"KITA bertemu juga."
Suara orang itu bergema untuk kali yang kedua. Tidak ada
tindak balas dari datuk.
"Kamu mahu merebut milik Dang Intan Mahani atau Ani
Cantik," datang lagi suara dari orang
berwajah putih kapas. Perlahan-lahan kain hijau yang
membalut sebahagian daripada wajahnya
dijatuhkan ke lantai. Semuanya dihadapi oleh datuk dengan
tenang dan tabah.
Orang berwajah putih kapas, cuba melangkah mendekati datuk.
Dua tapak datuk undur ke
belakang. Orang itu maju lagi, datuk mengelak. Kali ini
empat tapak ke belakang.
Dengan hati-hati datuk angkat tangan kiri separas bahu,
kemudian memusingkan tubuhnya
dengan pantas sebanyak tiga kali berturut-turut hingga
tercipta sempadan pemisah yang ditandai
dengan garisan hitam di lantai.
Sebelum tangan kiri kembali kepada kedudukan asal (lurus ke
bawah) tangan kanan diangkat
lalu didakapkan ke dada dengan tiga jari menekan tulang
selangka. Tiga kali nafas ditarik dan
dilepaskan barulah tangan kiri dibawa ke dada menindih
tangan kanan yang tersedia di dada.
"Pulangkan segala-galanya kepada yang berhak,"
datuk bersuara.
"Maksud kamu?" Tanya orang berwajah kapas.
"Ani Cantik mengambil hak anaknya untuk kepentingan
dirinya."
"Humm " terdengar keluhan.
Suasana berikutnya, menjadi sepi. Orang berwajah putih kapas
masih berdiri di tempat. Datuk
tetap berada dalam lingkaran garisan. Saya Nonong dan Harun
tetap macam tadi, masih bertindih
dan berhimpit dekat tiang.
"Kita jalinkan persahabatan."
Orang berwajah putih kapas, maju setapak sambil menghulurkan
telapak tangan untuk bersalam.
Malangnya, tangan yang dihulurkan tidak dapat melepasi
garisan di lantai.
"Ertinya, kita tidak boleh bersahabat," orang
berwajah putih kapas bersuara penuh kesal.
Terbayang kekecewaan yang amat sangat di wajahnya.
"Begitulah kira-kiranya," balas datuk.
Orang berwajah putih tunduk merenung lantai.
"Pulangkan hak anak Ani Cantik," rayu datuk.
"Iya, apa yang kamu lihat dan temui dalam bilik ini,
setelah aku pergi. Itulah haknya dan
selanjutnya terpulanglah kepada kamu mengendalikannya,"
suara itu bergema dan bergaung
dalam bilik.
"Aku faham," kata datuk lantang.
Tanpa banyak cakap orang berwajah seputih kapas itu,
perlahan-lahan memusingkan tubuhnya.
Setiap liku dan sudut bilik ada dalam anak matanya. Saya
jadi cemas semacam, lambat laun
renungannya akan tertacap ke wajah saya.
"Sial," kutuk saya dalam hati.
Bagaikan ada kuasa ghaib memusingkan tubuh dan wajah orang
seputih kapas ke arah saya.
Renungannya cukup tajam, penuh benci dan dendam.
Berkali-kali giginya dilagakan,
bergemeretap bunyinya.
"Hummmm " dengusnya.
Dan renungannya segera berubah kepada Nonong. Kemarahan dan
geram yang terpamer segera
digantikan dengan rasa simpati dan renungan yang penuh
kesayuan.
Dia menundukkan muka, merenung lantai untuk waktu yang agak
lama. Kedua-dua belah
bahunya bergegar lalu diikuti dengan suara tangisan berserta
sedu yang memanjang. Tanpa di
duga dia menghentakkan kaki kirinya ke lantai sambil
meluahkan kata-kata yang kurang jelas
maksudnya.
Dalam sekelip mata batang tubuhnya menghilang, tempat
manusia aneh itu berdiri kelihatan
kepulan asap yang naik memanjang menuju siling bilik.
GHAIB
SEBELUM kepulan asap itu ghaib, berlaku lagi sekali ledakan
yang amat kuat bersama pancaran
kilat. Di luar deru ribut yang amat hebat. Rumah teras
bergegar, lantai bergerak dan kami
terumbang-ambing.
Datuk yang tadi berada tidak jauh dari kami bertiga, kini
terpisah jauh nampak samar-samar.
Saya cuba bersuara memanggil namanya. Seperti tadi suara
saya tidak keluar tersekat di
kerongkong.
Dalam keadaan yang tidak menentu, semua yang dibuat serba
tidak kena. Kotak fikiran seperti
kosong melopong. Tidak tahu dengan suasana yang dihadapi,
sama ada waktu siang atau malam.
Malah di mana berada pun tidak tahu.
"Huusss " saya menghembuskan nafas.
Dan hati saya bagaikan memberitahu, bahawa kami berada di
satu dunia yang terasing.
Aneh, gegendang telinga terus diasak dengan bunyi deru air
dari gunung. Badan bagaikan
dilambung ombak ke sana ke mari. Tiba-tiba, adan dipukul
oleh gelombang besar setinggi pokok
kelapa dara. Sekujur tubuh diarak ombak lalu dihempaskan
kepada objek yang keras.
Kulit dan tulang-temulang bagaikan bercerai berai. Sakitnya
bukan kepalang dan selanjutnya
tidak tahu apa yang terjadi. Segala-galanya menjadi fana.
KELOPAK
TIDAK tahu, berapa lama masa sudah berlalu. Dan kelopak mata
secara perlahan-lahan
digerakkan berkali-kali. Terasa pedih dan perit. Bahu
sebelah kanan disentuh sesuatu secara
lembut. Kemudian digoyangkan dan ditumbuk bertalu-talu.
"Tamar."
Kelopak mata masih gagal di buka. Bulu mata bawah dengan
bulu mata atas masih bertaut erat.
Deru air dari gunung beransur kurang, tidak sekuat tadi dan
usaha membuka kelopak mata tetap
diteruskan.
"Tamar."
Saya yakin, itu suara datuk. Kepala saya gerakkan
perlahan-lahan, sebagai tanda yang saya boleh
mendengar tetapi, tidak dapat bersuara. "Kamu tak boleh
buka mata, Tamar."
Macam tadi juga, saya tetap anggukkan kepala. Tidak lama
berselang, terasa ada jari-jemari
lembut mengurut-urut kelopak mata dengan mesra. "Buka
kelopak mata kamu, Tamar!"
Arahan itu segera saya patuhi. Kelopak mata boleh dibuka
dengan mudah. Wajah datuk
terdampar dalam anak mata. Senyum yang menari di kelopak
bibirnya bagaikan menghantar
sebuah kemesraan yang berbalut sayang dari seorang datuk
kepada seorang cucu yang baru
berada di alam nyata.
Renungan segera beredar dari wajah datuk ke wajah Nonong dan
Harun. Mereka nampak
tergamam. Tetapi, apa yang pasti mereka lebih awal sedar
dari saya. Malah sudahpun bangun,
bersiap-siap untuk keluar dari bilik.
"Memang aku tidak menduga berdepan dengan hal-hal yang
pelik begini. Tak apalah, setidaktidaknya
kamu bertiga dapat pengalaman baru," tutur datuk
seperti berbisik.
"Iya, memanda, menakutkan dan tidak masuk di
akal," Nonong menyampuk.
"Biarkan perkara tu berlalu, kamu berdua bersiap sedia
untuk ke masjid, bolehlah kita samasama
orang lain berjemaah," balas datuk. Saya masih dalam
keadaan terpinga-pinga.
"Dah selesai?" saya bersuara.
Datuk ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala.
"Kamu masih mamai lagi Tamar. Aku harap perkara ganjil
yang menakutkan ini, Insya Allah
tidak berulang lagi," nada suara datuk agak lemah.
Walaupun Nonong dan Harun mendengar sindiran dari datuk
untuk saya. Tetapi, mereka tidak
memberikan sebarang komentar. Malah, wajah mereka nampak
bersahaja. Memang tidak diduga
sama sekali, Nonong dan Harun yang sudah bersiap-siap mahu
meninggalkan bilik,
membatalkan hasrat. Mereka kembali duduk bersila tidak jauh
dari saya.
Rasa cemas, bimbang dan takut yang menguasai diri dapat saya
kawal hingga keadaan normal.
Dan saya memberanikan diri menanggungkan kepala, setiap
sudut bilik saya sorot secara
terperinci. Ternyata tidak ada satu pun kesan aneh yang
dapat dilihat. Tidak ada dinding yang
berlubang, tidak ada barang yang berserakkan.
"Pelik."
"Apa yang pelik Tamar," sambut datuk.
"Mana dia seludang kepala, batu gunung, tempat bakar
kemenyan dan rambut. Ke mana barangbarang
itu menghilang," saya minta sebuah kepastian dari
datuk.
BESAR
NONONG dan Harun terkejut besar mendengar pertanyaan yang
saya kemukakan pada datuk,
mereka seperti tersentak dari lamuan yang panjang.
"Betul, cakap Tamar tu memang betul," Harun
memberi sokongan.
"Apa yang betul tu Harun, tiba-tiba main sokong saja.
Cakap pada aku apa yang betul tu?"
Sepasang bola mata datuk tertumpu ke arah batang hidung
Harun yang nampak sedikit resah.
Bagaimana dia tidak resah, renungan datuk itu tidak ubah
macam kucing mahu menerkam tikus.
"Barang-barang yang Tamar sebutkan memang tidak ada di
sini, mana dia barang-barang tu
memanda," Harun memberanikan diri memberikan jawapan.
"Mata kau buta," sergah datuk.
Kami terkejutkan dan bersedia lari bertempiaran keluar dari
bilik andainya, datuk naik angin.
Agaknya, pertanyaan saya dan Harun dianggap datuk sebagai
mencabar kewibawaanya.
"Jegilkan biji mata kamu semua, renung sebelah kiri
pintu."
Semua biji mata tertumpu ke arah yang datuk katakan. Di situ
ada bungkusan berbalut kain
hitam, sebesar putik kelapa.
"Tapi
"Aku tahu apa yang kamu fikirkan? kamu fikirkan
seludang kelapa, batu gunung, rambut dan
tempat kemenyan. Bukan begitu Harun?" "Iya,
memanda," suara Harun terketar-ketar.
"Semua barang-barang tu sudah di satukan dan dibungkus.
Apa lagi yang kamu semua mahu
tahu?"
Kami terdiam, anak mata kami kembali menyorot ke arah
bungkusan yang berbalut dengan kain
hitam.
Suasana dalam bilik kembali bungkam. Empat insan melayani
fikiran masing-masing.
"Tapi memanda, kami mengalami bermacam-macam hal dan
perkara pelik-pelik," Nonong
dengan nada suara penuh keyakinan memecahkan uasana bungkam.
Datuk tidak memperlihatkan
reaksi yang tidak menyenangkan. Mungkin rasa marah sudah
hilang dari kalbunya.
"Humm.. " datuk menarik dan melepaskan nafas.
Saya dan Harun bertukar pandangan. Tentunya dengan perasaan
yang berdebar.
Datuk menggigit bibir sambil mengkerutkan kening. Dia seperti
keberatan untuk menjawab
pertanyaan yang diajukan oleh Nonong.
"Kenapa perkara tu terjadi memanda," ulang Nonong,
kali ini nada suara Nonong terasa
mengandungi rasa bimbang. Lagi sekali datuk menarik nafas
panjang. Keresahan di wajah segera
bertukar menjadi rasa simpati terhadap Nonong.
Dan buat kesekian kalinya, datuk merenung lantai.
Tindak-tanduk itu mengundang seribu amalan
dalam diri. Apalah susah sangat datuk mahu menjelaskannya?
Masih adakah lagi bencana atau
olah dari makhluk ganjil untuk mengugat keluarga Nonong?
Kalau perkara sebenar tidak
jelaskan, macam-macam perkara negatif muncul dalam kepala.
Sesungguhnya, bila berdepan
dengan suasana begini, saya jadi kebal dan marahkan datuk.
"Begini."
ANGIN
DATUK yang tadi berdiri di tengah-tengah ruang bilik, segera
mencari tempat sesuai untuknya
melabuhkan punggung. Tempat yang jadi pilihan, tidak jauh
dari sisi Harun. Mungkin untuk
memberikan kekuatan dan keyakinan, bahu kiri Harun ditepuk
oleh datuk berkali-kali. Nonong
hanya menjeling saja.
Di luar, angin subuh yang bertiup lembut terus merempuh
dedaun pokok di halaman dan di kiri
kanan rumah, melahirkan bunyi yang tidak menentu, sekejap
meninggi, sekejap merendah.
Bunyi ekor cicak memukul dinding jelas kedengaran yang
diselang seli dengan suaranya yang
memanjang dan nyaring. Dari air muka Nonong dan Harun dapat
saya baca keresahan yang
bergolak dalam batin mereka.
"Masa untuk bercerita terhad," renungannya lembut
dari datuk terdampar ke wajah Nonong.
"Huss ," Harun mendengus, membayangkan rasa putus
asa.
"Masa untuk bercerita terhad," ulang datuk waktu
subuh dah dekat benar," sambungnya
bersahaja sambil menggerakkan lehernya ke kiri dan ke kanan.
Perasaan saya tetap berdebar.
"Masih mahu beralih," runggut saya dalam hati.
Mulut Harun terlopong.
TERBAKAR
DIA juga seperti saya dan Nonong, masih menanti dengan
seribu pertanyaan. Apakah yang bakal
diluahkan oleh datuk.
"Sebenarnya, semasa batu gunung itu terbakar, kamu
bertiga berpisah dari kawalan aku secara
batin. Kamu berada dalam kawalan iblis yang menguasai batu
gunung, kamu bertiga berada di
antara sedar dengan tidak. Antara alam nyata dengan ghaib.
Pendek kata kamu bertiga seperti
terkhayal," tentu saja kata-kata datuk itu mengejutkan
kami.
"Memanda tidak dikuasainya?" Nonong ajukan
pertanyaan.
"Aku sentiasa berada di alam nyata, jawab datuk.
Nonong dan Harun segera meraba-raba cuping telinga, begitu
juga dengan saya. Tidak memadai
dengan itu, kami mematahkan ibu jari kaki kiri hingga terasa
sakit. Secara serentak kami
menumbuk lantai hingga tulang di buku lima terasa pedih.
Perbuatan kami disorot oleh datuk
dengan ekor mata.
"Sekarang kami bertiga berada di alam nyata,"
datuk senyum sinis tetapi, temyata Harun masih
kurang yakin.
"Buktinya memanda?"
"Kamu berdiri sebelah kiri."
Harun melakukan apa yang datuk suruh. Semasa dia mahu
mengimbangi tubuhnya, dia terlayah
lalu jatuh ke arah saya, belum pun sempat tubuhnya jatuh
atas badan, saya mengelak. Harun
jatuh atas lantai lalu menjerit kesakitan.
"Itu buktinya," sambut datuk.
Saya dan Nonong ketawa, akibatnya kami menerima teguran dari
datuk.
"Sekarang bagaimana Harun, kamu yakin dengan apa yang
aku cakapkan."
"Saya yakin memanda," Harun kembali duduk seperti
posisi asal.
"Amalan ilmu hitam yang dimiliki dukun tempat arwah
emak kamu minta tangkai susuk tu,
memang dukun yang hebat " datuk tidak meneruskan
kata-kata. Nonong kerutkan dahi, macam
ada sesuatu yang difikirkannya.
"Macamana memanda kata dia hebat?"
"Lain kali saja kita ceritakan tentang kehebatannya,
walaupun sebanyak sedikit kebolehannya
sudah dapat kamu bertiga rasakan."
Nonong anggukkan kepala, aku dengan penjelasan datuk. Muka
Harun saya jeling. Dia masih
resah semacam, masih bimbang dan takut-takut.
KULIT
DINGIN subuh kian terasa menggigit kulit tubuh dan untuk
menghangatkan badan terpaksa
berpeluk tubuh. Bunyi deru angin kian kerap mengusik
gegendang telinga.
Sesekali terdengar bunyi tagar sayup-sayup memanjang.
Selalunya, suasana seperti itu
menandakan hari mahu hujan. Kata orang tua-tua, hujan subuh
membawa rahmat tetapi, bagi
pengamal ilmu hitam hujan subuh mengundang kecelakaan.
"Eh Tamar, Harun, kita tak boleh berlengah-lengah
lagi," datuk segera bangun, mundar-mandir
di depan kami sambil jari kelingking kirinya menggaru-garu
hujung dagu.
"Pergi bersihkan tubuh," sambungnya dengan tekanan
suara separuh
keras.
"Tapi...."
"Apa lagi yang mahu kamu tanyakan Nonong?"
"Barang-barang dalam bungkusan dekat pintu tu, mahu
dibiarkan saja di situ memanda."
"Terima kasih atas ingatan tu, kalau kamu tidak
mengingatkannya, memang aku dah lupa,
Nonong," Datuk pun merenung ke arah bungkusan yang
tersadai di bucu pantai.
Saya dan Harun berpandangan, dalam hati muncul doa: Semoga
saya dan Harun tidak akan
diberikan tugas untuk menyelesaikan masalah bungkusan yang
saya anggap berpuaka.
Memadailah dengan apa yang telah dilalui, cukup terseksa
rasanya.
"Begini Nonong."
Apa yang bergolak dalam kotak fikiran segera tumpas.
Sepasang anak mata ditujukan kembali ke
muka datuk.
"Lepas balik dari masjid kita selesaikan. Kamu tak usah
takut-takut, buat kerja macam biasa
Nonong," suara datuk bersahaja. Nonong menggigit bibir,
keresahan tetap terpamer di mukanya.
"Baiklah memanda."
Nonong bangun dan bersedia untuk melangkah keluar dari
bilik.
"Nanti dulu Nonong," tahan datuk. Langkah Nonong
terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh ke
arah datuk yang menjentik papan lantai dengan ibu jarinya
berkali-kali.
"Masa ketiadaan kami, kamu jangan masuk atau melintas
di depan bilik ni,"
"Kenapa memanda?" Nonong ingin tahu.
"Jangan banyak tanya, ikut saja cakap aku."
"Baiklah memanda, maafkan saya."
"Hummmm.." balas datuk.