AKHIRNYA, saya mengetahui juga nama pemuda misteri yang menjemput Datuk dan Haji
Basilam datang ke rumah pesakit. Nama sebenarnya, Shamsul
Anuar tetapi, dipanggil SHAM
saja. Kata Haji Basilam, orangnya kacak dan tinggi, berkulit
putih kemerah¬merahan. Rambut
kerinting berombak.
Kerana keistimewaan yang dimiliki tidak hairanlah Sham
menjadi pilihan janda tua yang
dikelilingi wang ringgit.
Dua jam setelah berada di rumah (kira-kira pukul lima
petang) Datuk dan Haji Basilam
dikejutkan oleh kedatangan Sham.
"Ada apa hal Sham?" Tanya Haji Basilam dari muka
pintu. "Dia sudah meninggalkan kita," ada
kesedihan terpamer di wajah Sham. Datuk segera berdiri di
kanan Haji Basilam, mereka saling
berpandangan. "Pukul berapa dia mati?" Tanya
Datuk.
"Kira-kira setengah jam, selepas pakcik berdua
meninggalkan rumah." "Sudah kamu beritahu
orang lain tentang kematian tu," keluar lagi pertanyaan
dari mulut Haji Basilam. "Sudah tapi, tak
ada yang datang."
"Saudara mara kamu yang terdekat bagaimana? Apa mereka
juga tak datang?"
"Mereka datang, malangnya tak tahu nak buat apa. Mereka
tak tahu nak uruskan jenazah, tak
pandai baca Quraan, tak pandai baca yassin. Jadi, saya
datang ni, nak minta tolong jasa baik
pakcik berdua uruskan jenazah isteri saya. Panggil orang
kampung, mereka macam, tak mahu
datang," adu Sham dengan wajah yang sayu, penuh
kehibaan. Dia begitu setia menunggu di
kepala tangga menanti jawapan dari Datuk dan Haji Basilam.
Datuk dan Haji Basilam memang bersimpati dengan Sham.
Tetapi, dalam masa yang sama
mereka terfikir, mengapa jiran tetangga (orang kampung)
keberatan memberi kerjasama pada
Sham. Andainya, mereka mengambil peranan menguruskan perkara
tersebut, apa pula kata orang
kampung.
"Kami berdua bersimpati dengan kamu. Masalahnya, tentu
tidak elok kami membelakangi orangorang
disini. Kami hanya pendatang untuk sementara waktu disini.
Kalau kami mendahului
mereka akan menimbulkan kesulitan pula," dalam nada
suara tersangkut-sangkut Datuk
memberikan pendapat. Sham, tunduk merenung kami.
"Tolonglah saya," Sham terus merayu, "saya
yakin, bila pakcik datang ke rumah, orang-orang
kampung juga akan datang. Kalau cara ini tidak berjaya, saya
minta pakcik berdua jemput
mereka." Serentak dengan itu, Haji Basilam dan Datuk
menarik nafas dalam-dalam.
Dan dalam usahanya meraih simpati dari Datuk dan Haji
Basilam, Sham terus duduk bersila di
kaki tangga. Usaha Syam itu berhasil, rasa belas simpati
terhadapnya, kian mengunung dihati
Datuk dan Haji Basilam.
"Pelik, dalam keadaan sekarang, masih ada orang yang
tak tahu baca Quraan atau Yassin," bisik
Datuk ke telinga Haji Basilam, tiada ungkapan yang Haji
Basilam lahirkan, kecuali
menggelengkan kepala, tanda kesal.
"Begini saja, kamu balik dulu. Biar aku jumpa Pak Imam,
minta jasa baiknya, beritahu pada
orang kampung tentang perkara ini," itulah janji yang
diluahkan oleh Haji Basilam kepada Sham.
Ternyata, janji itu amat menyenangkan hatinya. Wajahnya,
nampak ceria sekali.
"Baiklah," sambutnya sambil bangun, lalu
melangkahkan kaki kanan meninggalkan halaman
rumah.
Sebaik sahaja batang tubuh Sham hilang dibalik liku jalan.
Datuk dan Haji Basilam segera
bertindak. Dengan serta merta mereka berangkat untuk menemui
ketua kampung dan pak imam.
"Kalau mereka berdua tak mahu bagaimana?" Datuk
bersuara.
"Kita pujuk hingga berjaya, perkara begini tak boleh
dibuat main¬main," balas Haji Basilam.
"Iya, kita pujuk," Datuk memberi sokongan dan
mereka mempercepatkan langkah.
CERAH
KETIBAAN Datuk dan Haji Basilam disambut oleh ketua kampung
dan Pak imam dengan
wajah yang cerah. Cara kebetulan rumah ketua kampung
bersebelahan dengan rumah Pak imam.
Haji Basilam segera menyampaikan berita dan tujuan
kedatangan mereka. Meskipun tidak ada
kata-kata yang diluahkan oleh Ketua Kampung dan Pak imam
tetapi, Datuk dapat membaca
keengganan mereka untuk memenuhi permintaan Haji Basilam
melalui gerak-geri dan mimik
muka mereka berdua.
"Bagaimana? kita pergi sekarang," Datuk cuba
menguji. "Tapi
"Tak baik begitu, melihat dan mengurus jenazah, jadi
tanggungjawab orang yang hidup, fardhu
kifayah hukumnya. Tidak boleh dibuat ringan. Kalau jenazah
tidak disempurnakan satu kampung
tanggung dosa, satu kampung ditanya di akhirat kelak,"
secara sambil lalu Datuk mengingatkan.
"Kalau ada apa-apa yang tidak baik, eloklah kita
lupakan saja, lagi pun diadah mati," Haji
Basilam bagaikan memujuk dan merayu.
Buat beberapa ketika, Ketua Kampung dan Pak imam membatu.
Akhirnya, serentak mereka
gelengkan kepala.
"Kenapa?" Tanya Haji Basilam sambil membeliakkan
biji mata.
"Masa hayatnya, mati hidup orang sekeliling tak pernah
mahu ambil tahu. Kenduri kendara
orang kampung, tak mahu campur. Dijemput pun tak
datang," Ketua Kampung meluahkan suara
hatinya.
"Lupakan saja perkara yang remeh temeh," Datuk
cuba menenangkan keadaan.
"Kita kena tunjuk perkara yang baik pada orang lain,
kalau kita ikutkan perasaan marah dan
benci, kita juga yang rugi. Silap-silap cara orang lain
tuduh kita pendek akal," lagi sekali Haji
Basilam mengeluarkan komentarnya.
"Betul juga cakapnya," ketua kampung renung muka
Pak Imam. "Saya belum bersedia, kalau nak
pergi, saya kena tukar pakaian dulu,"
Pak Imam mengaru cuping telinga. Pendiriannya mula berubah.
"Saya juga begitu, belum bersedia," balas ketua
kampung.
"Itu perkara mudah, kami tunggu. Pergilah tukar baju
dan kain kamu berdua, ada keriangan
bermain di wajah Haji Basilam.
Sementara menanti Pak imam dan ketua kampung menukarkan
pakaian, datuk dan Haji Basilam
duduk dibangku panjang di bawah pokok manggis disudut rumah.
Kira-kira lima minit kemudian Pak imam dan Ketua kampung
muncul, mereka memakai baju
melayu teluk belangga, berkain pelekat samarinda.
Kedua-duanya memakai songkok putih.
Datuk dan Haji Basilam tersenyum gembira kerana berjaya
memujuk dan melembutkan hati
orang yang dianggap penting dalam kampung tersebut.
"Mari," kata ketua kampung.
"Jum kita pergi," sahut Haji Basilam dan datuk
serentak.
Di bawah sinar matahari petang yang kian condong ke barat,
empat insan melangkah serentak
dipermukaan jalan enam kaki menuju ke rumah besar di hujung
kampung.
Ketika mereka sampai di halaman rumah papan besar beratap
genting, mereka terhidu bau
kemenyan. Beberapa orang anak muda duduk berlonggok di bawah
rumpun kemboja, kumpulan
anak-anak muda itu berborak kosong sambil menghisap rokok,
ada juga di antara mereka sedang
main catur. Gerak-geri kumpulan anak-anak muda itu ternyata
menarik perhatian Ketua
kampung.
"Kamu kenal mereka?" Tanya Haji Basilam pada ketua
kampung. "Bukan anak muda kampung
ni."
"Habis dari mana?"
"Barangkali dari kampung lain."
"Hum " Haji Basilam anggukkan kepala dan dia tidak
meneruskan pertanyaan berhubung
dengan kumpulan pemuda tersebut.
Selain dari kumpulan anak-anak muda tersebut, tidak ada
orang lain yang datang mengunjungi
rumah simati. Keadaan sekeliling rumah, tidak mengambarkan
yang di dalam rumah besar itu
ada sekujur mayat.
SEKITAR
MELIHAT keadaan sekitar, ketua kampung tidak senang hati.
Dia pun mengambil inisiatif yang
drastik.
Ketua kampung pergi mengetuk pintu rumah penghuni kampung
dan mengesa mereka datang ke
rumah orang mati. Usaha ketua kampung tidak mengecewakan.
Rumah besar beratap genting di
hujung kampung mula didatangi oleh para penduduk.
"Terima kasih, usaha awak tidak sia-sia, bila orang dah
ramai, senanglah kita buat kerja," kata
Haji Basilam sambil menepuk bahu Ketua kampung.
"Pengaruh awak memang kuat, sepuluh minit awak
tinggalkan kami disini, lebih dari seratus
penduduk kampung dah datang," Datuk pula memuji, Ketua
kampung tersenyum dan merasa
agak kesal kerana meninggalkan Datuk, Haji Basilam dan pak
imam dihalaman rumah.
"Suami simati tak nampak," Ketua kampung merenung
ke kiri dan ke kanan.
"Tak nampak pula," Datuk menjawab.
"Agak, dia sibuk di dalam rumah," tingkah pak
imam.
"Kalau begitu, kita naik saja, setidak-tidaknya kita
boleh membaca yassin," Datuk mengeluarkan
usul. Ternyata tidak ada yang membantah. Semuanya akur
dengan cadangan datuk.
Sebaik sahaja sampai di kaki tangga, langkah datuk terhenti.
Macam ada sesuatu yang menarik
kakinya dari dalam bumi. Pandangannya mula berpinar-pinar
dan samar-samar. Kepala sebelah
kiri terasa amat sakit seperti ditusuk dengan besi tajam.
Urat leher terasa tegang dan Datuk tidak
dapat mengimbangi badan hampir sahaja Datuk mahu jatuh di
kaki tangga.
"Kenapa ni?"
Haji Basilam segera menerpa dan memeluk tubuh Datuk. Ketua
kampung dan Pak imam segera
membantu. Dan Datuk pun dibawa ke satu sudut lalu didudukan
atas bangku panjang.
Mereka pun merawat Datuk dengan memicit dan mengurut
bahagian belakang. Perbuatan itu
tidak dibenarkan oleh Datuk berlanjutan lebih dari tiga
minit. Pantang bagi Datuk, urat
ditubuhnya di jamah atau diurut sesuka hati. Dia mempunyai
formula tersendiri dalam
menanggani inasalah sakit ditubuhnya.
"Sudahlah, aku boleh bangun," Datuk mula terasa
tenaganya sudah pulih seperti tadi. Datuk
segera berdiri dan berjalan ke kiri dan ke kanan didepan
bangku panjang.
"Kenapa dengan kamu?" Tanya Haji Basilam secara
berbisik.
"Aku semacam ternampak bayangan arwah suami wanita itu
duduk berjuntai kaki dimuka
tangga. Ditangannya ada tempurung, dia berpakaian
compang-camping, macam peminta
sedekah. Bila aku lihat lama-lama dia membal ingkan
tempurungnya ke arah aku membuat badan
aku terasa lemah dan kepala jadi pening," penjelasan
Datuk itu membuat Haji Basilam
mengkerutkan kening.
Pak imam dan Ketua kampung yang tidak dapat menangkap apa
yang dicakapkan oleh datuk
pada Haji Basilam turut tersenyum. "Bagaimana? mahu
kita teruskan?"
Belum pun sempat datuk menjawap pertanyaan yang diajukan
oleh Haji Basilam, secara
mendadak Sham muncul dimuka pintu. "Silakan naik,"
jemputnya dengan wajah damai.
Datuk dan kawan-kawan mengucapkan terima kasih dan terus
naik ke rumah dan duduk
menghadap mayat.
"Buka, saya tenguk mukanya," Pak Imam
mengkemukakan permintaan. Tanpa membuang masa
Sham terus menunaikan. Sebaik sahaja kain yang menutup
bahagian mukanya dibuka, Datuk dan
Haji Basilam mengalami kejutan yang amat sangat.
Mereka bagaikan tidak percaya, wajah wanita yang dilihat
beberapa jam sebelumnya sudah
berubah sama sekali. Kulit dan daging di bahagian pipi sudah
relai, begitu juga dengan bahagian
hidung dan dagu. Tulang-¬tulang dibahagian tersebut jelas
menonjol. Keadaannya amat ngeri
dan menakutkan.
"Tutup."
Sham segera menutup muka mayat isterinya.
"Apa yang patut saya buat pakcik?" Tanya Sham.
"Kita uruskan macam mayat-mayat yang lain," sahut
Haji Basilam. "Jadi, pakcik berdua
uruskan."
"Ramai orang boleh uruskan, kita ada pak imam, kita ada
Ketua kampung, mereka sanggup
menolong," tingkah Datuk sambil merenung wajah Haji
Basilam, Pak imam dan Ketua kampung.
"Tapi, hubungan saya dengan mereka tak begitu baik,"
Sham seperti tergagap.
"Lupakan perkara yang lalu," Ketua kampung mula
masuk campur.
Serentak Pak imam, Haji Basilam dan Datuk anggukkan kepala.
Setuju dengan apa yang
disuarakan oleh ketua kampung. Sham tunduk seribu bahasa.
DOA
SETELAH menghadiahkan doa pendek pada simati. Datuk dan
kawan-kawan terus membaca
surah yassin. Semasa yassin dibaca, Datuk dapat merasakan
sepasang kaki mayat bergerak-gerak
dalam kain. Datuk buat tidak kisah dengan kejadian itu. Dia
terus membaca tetapi, kali ini
sepasang tangan mayat pula bergerak seolah-olah seperti
minta tolong supaya dibangunkan.
Datuk mempersetankan semuanya itu, dia terus membaca. Bila
kepala mayat bergerak-gerak,
pembacaan datuk jadi terganggu.
Buat beberapa ketika datuk merenung sekujur mayat yang sedang
terbaring didepan matanya.
Semuanya macam biasa, tiada sesuatu yang ganjil. Bila
pembacaan diteruskan mayat mula buat
hal. Kaki, tangan, kepala dan lutut turut bergoyang. Datuk
tidak tahu, apakah Pak imam, Ketua
kampung dan Haji Basilam turut mengalami seperti apa yang
dialaminya.
Apa yang pasti, Datuk berusaha dengan sedaya upaya
menghadapi suasana yang menakutkan itu
dengan perasaan yang tenang. Nasib baik, sehingga pembacaan
yassin berakhir, tidak berlaku
sebarang perkara yang tidak diingini.
"Bagaimana Pak imam? pada hemat saya, mayat ini harus
dikebumikan dengan segera.
Sebaiknya, dikebumikan petang ini juga," beritahu datuk
pada Pak imam, semasa mereka
bergerak ke ruang anjung dan berlabuh disitu.
"Perkara ni dah saya beritahu pada suami arwah, saya
dan suruh dia sediakan barang keperluan
untuk mengkebumikan jenazah," kata Pak imam.
"Oh, begitu, cepat awak bertindak," Datuk
anggukkan kepala lalu merenung ke arah halaman
rumah.
Datuk menarik nafas lega, bila dia melihat Ketua kampung
mengetahui beberapa orang
penduduk membuat keranda. Haji Basilam menyediakan batang
pisang untuk dijadikan mandi
mayat. Beberapa orang anak muda sudah disuruh pergi ke tanah
perkuburan untuk mengali
lubang mayat.
Nampaknya, semua berjalan dengan lancar dan baik sekali.
"Siapa yang menguruskan mandi jenazah."
Sepasang anak mata Datuk tertumpu ke wajah Pak imam yang
kelihatan tenang. Datuk
mengalihkan pandangannya kembali ke halaman rumah. Semuanya
nampak sibuk dengan tugas
masing-masing.
"Tak apa, biar saya uruskan."
Pak imam segera bangun lalu menemui suami simati yang berada
dibawah rumah. Ada sesuatu
yang dicakapkan oleh pak imam. Suami simati mencatat
dikertas apa yang dicakapkan oleh Pak
imam. Tidak lama berselang, suami simati segera beredar
menuju ke pekan kecil. Barangkali
mencari sesuatu.
Pak Imam segera beredar menuju ke arah sekumpulan wanita
yang duduk diruang yang agak
tersorok dekat bahagian dapur. Rata-rata mereka berusia
antara 50 hingga 60 tahun. Setelah
bercakap sebentar dengan mereka, Pak imam mendekati datuk.
"Semuanya selesai, Hajjah Safiah dan kawan-kawan
menguruskan mandi mayat dan
mengkafankannya. Kalau kesuntukan masa kita kebumikan lepas
Isyak."
"Tak kira, lepas maghrib atau isyak, pokoknya jenazah
ini tidak boleh dibiarkan lama-lama
dirumah," nampaknya awak berjaya menguruskannya dengan
baik" Datuk memuji Pak Imam.
"Saya sekadar menjalankan perintah hukum-hakam
agama."
"Tak apalah imam, kita kena fikirkan dimana jenazah ini
mahu disembahyangkan di rumah atau
di masjid."
"Iya, sementara menanti kerja mereka selesaikan kita
harus memikirkan perkara yang awak sebut
tu. Nanti saya jumpa suami simati," kata Pak imam.
"Silakan imam," datuk memberi jalan.
Pak imam segera beredar meninggalkan Datuk sendirian disitu.
Bila bersendirian, macammacam
yang tergambar dalam otak Datuk, semuanya ada hubungkait
dengan simati. Tetapi,
usahanya itu tidak berhasil, sambil merenung langit petang
menerusi jendela yang terdedah,
Datuk terus mengeluh.
ANAK
MENGAPA dia bersuamikan Sham yang boleh dijadikan anak?
Mungkin ada tujuan tertentu. Barangkali, dia mahu dirinya
sentiasa kelihatan muda, itulah
sebabnya dia menikah dengan Sham yang muda belia.
Biasanya, wanita yang mahu kulit wajahnya tidak mengecut
atau runtuh akan menikah atau
bersama dengan anak-anak muda yang berusia antara 20 hingga
25 tahun dalam jumlah paling
kurang tiga puluh orang