TIDAK dinafikan, sedikit sebanyak kata- kata yang terhambur
dari mulut pemandu lori itu,
memang ada kebenarannya. Kami memang keberatan mahu
menccritakan peristiwa di rumah batu
dan di ladang Mia kepada beberapa sesiapa. Biarlah kejadian
itu menjadi milik peribadi kamu
berdua.
"Aku tak percaya, kamu berdua tak mengalami
perkara-perkara aneh di situ," si pemandu lori itu
seperti bersunggut. Saya dan Andi Kamarool terus membisu
seribu bahasa.
Lori kecil memperlahankan lajunya. Kali ini merempuh kawasan
tanah lapang. Pokok-pokok di kiri
kanan jalanraya baru saja ditebang. Longgokkan kayu yang
sudah dipotong, kelihatan dimanamana,
menanti waktu untuk dibakar. Di hadapan kelihatan puncak
gunung berbalam diselaputi
awan tebal.
"Tak ada apa- apa yang mahu kami rahsiakan," kata
saya selamba dan mengharapkan Abu
Zaharin percaya dengan apa yang saya cakapkan.
"Masih mahu berahsia dengan aku," kali suara Abu
Zaharin keras sekali. Serentak itu dia menekan
berek cara mengejut. Badan saya terdorong kedepan dan dahi
berlaga dengan cermin lori. Saya
kira perbuatan itu sengaja dilakukan. Tidak ada sebab
kenapa, Abu Zaharin menekan berek
kecemasan. Tidak ada binatang liar atau ternakan yang
melintas di depan.
Sikap yang memperlihatkan oleh Abu Zaharin menimbulkan rasa
sangsi dan keraguan dalam diri.
Mungkin juga dalam diri Andi Kamarool. Barangkali, Abu
Zaharin panas hati kerana kami tidak
mahu berterus lerang dengannya. Selepas peristiwa yang tidak
diduga terjadi, Abu Zaharin terus
bungkam buat beberapa ketika.
Sesungguhnya tindak tanduk Abu Zaharin itu amat menyenangkan
hati, kalau boleh, biarlah dia
terus bungkam hingga dia sampai ke Sungai Penuh. Dengan itu,
saya dan Andi Kamarool
terselamat dari dihujani berbagai-bagai pertanyaan yang ada
hubungkaitnya dengan rumah batu
Mia. Ternyata harapan dan doa saya tidak menjadi kenyataan.
"Pelik, semua orang kata kawasan rumah tu ada penunggu.
Tapi, kamu berdua kata, tak ada apaapa.
Jangan-jangan kamu berdua ni, keturunan hantu pontianak
tak?" Abu Zaharin mula
menyindir dan dia terus ketawa berdekah-dekah. Dia cuba
membakar perasaan kami. Kami tetap
bersabar dan hanya mampu mempamerkan senyum tawar sahaja.
"Saya berharap agar segera sampai ke tempat yang
ditujui. Cuma dengan cara itu saja boleh
menutup mulut Abu Zaharin dari bertanya perkara yang tidak
saya senangi.
"Kalau kamu berdua masih mahu berahsia, tak mengapa.
Tetapi, bagaimana? Kalau aku katakan
kepada kamu berdua, rumah batu lama dan kawasan ladang
dikawal jin. Sesungguhnya jin boleh
menjelma dalam bermacam-macam rupa dan bentuk. Kamu berdua
setuju dengan pendapat aku
ini".
"Setuju," sahut saya. "Ertinya, kamu berdua
sudah melihat sesuatu yang aneh di rumah batu."
"Ehhh..." cuma setakat itu saja, saya bersuara.
Perlahan-lahan saya garu pangkal leher. Andi
Kamarool telan air liur. Kami berdua sudah masuk perangkap
pemandu lori kecil yang pintar.
Pandai sungguh dia memasang jerat, kami tak dapat berdalih
lagi. Terpaksa berterus- terang.
Kami ceritakan apa yang dialami semasa menginap dirumah batu
lama itu.
JIN
"AKU kira seluruh kawasan di situ, dijaga oleh
jin," terlontar ungkapan dari bibir pemandu lori.
Kata-katanya tidak kami jawap dengan serta- merta. Saya dan
Andi Kamarool termenung sejenak.
Semasa lori kecil melanggar ranting kering yang bersepah
didada alam, Abu Zaharin mula bersiul
membawa lagu SRI BANANG.
"Kamu setuju, kalau aku katakan semua terjadi adalah
akibat dari perbuatan nenek moyang Mia
yang bersahabat dengan jin," Abu Zaharin merenung ke
arah pokok tualang tinggi menjulang di
sebelah kanan jalan.
"Boleh jadi, Abu," balas Andi Kamarool.
Lori kecil berkepala merah terus meluncur.
"Kamu berdua tahu tak. Allah berfirman dalam surah
An-Nissa-38 yang berbunyi, barang siapa
jadikan syaitan sebagai temannya, maka temannya itu adalah
seburuk-buruknya," Abu Zaharin
menyingkap sedikit demi sedikit kebolehannya kepada kami.
Dari situasi yang dihadapi, saya lantas membuat kesimpulan
bahawa, dia bukan sebarang orang.
Dia pemandu yang berilmu, manusia yang serba boleh. Andi
Kamarool yang bijak menguasai
keadaan segera mengalihkan topik pebualan dari hal rumah
batu lama kepada kisah peribadi si
pemandu lori. Pemandu lori yang suka bercerita masuk ke
dalam perangkap Andi Kamarool.
Secara tidak langsung, Abu Zaharin pun mengungkap tentang
kisah dirinya. Dia mendapat
pendidikan awalnya di tempat kelahirannya Lubuk Pinang.
Kemudian dihantar kedua orang tuanya
belajar ilmu agama di Padang Panjang. Meninggalkan Padang
Panjang merantau ke Singapura
belajar di Al- Junid. Merantau dan menetap di Mekkah selama
bebelas tahun mendalami ilmu
Agama.
Dua tahun setelah Indonesia mencapai kemerdekaan, Abu
Zaharin pulang ke Lubuk Pinang,
menjalankan perniagaan secara kecil- kecilan disamping
mengajar kanak- kanak mengaji Quran
dan ilmu agama secara sukarela.
"Barangkali awak berniaga kerana mahu mengikut sunnah
Rasul." saya melontarkan komen. Dia
membisu tetapi, bibirnya mengukir senyuman.
"Kata orang, sepuluh dari sumber rezeki, sembilan
darinya datang dari perniagaan," Andi
Kamarool menyampuk. Macam tadi juga, si pemandu lori yang
berusia sekitar awal empat puluhan
terus senyum.
"Bukan apa- apa kerja sendiri bebas. Tidak terikat
dengan sesiapa," itu ungkapan yang diluahkan
oleh Abu Zaharin, penuh ketenangan.
"Betul cakap kamu, Abu," kata saya.
“Tetapi kerja sendiri mesti rajin, mesti sanggup tanggung
risiko," Abu Zaharin berkata serius.
MERAH
LORI kecil berkepala merah terus meluncur dijalanraya.
Sekejap laju, sekejap perlahan. Terus
melepasi beberapa kawasan kampung, bukit bukau dan kawasan
sawah yang luas. Ketika itu padi
baru menguning. Melintuk lembut disentuh sekawan bayu dari
puncak bukit. Nampak beralun dan
berombak dibawah sinar matahari pagi.
Akhirnya, lori kecil berhenti di lorong sempit di kawasan
pasar. Saya dan Andi Kamarool segera
terjun dari perut lori. Beberapa orang lelaki dan perempuan
yang lalu di situ merenung ke arah
kami seketika. Agaknya, mereka tahu yang kami adalah orang
asing.
"Terima kasih, Abu," kata kami serentak. Pemandu
lori tersenggih.
"Sebenarnya, kamu berdua ni. Mahu ke mana?"
"Ke Danau Kerinci, kata saya.
"Tak jauh dari sini, kira-kira 16km saja. Biarku hantar
kamu ke sana, tapi. .." pemandu lori berhenti
bercakap, dia menung ke arah beberapa orang lelaki. berwajah
serius yang mendekati lori
kecilnya.
"Aku terpaksa punggah semua sayur-sayuran ni dulu, apa
kamu berdua sanggup menunggu,"
tambah si pemandu lori kecil.
"Kami bersedia," kata saya.
Seronok juga melihatan mereka menurunkan sayur-sayuran dari
lori. Dengan kereta sorong ragaraga
sayur diusung ke perut pasar. Mereka bercakap dalam dialek
kerinci yang lucu bunyinya,
bagi saya. Lengguk dan patah bahasa hampir menyamai dialek
Minangkabau, Panai, Rawa dan
Mendaling.
Dalam masa yang singkat itu, saya berjaya menjalin
persahabatan kilat dengan seorang lelaki
separuh umur. Dia anak jati Sungai Penuh. Dia mengakui, ada
kaum kerabatnya yang sudah
berhijrah ke Semenanjung dan tidak mahu pulang ke kampung
halaman. Mereka sudah menjadi
rakyat semenanjung.
"Orang Kerinci banyak pergi ke Perak terutama di daerah
Parit seperti di Sadang, Belanja kiri.
Manakala, Orang Panai pergi ke Sungai Rambai, Batu Enam
belas dan Air Tawar. Saya cuma tahu
sebut nama tempatnya saja, saya sendiri tak pernah sampai ke
situ," katanya.
"Tempat- tempat yang pak cik sebut tadi, berada di
Negeri Perak. Kawasan tengah," saya memberi
penjelasan.
"Begitu," dia mengangguk faham.
Lelaki separuh umur itu meminta diri. Dia mahu membeli
barang keperluan seharian di pasar.
Berkali-kali saya mengucapkan terima kasih kepadanya kerana
sudi melayani saya. Namanya, Haji
Ahmad.
Si pemandu lori tidak mungkir janji. Bila semua urusannya
selesai, dia segera menyuruh kami
naik lori kecil.
MERANGKAK
"AKU hantar kamu di tempat yang dihajatinya," kata
Abu Zaharin sambil menghidupkan enjin lori
kecil merangkak keluar dari kawasan pasar Sungai Penuh,
menuju ke muara jalan yang besar dan
luas.
Kami yang menikmati pemandangan alam yang cukup indah dan
cantik. Abu Zaharin kembali
kepada kesukaannya iaitu berkasidah. Tetapi, dia tidak lali
memandu, semakin tinggi suaranya,
semakin kencang lorinya berlari di jalanraya. Semakin erat
setering keretanya dipautnya.
"Aku nak minum."
Abu Zaharin memperlahankan lori sambil menghimpit ke gigi
jalanraya, dan akhirnya lori kecil pun
berlabuh dipinggir jalan.
"Mari kita minum," ajaknya.
"Terima kasih, pergilah minum," balas saya.
Abu Zaharin melontar keluar. Dia merenung ke arah warung
pisang sesikat yang dikeliling pohon
pisang dan mempelam. Kelihatan dua tiga orang menikmati
sarapan pagi di warung.
"Kalau tak mahu minum temankan saya" mata Abu
Zaharin merenung wajah saya dan Andi
Kamarool silih berganti. Pada masa itu, saya teringatkan
pesan Mia supaya jangan makan di
warung.
"Pergilah, biar kami tunggu di sini," Andi
Kamarool tersenyum.
"Oklah, itu keputusan awak berdua, saya tak boleh kata
apa- apa." Abu Zaharin mengatur langkah
menuju ke warung.
Kira-kira lima belas minit kemudian, Abu Zaharin kembali
dengan wajah yang ceria.
"Lama menunggu," tanyanya.
"Tak lama," balas kami serentak.
Beberapa detik kemudian, lori kecil berkepala merah kembali
bergerak di atas jalanraya. Sinar
matahari bertambah garang. Awan di dada langit, nampak
bersih. Sawah padi yang luas dikiri
kanan jalan membuat mata terasa sejuk.
Memang tidak dinafikan, panorama alam kerinci masih perawan
dengan pengunungan, sungai
yang merayap di kaki bukit. serta lembah yang indah menawan.
"Sungai Penuh jadi Ibukota Kebupatan Kerinci sejak
tahun 1958," tanpa diminta diminta Abu
Zaharin memberi penjelasan yang sekaligus mengusir rasa jemu
dalam diri saya, mungkin juga
Andi Kamarool.
KERING CAIR
SELANJUTNYA, Abu Zaharin menyatakan kemungkinan besar nama
Kerinci berasal dari kata"
KERING CAIR" yang bermula dari sebuah danau. Kerana
proses alam, dasar danau terangkat naik
menjadi dataran tinggi. Tanah kering disebelah utara
dinamakan GUNUNG KERINCI sedangkan
yang berair berada di bahagian selatan menjadi DANAU
KERINCI.
"Senang sungguh orang terdahulu mencari nama,"
Andi Kamarool memberi komen. Saya lihat
Abu Zaharin anggukkan kepala, setuju dengan pandangan yang
diluahkan oleh Andi Kamarool.
"Sebelum Belanda datang, penguasa Alam Kerinci ialah
Depati IV Alam Kerinci, semasa Belanda
masuk, seluruh rakyat Kerinci bersatu menentang Belanda
hingga tercetus perang Kerinci yang
hebat pada tahun 1903, salah seorang panglima perang
tersebut adalah moyang aku," cukup
bersemangat Abu Zaharin bercerita.
"Jadi kamu keturunan pahlawan Kerinci," saya
mengusik.
"Kira-kiranya begitulah," sahut Abu Zaharin lalu
disambut dengan ketawa. Tangan kanan
memegang setering lori, tangan kiri menepuk bahu saya, Abu
Zaharin masih mampu
mengendalikan perjalanan lori dengan baik sekali.
"Kita dah mula masuk ke kawasan perkampungan berdekatan
Danau Kerinci, kawasan kampung
berdekatan ni luas dan ada bermacam- macam nama, Abu Zaharin
mula memperlahankan laju lori.
Binatang ternakan orang kampung sekali- sekali melintasi
jalanraya terutama ayam dan kambing.
"Di kampung mana kamu nak ikut turun," kata Abu
Zaharin,"beritahu aku awal-awal, jangan dah
sampai baru nak cakap. terpaksa berek mengejut, nanti kepala
berlaga dengan cermin."
"Perkara di mana nak turun, kena tanya dengan
Tamar" Andi Kamarool mengelak dengan
meyerahkan beban itu kepada saya. Situasi ini membuat saya
jadi serba salah.
"Sebenarnya aku dah buat silap," saya memulakan
dengan nada yang lemah," janji dengan datuk
berjumpa di kedai kopi Saad mata sebelah orang Priaman,
kedainya depan toko kain sebelah kiri
jalan besar dekat pasar. Tetapi...."
"Tetapi apa lagi?. sergah Abu Zaharin.
"Janji dengan datuk dan Haji Basilam naik bas. Bila dah
naik kamu lain pula jadinya," tingkah
saya.
"Habis macamana kamu sebut Danau Kerinci, kamu ni dah
mengarut. Agaknya kamu kena rasuk
tak?" Terbayang rasa kecewa dan hampa di wajah Abu
Zaharin. Lori kecil terus dipandu dengan
tenang.
Saya segera terfikir, barangkali Abu Zaharin kesal dengan
apa yang terjadi. Dia sudah membuang
masa, tenaga dan minyak untuk menolong kami. Malangnya, niat
baik itu menimbulkan masalah
pada dirinya. Walaupun begitu, Abu Zaharin masih dapat
mengawal perasaan. Masih dapat
memandu dengan baik dan tenang.
"Maafkan aku," saya bersuara.
Sepanjang biji mata Andi Kamarool tertumbuk ke wajah arah
saya Abu Zaharin cuma menjeling
tajam.
"Kenapa pula?" Soal Andi Kamarool.
"Aku main agak saja tempat Danau Kerinci."
"Jadi?" pintas Abu Zaharin.
"Aku membuat andaian, selepas Sungai Penuh tentulah
pergi ke Danau Kerinci," saya membuat
penjelasan. Abu Zaharin ketawa terbahak-bahak.
"Kenapa kamu ketawa Abu?" Saya bertanya hairan.
"Mudahnya kamu buat andaian, macam nujum pak
belalang," balasnya bersahaja. Andi Kamarool
mengukir senyum sinis. Hati saya mendehem dengan telatah dua
sahabat itu.
Perasaan geram dan marah terhadap mereka beransur reda
akibat kemunculan sebuah motorsikal
jenis Triumph dengan kuasa kuda 500 (500CC). Motorsikal
triumph itu muncul sebelah kanan lalu
memotong lori kecil yang dipandu oleh Abu Zaharin.
"Dia terus pecut" komen Andi Kamarool.
Saya mengigit bibir.tidak mahu memberi sebarang pendapat.
"Itu Haji moden, kamu tengok ekor serbannya berkibar-
kibar macam bendera,” itulah komen Abu
Zaharin. Andi Kamarool mengangguk, akur dengan pendapat Abu
Zaharin. Perhatian saya masih
pada penunggang motorsikal besar. Rasa- rasanya, macam saya
kenal dengan penunggang
Icrsebut.
BERUBAH
TELATAH si penunggang mula berubah, kalau tadi dia memecut
dengan laju, kini diperlahankan.
Jaraknya dengan lori yang kami naiki kira- kira tiga atau
empat rantai. Dia memberi isyarat tangan
menyuruh lori kami ke tepi dan berhenti. Hati saya mula
berdebar. Andi Kamarool nampak resah.
Abu Zaharin tetap tenang. Laju lori diperlahankan.
"Kamu berdua kenal penunggang motorsikal tu?"
"Tak kenal," jawab Andi Kamarool.
'"Kamu Tamar," Abu Zaharin renung muka saya.
"Rasa- rasa kenal tetapi..."
"Ini bukan main rasa- rasa, kalau kita bertiga tak
kenal dia. Kenapa dia suruh berhenti, kila tak
buat salah. Lagi pun dia bukan polis ada kuasa nak tahan
orang," Abu Zaharin merunggut, dia
masukkan gear rendah lori yang dipandu mula ketepi dan
bersedia untuk berhenti.
Penunggang motorsikal terus beri tangan suruh berhenti. Bila
Abu Zaharin memberhentikan lori
dibibir jalan, penunggang motorsikal terus melajak ke depan
dan berhenti dalam jarak lebih dari
seratus kaki dari lori. Motorsikal hitam diletakkannya dalam
keadaan melintang jalan.
"Kita tunggu dia datang dekat kita," ungkap Abu
Zaharin.
"Kami anggukkan kepala.
"Tunggu dalam lori?" lahir kata lucu dari kelopak
bibir saya.
"Kita turun, jangan berkasar dengannya," pesan Abu
Zaharin, sebaik saja kami turun dari lori.
Kami berdiri tiga deret di depan lori kecil sambil
mengemaskan kedudukan sepasang kaki masingmasing.
Bukan apa- apa, sekadar untuk mempertahankan diri. Kiranya,
jika terjadi perkara yang
tidak diingini.
Enam biji mata tertumpu ke arah lelaki yang sedang melangkah
ke arah kami. Entah mengapa, hati
kecil saya kuat mengatakan lelaki tersebut ialah Haji Basilam.
Keyakinan saya itu berdasarkan bentuk tubuh dan cara orang
itu berjalan. Wajahnya tidak dilihat
dengan jelas kerana ditutupi kain hitam, kecuali bahagian
mata dan dahi. Orang itu terus
melangkah penuh semangat di bawah sinar matahari yang kian
menyengat.