. Haji Basilam ketawa
terkikih melihat kami agak terkejut.
"Kamu berdua terkejut?" Ulangnya lagi. Kali ini, kami mengangguk serentak.
Entah kenapa secara spontan Haji Basilam menepuk bahu kami. Barangkali,
dia cuba memujuk atau menenangkan perasaan kami.
"Tiga hari sebelum kamu berdua tiba, rumah ni didatangi oleh seorang lelaki
yang berumur kira-kira tiga puluhan," Haji Basilam mengaru hujung
hidungnya. Kedua belah tangannya didepangkan.
"Apa hal orang tu datang?" Andi Kamarool yang tidak mahu kisah itu terputus
begitu saja, terus bertanya.
"Dia mengajak kami berdua datang ke rumahnya."
"Sebabnya?" Saya mencelah.
"Katanya, jirannya sakit tenat."
Saya lihat haji Basilam begitu berhati-hati sekali meluahkan kata-kata.
Sepasang anak matanya merenung liar ke kiri dan ke kanan. Dia bagaikan
terasa ada sesuatu yang memerhatikan gerak gerinya.
"Kemudian bagaimana Pak Aji;" Andi Kamarool terus mendesak.
"Kami pun pergi dan sesudah melihat muka pesakit ," Haji
Basilam menelan air liur dan berhenti bercakap. Lagi sekali dia bangun dan
menuju ke tingkap, meninjau keadaan di luar.
Dia kembali duduk bersimpuh di hadapan kami.
Setelah muka pesakit tu direnung datuk kamu terkejut besar
dan mengucap panjang. Dia tidak menyangka sama sekali orang yang sakit
dihadapannya, adalah orang yang di carinya selama ini," sambung Haji
Basilam.
DEBAR
PERJELASAN itu sungguh mendebarkan hati. Penuh misteri dengan seribu
teki-teki yang sukar diramalkan jawapannya. Haji Basilam kelihatan seperti
tidak mahu meneruskan cerita.
"Pak Aji, saya nak tanya satu perkara?
"Silakan Tamar."
"Apa hubungkaitnya datuk saya dengan sipesakit tu?."
"Tak ada apa-apa hubungan, saudara dekat pun tidak, saudara jauh pun bukan
tapi ," Haji Basilam berhenti bercakap.
"Tapi, apa pula Pak Aji?". Agak tinggi nada suara Andi Kamarool yang tidak
dapat menahan perasaan ingin tahu.
"Suaminya," wajah saya mula direnung dengan tajam oleh Haji Basilam.
Bibirnya nampak bergerak-gerak, "arwah suaminya dulu kenalan rapat datuk
kamu Tamar. Anak jati Kampung Tualang Sekah dekat Malim Nawar. Datuk
neneknya berasal dari Tanah Kerinchi. Semasa hayatnya arwah semasa
hidupnya bertugas sebagai imegrisen beribu Pejabat di Pulau Pinang," Haji
Basilam mula menyingkap masa lampau yang penuh misteri.
Saya dan Andi Kamarool terus pasang telinga dan berdoa semoga Haji Basilam
akan meneruskan ceritanya hingga tamat. Tidak setakat separuh jalan sahaja.
"Bila bersara, dia dilantik oleh pihak istana menjadi orang bergelar. Semuanya
itu, kerana mengenangkan jasanya yang banyak pada pemerintah," sambung
Haji Basilam dengan wajah yang berseri. Kali ini, dia kelihatan tidak takuttakut
atau cerhas lagi.
"Bila dah jadi orang bergelar, mesti banyak benda dan wang ringgit," Andi
Kamarool mencelah. Haji Basilam anggukkan kepala, membenarkan kata-kata
Andi Kamarool.
"Masa dalam kerja lagi, dia terkenal sebagai pegawai kerajaan yang rajin
membuat harta. Kata orang, dia memang hidup mewah, macam orang kaya.
Tidak mengambarkan yang dirinya itu seorang pegawai kerajaan, dia layak
dipanggil jutawan."
"Dia tak ada anak ke Pak Aji?" Saya cuba merisik.
Haji Basilam mengekedutkan dahinya, merenung permukaan lantai.
Kemudian menarik nafas dalam-dalam. Macam ada sesuatu yang menyentuh
hati nuraninya.
"Itulah malangnya," suara Haji Basilam amat perlahan sekali," seorang anak
lelakinya di hantar ke Australia, belajar di sana. Bila tamat pengajian, tidak
mahu balik, menetap terus di sana. Akhimya, mati kemalangan jalanraya,"
kepiluan tergambar diwajah Haji Basilam. Buat beberapa detik dia diam
terharu.
"Itu saja anaknya?" Tanya Andi Kamarool setelah melihat Haji Basilam dapat
mengawal emosinya.
"Ada seorang lagi, anak perempuannya di hantar belajar ke England. Kahwin
dengan orang putih beranak cucu disana, tidak mahu balik ke Tanah
Semenanjung. Mungkin kerana kecewa berdepan dengan keadaan yang tidak
menyenangkan itu, orang bergelar jatuh sakit, puas berubat ke mana-mana
sakitnya tidak juga sembuh," Haji Basilam berhenti lagi dan kembali
termenung.