SEMASA azan subuh dilaungkan dari sebuah masjid berdekatan,
keadaan
diri Jaafar beransur pulih. Dapat tidur dengan lena. Tetapi,
Masron tidak
bersedia untuk meninggalkan Jaafar sendirian. Masron bimbang
semasa
ketiadaannya nanti akan berlaku perkara yang tidak diingini
terhadap
sahabat karibnya itu.
Demi persahabatan, Masron rela menutup kedai perabutnya
selama sehari.
Dia melupakan temujanji yang dibuatnya dengan beberapa orang
pelanggan.
Pada hemat Masron, biar hilang pelanggan jangan hilang
sahabat. Pelanggan
boleh di cari tetapi, nilai kesetiaan seorang sahabat memang
tiada taranya.
Masron tahu, tidak kurang dari tiga atau empat orang
pelanggan akan
menemuinya. Mereka datang dari Singapura dan Melaka. Jaafar
terus
berdengkur dan Masron tetap berada di sisinya. Bagi
menghilangkan rasa
sunyi dan bosan dia membaca surah yassin beberapa kali. Bila
terasa penat
dia membelek- belek masalah terbitan dari Singapura.
Lebih kurang pukul lapan pagi, Jaafar terjaga dan terus
duduk. Bagi
memastikan yang sakit itu sudah pulih, Masron menyuruh
Jaafar melakukan
gerakan leher yang diakhiri dengan senaman ringkas.
Arahan itu dipatuhi oleh Jaafar dengan penuh semangat hingga
badannya
berpeluh. Masron senang hati melihat peluh melilih di dahi
dan tubuh Jaafar.
Semuanya itu menandakan yang Jaafar sudah cukup sihat.
Sebelum
membenarkan Jaafar masuk kebilik air (mandi), Masron
memeriksa setiap
sendi tubuh Jaafar dengan menggunakan rotan seni.
Hujung rotan yang disimpul itu diketuk berkali-kali di
tempurung lutut.
hujung siku, sendi bahu dan buku lali. Setiap kali ketukan
dilakukan kelopak
bibir Masron bergerak.
Ada sesuatu yang dibacanya, entah doa, entah jampi mentera
yang bertujuan
menghalau hantu syaitan. Bila Masron yakin yang Jaafar bebas
dari
penyakit, barulah dia membenarkan Jaafar masuk ke dalam
bilik air untuk
mandi.
Sementara Jaafar mandi, Masron menyediakan sarapan pagi.
Rebus dua biji
telur dan kopi tanpa gula. Lebih kurang pukul sepuluh,
Jaafar memberitahu
Masron yang keadaan dirinya sudah pulih seperti sediakala.
Boleh bergerak
dengan bebas, seluruh tubuhnya terasa sakit atau sengal
sengal. Masron
segera menyampaikan hasrat hatinya untuk membawa Jaafar
menemui
seorang bomoh terkenal di daerah tersebut.
Niat baik Masron itu tidak dapat dipenuhi oleh Jaafar.
Masron tidak berkecil
hati atas penolakan itu. Namun hati kecilnya tetap berkata
bahawa di dalam
tubuh Jaafar terdapat sesuatu benda ghaib.
Sudah seminggu keajadian aneh yang dialami oleh Jaafar
berlalu. Tidak ada
tanda- tanda penyakit itu akan lagi. Perkara ini, amat
mengembirakan hati
Masron. Walaupun begitu, dia tetap meneliti perkembangan
diri kawannya
itu dari masa ke semasa.
Masuk minggu yang ketiga, Jaafar mengadu kepada Masron
bahagian tepi
leher sebelah kiri terasa sakit, macam dicucuk- cucuk dengan
benda tajam
yang halus. Berbekalkan ilmu perubatan tradisional yang
dibawa dari Tanah
Jawa, Masron cuba mengubatinya dengan cara kebatinan. Rasa
sakit itu
hilang sebentar, kemudian datang semula.
DOKTOR
JAAFAR mengambil keputusan untuk menemui doktor bagi
mengatasi
masalah penyakit yang dihadapinya. Masron tidak melarangnya
malah dia
mengatakan kalau cara moden tidak bcrjaya, eloklah dibuat
cara lain.
Setelah berkali-kali menemui doktor punca penyakit tidak
dapat di kesan.
Doktor membuat kesimpulan Jaafar tidak mengalami sebarang
penyakit. Apa
yang dialami ialah beban psikologi atau kewajipan.
Keadaan Jaafar bertambah berat, setiap hari Jaafar mengalami
rasa sakit di
leher. Rasa sakit itu datang tidak tentu waktu. Sebagai
sahabat, tanpa rasa
jemu dan putus asa Masron terus memujuk Jaafar agar berubat
cara
tradisional.
Usaha Masron tidak sia-sia, Jaafar setuju berubat cara
tradisional. Masron
pun membawa Jaafar menemui bomoh yang dikatakan handal
menyembuh
penyakit. Malangnya, setelah melihat keadaan penyakit yang
dialami oleh
Jaafar, bomoh itu segera angkat tangan. Dia tidak mampu
menanganinya.
Kalau diteruskan, mungkin dia mengalami sakit yang lebih
teruk dari Jaafar.
"Kesudahannya bagaimana Pak haji," tanya Andi
Kamarool bila melihat
Haji Basilam bagaikan tidak berminat untuk meneruskan
ceritanya.
"Habis macamana Jaafar boleh baik hingga boleh buka
warung makan?"
saya pula menyoal. Haji Basilam tidak memberi sebarang
reaksi. Sisa kopi
yang masih ada di cawan dihirupnya.
"Bomoh tu, suruh Masron jumpa seseorang dan orang itu
akan membawa
Masron dan Jaafar menemui seorang lelaki yang boleh
dikatakan alim juga,
bersedia berikhtiar membantu orang yang menderita
sakit," saya dan Andi
Kamarool berbalas senyum. Haji Basilam mahu bercerita.
"Agaknya, orang yang dimaksudkan oleh bomoh tu. Pak
Haji." Andi
Kamarool main serkap jarang. Senyum terpamer di kelopak
bibir Haji
Basilam.
"Betul," angguk Haji Basilam.
"Orang alim yang dimaksudkan tu siapa?" Saya
mencelah.
"Bapa saudara Abu Zaharin, Haji Simpul."
"Ha....," kata kami serentak.
Haji Basilam ketawa kecil sambil menjentik badan cawan
dengan jari
telunjuk. Jaafar masuk ke bilik khas mengambil bungkusan
gula dan teh,
macam tadi juga, sebelum keluar dia menghadiahkan senyum
untuk kami.
"Datuk kamu Tamar kenal dengannya. Haji Simpul beritahu
aku. Datuk
kamu bukan calang- calang orang."
"Lupakan tentang tu Pak Haji. kami mahu dengar cerita
tentang Jaafar
sampai habis," saya memintas. Haji Basilam tidak kecil
hati dengan tindakan
saya itu.
Haji Basilam menyambung cerita yang terputus, setelah
mendapat maklumat
terperinci dari bomoh tersebut, Masron mula mencari orang
perantaraan
yang boleh membawa dia menemui orang yang dikatakan alim
itu. Setelah
puas bertanya di sana-sini, akhirnya Masron bertemu dengan
Haji Basilam.
Haji Basilam masih ingat lagi macamana Masron bersama
seorang kawannya
menunggu dia selesai sembahyang zuhur dimasjid Pekan Baru.
Sebaik saja
keluar dari masjid, Masron segera menerkam ke arah Haji
Basilam. Masron
menceritakan tujuan sebenar dia mahu menemui Haji Basilam.
Masron
menyebut nama bomoh yang menyuruh dia mencari Haji Basilam.
Setelah mempastikan cerita dari Masron itu benar, Haji
Basilam bersedia
membantu tetapi, dengan syarat, dia harus membawa Haji
Basilam menemui
Jaafar dan mengadakan dialog singkat dengannya, Haji Basilam
mendapati
tahap penyakit Jaafar berada di paras bahaya dan mesti
ditolong dengan
segera.
Dua hari kemudian, Haji Basilam bersama Masron membawa
Jaafar
menemui Haji Simpul. Masron dan Jaafar agak terkejut kerana
kedatangan
mereka bagaikan sudah diketahui oleh Haji Simpul.
Buktinya, Haji Simpul sudah menyediakan tikar mengkuang tiga
wama
putih, merah dan biru untuk Jaafar duduk atau baring semasa
menjalani
rawatan.
TELAPAK
SETELAH melihat telapak tangan Jaafar kiri dan kanan
berkali- kali, haji
Simpul menyuruh Haji Basilam mencari dedaun di belakang
rumah. Haji
Basilam yang sudah faham daun apa yang sudah faham daun apa
yang harus
diambil dapat menjalankan tugasnya dengan pantas sekali.
Dedaun yang dipetik itu dimasukkan ke dalam mangkuk putih.
Kemudian,
Haji Simpul menyuruh Haji Basilam mengambil air telaga.
Air telaga itu dituangkan ke dalam mangkuk putih yang
berisikan dedaun
ramuan. Beberapa minit kemudian dia merenung ke arah Jaafar
duduk
bersila di atas tikar mengkuang tiga warna.
Bahu kanan Jaafar dipegangnya dengan kemas. Setelah Jaafar
mengeluarkan
keluhan yang panjang, Haji Simpul berhenti memegang bahunya.
Kali ini. Haji Simpul beralih pada mangkuk putih. Seluruh
perhatian
ditumpukan kepada bahan ramuan yang berada dalam perut
mangkuk.
Dalam keadaan mata separuh pejam, mulut Haji Simpul bergerak
macam
membaca sesuatu.
Perkara ini berlangsung hampir lima minit. Masron dan Haji
Basilam hanya
melihat saja. Bila kelopak bibimya berhenti bergerak, Jaafar
yang duduk di
tikar mengkuang tiga warna direnung dipanggil agar
mendekatinya.
Dengan dua belah tapak tangannya, Haji Simpul meraup ramuan
dalam
mangkuk putih dan diusap ke leher Jaafar tiga kali berturut-
turut. Dari tepi
leher Jaafar keluar benda runcing yang menyerupai tulang.
Benda itu segera
dipungut oleh Haji Simpul lalu bungkus dengan kain putih.
"Kamu tahu tulang apa yang keluar dari tepi leher
Jaafar tu?" Haji Basilam
renung muak saya dan Andi Kamarool.
"Tak tahu pak haji," jawab kami serentak.
"Itulah tulang ikan pari. Haji Simpul menyimpannya
dalam kotak kecil yang
dibuat dari papan jati," kata Haji Basilam sambil
merenung ke arah Jaafar
yang melintasi bilik menuju ke dapur. Haji Basilam segera
memanggil Jaafar.
"Ada apa haji?"
"Aku baru menceritakan kepada budak berdua ni, perkara
yang kamu
alami."
"Orang dengki kerana perniagaan saya maju, saya tahu
siapa orangnya tapi,
orang yang mengubat saya pesan jangan balas dendam. Dia juga
tidak
mengenakan sebarang bayaran, dia tolong dengan ikhlas dan
suruh saya
tinggalkan pekan Baru, buat perniagaan tempat lain. Sekarang
saya
berniagaan di sini," jelas Jaafar dan keluar dari bilik
khas.
"Bagaimana dengan Masron? Apakah dia meninggalkan Pekan
Baru?"
kerana yang bertanya itu Andi Kamarool, sepasang biji mata Haji
Basilam
tertumpu ke wajahnya. Buat beberapa detik Haji Basilam
termenung
panjang, macam mengingati sesuatu.
"Iya, dia juga tinggalkan Pekan Baru. berhijrah ke
Pontian, Johor, lepas itu
pergi ke Singapura. Dari Singapura dia pindah lagi."
"Ke mana pula?" saya bertanya.
"Pindah ke Kuala Lumpur, berniagadi Pasar Sungai Besi
tapi, duduk
KampungMalaysia. Dengar cerita dah jadi penduduk
tetap," Haji Basilam
terus bangun dan meninggalkan bilik khas. kami terus
mengekorinya.
"Berapa?"
Haji Basilam segera menyeluk sakunya dan mengeluarkan wang
(wang
rupiah) untuk membayar harga minuman. Jaafar yang duduk
tertonggok
dibelakang meja, segera donggakkan muka ke arah Haji
Basilam.
"Simpan duit tu."
"Ini yang susahnya, bila singgah di kedai kamu
Jaafar."
"Jangan susah hati. pertolongan susah nak saya
balas."
"Hum..." Haji Basilam dan Jaafar masih mahu
bercakap lagi, saya dan Andi
Kamarool segera beredar ke kaki lima warung dan berdiri di
situ.
"Ayuh kita teruskan perjalanan."
Haji Basilam menepuk bahu saya dan dan Andi Kamarool. Saya
masih raguragu
untuk melangkah kerana saya tidak tahu berapa jauh jarak
antara
kedai Jaafar ke tempat yang mahu dituju. Kalau jauh
berbatu-batu memang
tidak wajar berjalan kaki dalam panas yang begini terik.
"Mari."
Haji Basilam segera menarik tangan saya dan Andi Kamarool.
"Jalan kaki?" soal saya.
"lyalah, ikut jalan pintas," sahut Haji Basilam.
Kami tiada pilihan dan
terpaksa akur dengan kata-kata Haji Basilam.
EPISOD
EPISOD menuju ke rumah atau ke kampung tempat datuk menanti
pun
bermula. Setelah melalui jalanraya dalam jarak enam rantai,
kami
melencung masuk lorong yang kecil dan sempit, berhenti di
bawah pokok
besar yang terdapat busut jantan setinggi berdiri. Haji
Basilam memberikan
kain hitam berukuran sapu tangan kepada kami.
"Tutup mata kamu dengan kain hitam tu, ikat
kemas-kemas. Jangan banyak
membuang masa lagi, ikatlah sekarang juga." Tanpa
banyak cakap, arahan
itu segera kami patuhi. Memang tidak selesa rasanya, bila
pandangan
menjadi hitam gelap. Fikiran pula mula dibayangi dengan
bermacam- macam
perkara yang menakutkan. Bagi menguatkan semangat dan
keyakinan diri,
dan Andi Kamarool saling berpegang tangan.
"Dengar sini,Tamar pegang hujung baju aku sebelah kiri.
Andi pegang
hujung belah kanan. Letak kaki kanan di depan, tahan nafas
sambil
menghitung atau mengira sampai tiga belas. Bila aku kata,
dah sampai segera
lepaskan hujung baju aku...." Haji Basilam berhenti
bercakap.
Terdengar bunyi telapak kakinya memijak reranting dan
rerumput di depan
kami.
"Ingat cakap aku Tamar, Andi."
Serentak kami mengangguk kepala.
Kalau tadi, kami dapat mendengar bunyi kicau burung dan deru
angin. kini
tiada kedengaran lagi. Kami berdepan dengan suasana sunyi
sepi.
"Kamu dah dengar penerangan aku." terdengar
suara-Haji Basilam
bagaikan berirama," aku harap kamu berdua faham dan
sudah bersedia
untuk melakukannya," tambah Haji Basilam.
"Kami faham," serentak kami menjawab.
"Sudah bersedia?"
"Sudah."
"Kalau begitu, kita mulakan," suara Haji Basilam
terus bergema. Arahannya
segera dipatuhi.
Sebaik saja hujung bajunya dipegang, saya dapati tubuh
bagaikan terangkat
dan terasa seperti berada diawangan-awangan lalu bergerak ke
depan dengan
laju bagaikan ada kuasa yang mendorongnya, dari arah
belakang. Kedua
belah cuping telinga terasa sejuk disentuh angin, lubang
telinga berdengung
macam rasa pekak.
Ada ketikanya, saya terasa bahagian-bahagian tubuh ini
bagaikan
bersentuhan dengan pepucuk dan reranting kayu.
Malah sepatu getah yang dipakai terasa seperti mahu tercabut
dari kaki.
Saya cuba bersuara tetapi, tidak boleh berbuat demikian.
Bila mulut dibuka,
angin terus masuk menyebabkan saya sukar bernafas.
HASRAT
RINTANGAN yang dihadapi, mengagalkan hasrat hati untuk
memberitahu
Haji Basilam apa yang sedang saya alami.
Saya tidak tahu, apakah Andi Kamarool mengalami perkara yang
sama.
Seperti apa yang saya alami. Barangkali, dia juga sedang
terbang macam
saya. di saat mengelamun dan berfikir, saya terasa geralaju
tadi, sudah
beransur perlahan dan badan mula memberat serperti mahu
jatuh.
Rasa cemas dan bimbang mula bertandang, saya bimbang kalau
secara
mendadak saya akan terhempas ke bumi. Sudah pasti ada tulang
belakang
yang patah, mungkin ada daging dan tulang yang tersangkut di
dahan kayu.
Dengan sedaya-upaya saya cuba mengimbangi badan. Lagi sekali
saya
berdepan dengan kegagalan, badan terus memberat dan sepasang
telapak
kaki memecah bumi. Badan saya terus berpusing macam gasing.
Hujung baju
Haji Basilam terlucut dari genggaman dan saya terhumban ke
permukaan
bumi. Bergolek ligat dan akhimya terhenti.
Sepasang kelopak mata terbuka, saya tergolek di padang
kerbau dengan
rumput yang menghijau, berdekatan dengan sebatang anak
sungai yang
airnya amat jernih tetapi mengalir lambat kerana dihalang
oleh reranting
dan akar pohon yang tumbuh ditepi tebing.
Bila toleh ke kanan, saya lihat Andi Kamarool terlentang
merenung langit.
Sedangkan Haji Basilam berdiri tegak antara kami.
"Bangun," katanya sambil tersenyum lebar.
Saya raba cuping telinga, pangkal hidung dan batang leher.
Perlahan- lahan
saya mengucapkan syukur pada Allah. Andi Kamarool juga lihat
saya sedang
terkial-kial berusaha untuk berdiri.
"Bangun cepat," Haji Basilam sengaja meninggikan
perkataan "cepat".
Ternyata taktiknya itu membuat kami melompat dan berdiri
pantas. Dia
tidak sekadar bercakap saja, alam perkataan ada mentera
pembakar
semangat. Dalam hembusan nafas ada iringan angin halus
mengerakkan urat
saraf. Itulah keistimewaan Haji Basilam, menurut hemat saya.
"Dari sini kita jalan kaki."
"Ke mana?" Tanya saya.
"Ke tempat datuk kamu menanti."
"Jauh?" Andi Kamarool minta kepastian.
NAFAS
"TAK jauh, lebih kurang empat lima rantai saja. Lepas
kawasan belukar,
nampaklah bumbung rumah," sambung Haji Basilam sambil
melihat hujung
baju sebelah kiri dan kanan yang kami paut..
"Bagus, baju aku tak koyak tapi, kamu..." sepasang
anak mata hitamnya
tertumpu ke arah batang hidung saya,"banyak syarat yang
tak kamu patuhi.
Akibatnya, perjalanan jadi susah."
"Maksudnya?" Saya menyoal. "Kau
tidak menghitung seperti apa yang aku suruh." Saya
anggukkan kepala.
"Kamu banyak berkhayal, berbeza dengan Andi yang patuh
dengan perkara
yang aku suruh. Kerana masalah yang kamu timbulkan
membuatkan aku
tidak dapat mengeluarkan perintah seperti yang aku
rencanakan. Akibatnya,
kamu tidak boleh turun dengan baik, kamu jatuh. Andi turut
sama tumpang
susah."
Penjelasan yang diaturkan oleh Haji Basilam membuat saya
menarik nafas.
Jauh disudut hati, saya mengakui kebenaran dari kata- kata
tersebut.
"Usah fikirkan perkara yang sudah terjadi,"
serentak bahu saya dan Andi
Kamarool ditepuk.