mula berkasidah, suaranya boleh tahan juga membuat saya
terpesona. Tetapi, dia tetap berhatihati
dan waspada mengendalikan lori yang dipandunya. Laju lorinya
diperlahankan bila memasuki
selekoh yang tajam atau mendaki bukit.
Adakalanya, lori terpaksa berhenti secara mengejut untuk
memberi laluan kepada kumpulan beruk
besar menyeberangi jalan. Kumpulan beruk besar itu kelihatan
tertib melintas, buat tidak kisah
dengan lori kecil yang berhenti.
"Beruk- beruk di sini semuanya jinak, bersopan santun
di jalanraya. Mereka melintas dengan
baik," kata Abu Zaharin sambil ketawa terkikih.
Lori kecil bergerak kembali, kali ini agak laju. Ketika mahu
memasuki satu selekoh yang tajam,
pemandu lori kecil menekan berek secara mengejut. Akibatnya,
saya dan Andi Kamarool
terdorong ke depan. Dahi kami terkandas di cermin. Aduh
sakitnya. Tetapi, rasa sakit itu terus
hilang dengan serta akibat kemunculan mendadak tiga ekor
gajah dari rimbunan pokok sebelah
kiri kami. Muka saya dan Andi Kamarool jadi pucat dan terus
berdebar. Pemandu lori tetap tenang,
membiarkan tiga ekor gajah itu menyeberang jalan dengan
aman.
“Perkara macam ini, perkara biasa bagi saya. Binatang dan
alam Kerinci masih terperlihara," tutur
pemandu lori.
Kali ini perjalanan agak lancar, kami melintasi beberapa
kawasan perkampungan kecil. Kami
sering saja berselisih dengan motorsikal dan agak jarang
berselisih dengan kereta. Kebanyakkan
motorsikal yang mereka gunakan adalah buatan dari Eropah yang
berbadan besar dan
mempunyai kuasa kuda yang agak tinggi (masa itu motorsikal
Jepun belum popular lagi) seperti
jenis Triumph, BSA. Norton dan sebagainya.
Setelah menuruni kawasan berbukit, saya lihat pemandu lori
nampak resah semacam. Tidak
tenteram seperti tadi, apa yang dibuatnya serba tidak kena.
Dia selalu saja menekan berek dan
minyak, akibatnya laju lori tidak seimbang, kami jadi
tersengguk- sengguk.
"Kenapa?" Tanya Andi Kamarool.
"Entah mengapa, tiba-tiba saja hati saya berdebar
cemas. Berpandukan pada pengalaman dulu
perkara macam ini membawa pertanda kurang baik. Saya harap
tak ada perkara buruk terjadi".
" Insya Allah kita selamat pandu dengan cermat,"
jawab Andi Kamarool.
"Saya juga harap macam tu" tingkah Abu Zaharin,
setering kereta di paut erat dan kejap sekali.
KABUS
DIBAWAH sinaran matahari yang kian mencacak itu, saya renung
kiri dan kanan. Lori kecil sedang
melalui kawasan hutan tebal. Suasana sekitar terasa sepi,
tidak ada kenderaan yang lalu kecuali
lori yang kami naik, walaupun cahaya matahari bersinar
terang tetapi, kawasan sekitar jalanraya
agak gelap dengan kabus yang menebal.
"Harimau." jerit Abu Zaharin.
Dengan serta merta dia menekan berek kecemasan. Saya dan
Andi Kamarool jatuh terperosok di
celah bangku. Lori kecil dengan empat roda terpaku di dada
jalanraya. Saya dan Andi Kamarool
segera bangun dan duduk. Dan apa yang kami lihat di
jalanraya ialah seekor harimau Sumatera
sedang terbaring, berguling di atas batu jalan sesuka hati
tanpa mempedulikan lori kecil yang
berhenti tidak sampai sepuluh kaki darinya.
"Kita dalam bahaya Abu." kata saya perlahan.
"Bertenang saudara".
Harimau berbadan besar itu berdiri, merenung ke arah kami
sambil menguap. Giginya yang tajam
jelas kelihatan. Misainya yang panjang dan keras bergerak-
gerak. Kemudian harimau itu duduk
mencangkung lalu menjilat-jilat kuku ditelapak kakinya. Abu
Zaharin turun dari lori.
"Mahu ke mana Abu?" Andi Kamarool bersuara cemas.
"Biar aku suruh dia ke tepi".
"Merbahaya Abu," celah saya.
Abu Zaharin hanya tersenyum dan saya lihat kelopak bibirnya
bergerak- gerak. Dia menarik nafas
dalam-dalam. Dihembuskannya ke kiri dan ke kanan. Dengan
tenang dia melangkah ke arah
harimau Sumatera yang sedang duduk mencangkung menanti
kedatangannya.
Setiap kali Abu Zaharin melangkah mendekati Harimau Sumatera
tali jantung saya bergegar hebat,
bila menarik dan melepaskan nafas dada terasa sakit. Dan
saya bayangkan, bagaimana mudahnya
harimau itu menapar muka Abu Zaharin dan kemudian mematahkan
batang lehernya. Darah
melimpah dipermukaan jalanraya.
Separuh badan Abu Zaharin berada dalam mulut harimau dan
separuh lagi berada di luar.
Bahagian badan yang berada di luar mulut harimau (dari dada
hingga kaki) mengelitik bagaikan
kepala ikan keli diketuk kepala. Saya renung ke arah Andi
Kamarool, sepasang anak matanya
tidak berganjak dari merenung ke arah Abu Zaharin.
"Subahanallah.... "terpancut kata-kata itu dari
kelopak bibir saya. Apa yang saya fikirkan,tidak
terjadi. Empat kali saya mengurut dada.
NASIB
"DIA bukan sebarang orang, kepalanya penuh pengetahuan
dan dadanya penuh ilmu,"ungkap
Andi Kamarool.
"Cakap kamu benar,Andi".
Perhatikan kami tidak berganjak ke arah Abu Zaharin. Dengan
tenang dia menepuk-menepuk
kepala harimau Sumatera, misai harimau dipintal-pintal.
Penuh mesra harimau Sumatera menjilat
kiri kanan pipinya. Abu Zaharin membisikan sesuatu ke
telinga harimau, tidak berapa lama
harimau itu mengaum lalu beredar.
Abu Zaharin kembali ke lori kecil dengan senyum.
"Aku harap pejalanan selanjutnya tidak ada
halangannya".
Abu Zaharin melompat ke dalam perut lori dan beberapa detik
kemudian bunyi injin lori kecil terus
mengaum menguasai dada jalan raya.
"Saudara memang hebat".
Saya terus menepuk bahu kanan Abu Zaharin, dia tersengih.
"Semuanya dengan izin Allah, kalau tidak diizinkan,
usaha aku tidak menjadi," katanya merendah
diri. Lori kecil terus bergerak.
Nyanyian beburung liar dan hembusan bayu memberikan
kesegaran kepada diri saya dan
mungkin juga diri Andi Kamarool.
"Sudah bertahun aku membawa lori sayur. Macam-macam
perkara pelik aku temui. Dengan izin
Allah semuanya dapat aku atasinya,” lanjutnya lagi. Kami
anggukkan kepala.
Dalam asyik bercerita itu, lagi sekali kami mengalami
kejutan. Abu Zaharin menekan brek secara
mengejut, lori kecil terbabas ketepi jalan. Nasib baik tidak
masuk parit.
"Kenapa Abu?"Soal Andi Kamarool.
"Kamu lihat, apa ada di tengah jalan," katanya.
Saya dan Andi Kamarool terus merenung ke jalan raya. Ada
lingkaran ular hitam berkilat setinggi
busut disitu. Kepalanya berada di bahagian atas terlentuk di
situ bagaikan sedang tidur dengan
lena.
SERAM
ABU Zaharin tidak memperlihatkan rasa cemas atau takut. Dia
mengendalikan lori kecil yang
terbabas hingga berada di jalanraya.
"Langgar saja Abu," saya mengemukakan usul.
"Jangan terlalu kejam dengan makhluk Allah yang
lain."
"Dia ganggu kita," saya meningkah.
Abu Zaharin tersenyum lalu mengajak kami turun dari lori
kecil. Berjalan serentak ke arah ular
hitam yang berlingkar. Lebih kurang kira- kira lima langkah
mahu sampai ke arah ular berlingkar,
saya terdengar nafas ular cukup kuat.
Saya segera memegang bahu kanan Andi Kamarool. Malangnya,
saya tidak sempat menahan Ahu
Zaharin. Langkahnya cukup cepat sekali.
"Kenapa Tamar?"
"Aku sudah baca doa nabi Allah Sulaiman. tiba- tiba
tengkuk bulu tegak. Aku jadi seram sejuk,"
bisik saya kepada Andi Kamarool.
"Aku rasa seperti apa yang kamu rasa, ada baiknya kita
balik ke lori. Aku yakin apa yang ada di
depan kita bukannya ular seperti, jin," Andi Kamarool
terus menarik tangan saya.
Langkah selajutnya, kami segera berlari menuju ke lori
kecil. Diri jauh kami melihat perkembangan
tentang diri Abu Zaharin.
Memang ada kelainannya, Abu Zaharin tidak seberani tadi.
Kalau tadi dia nampak mudah
menangani harimau Sumatera. Tetapi kali ini, keadaan agak
berbeza sekali. Dua tiga kali dia jatuh
ketika ular hitam mengangkat kepala. Dengan sedaya-upaya,
dia cuba menjauhkan dirinya dari
mendekati longgokkan ular hitam yang sudahpun memanggungkan
kepalanya. Abu Zaharin
dongakkan kepala merenung ke arah kepala ular Mereka
kelihatan seperti sedang bercakap
sesuatu.
Dalam beberapa detik kemudian, Abu Zaharin membelakangi
lingkaran ular hitam dan pada ketika
itu kedengaran bunyi ledakan yang amat kuat. Tempat ular
hitam berlengkar dipenuhi kepulan
asap tebal menghilang. Ular hitam juga turut ghaib entah ke
mana. Abu Zaharin tertiarap di
permukaan jalanraya dengan kedua belah kakinya terkangkang.
Sepasang tangannya terletak di
kepala.
"Jangan".
Andi Kamarool memegang tangan kanan saya dengan sekuat hati.
Dan saya tidak jadi melangkah
untuk mendekati Abu Zaharin.
"Sekejap lagi dia bangun. Dia sudah menyelesaikan
masalahnya dengan baik sekali," Andi
Kamarool renung muka saya.
"Abu Zaharin bukan sebarang orang, pendiam dan tak
banyak cakap. Bila terdesak semua ilmu
habis dimanfaatkannya," komen saya. Andi Kamarool
anggukkan kepala sambil tersenyum
panjang. Matanya masih tertumpu ke arah Abu Zaharin yang
terkapar di jalanraya, macam katak
mati dilanggar lori balak.
"Kamu lihat," suara Andi Kamarool keriangan.
Saya segera renung ke arah yang dimaksudkannya. Saya lihat
Abu Zaharin sudah tegak berdiri.
Menumbuk angin ke kiri dan ke kanan. Kakinya juga menendang
angin. Dia melakukan senaman
singkat untuk menegangkan urat.
Sebelum berlari ke arah lori terlebih dahulu Abu Zaharin
melambai- lambaikan tangan ke arah
saya dan Andi Kamarool. Lambainya kami balas.
"Apa yang kamu lihat tadi bukannya ular sebenar.
Tetapi, jin nakal yang nak kacau kita, menjelma
jadi ular. Kalau tidak pandai mengatasinya, kita boleh tadi
susah, mungkin menderita sakit
seumur hidup atau kita terpedaya tunduk pada
kemahuannya," ucap Abu Zaharin sambil
mengesat peluh di dahi dengan sapu tangan. Kami hanya
anggukkan kepala.
BERGERAK
"JIN nakal itu sengaja berusaha supaya kita marah dan
bertindak balas. Bila kita bertindak balas,
panjanglah ceritanya. Selalunya kita yang rugi. Dalam hal
begini, kita mesati sabar, tenang dan
pasrah pada Allah," lanjut Abu Zaharin, injin lori
kecil dihidupkan kembali dan perjalanan yang
tergendala diteruskan.
Sambil memandu Abu Zaharin terus bercerita. Katanya, jin
adalah makhluk Allah yang paling
ramai di dunia, tidak dapat dibayangkan jumlahnya oleh akal
manusia. Pokoknya, makhluk jin
mengatasi jumlah manusia. Boleh dikatakan tidak ada tempat
di dunia ini yang tidak diisi oleh jin,
baik di daratan, lautan mahupun di udara.
Lori kecil terus bergerak dengan aman, kali ini kami
menempuh kawasan perkampungan yang
tidak putus-putus, pokok-pokok buah- buahan kelihatan di
mana-mana.
"Jin juga ada pelbagai," sambung Abu
Zaharin," mempunyai rumpun bangsa yang berbeza- beza.
Dunia jin juga macam dunia manusia, tiap bangsa jin,
mempunyai kerajaan dan pegawai takbir,
antara bangsa jin terdapat permusuhan antara mereka".
“Oh begitu," kata saya sambil menelan air liur.
"Agama mereka macam mana, Abu?" Soal Andi
Kamarool, Abu Zaharin tersenyum, setering
kereta dipegang penuh cermat.
"Macam manusia juga, ada yang Muslim, ada yang
Kristian, Hindu Buddha, penyembah berhala.
Malah ada yang berfaham komunis".
"Abu, aku nak tanya satu perkara, boleh tak," saya
lihat Andi Kamarool merenung muka Abu
Zaharin yang sedang memandu itu.
"Silakan".
"Apakah iblis itu nenek moyangnya jin, macam manusia
adalah keturunan dari Adam alaihissalam".
"Begini, sepanjang yang aku tahu, Iblis ada keturunan
Jin, bukannya moyang jin".
"Dari mana kamu tahu?" Potong saya dengan wajah
serius.
"Dari para ulama, dari guru aku di Mesir, Makkah juga
dari pembacaan dan kajian aku," ada suara
Abu Zaharin penuh keyakinan dan kepastian. Lori terus
dipandu, menempuh kawasan tanah
berpaya. Monyet- monyet liar bergayut di dalam pokok.
"Kalau begitu, siapa dia datuk nenek jin?"
terhambur pertanyaan dari saya. Abu Zaharin menelan
air liur, matanya merenung tajam ke depan. Matahari kian
meninggi, sinarnya tersebar di manamana.
"Kata guru aku, orang Mesir tetapi, menetap di
Istambul, Turki. Dia beritahu aku, sepanjang yang
diketahuinya, entah betul, entahkan tidak. hanyalah Allah
saja yang maha mengetahui, nenek
moyang jin adalah Jin......."
Andi Kamarool anggukkan kepala beberapa kali. Barangkali dia
dapat menerima dengan apa yang
diluahkan oleh Abu Zaharin.
"Macam mana dengan iblis," saya memintas.
Abu Zaharin menguap panjang, rasa bosan dan jemu tergambar
di wajahnya. Barangkali, dia
merasa dengan pertanyaan demi pertanyaan yang kami ajukan
kepadanya.
Kali ini, Abu Zaharin seperti hilang minat untuk menjawab
pertanyaan saya. Dia kembali
berkasidah sambil merenung ke kiri dan ke kanan jalan.
Setering kereta di pegang erat.
Kerana Abu Zaharin tidak berminat, saya tidak ingin
mendesaknya. Biarlah perkara itu berlalu
begitu saja. Saya tidak menyesal atau terkilan.
Abu Zaharin terus berkasidah, seolah saya dan Andi Kamarool
tidak wujud di sisinya. Setering
kereta dipegang sebelah tangan, meskipun waktu mengambil
selikuh yang tajam. Semuanya
membuatkan hati saya berdebar cemas.
"Menurut kata guru aku, juga hasil pembacaan aku dari
sebuah buku yang diterbitkan di Mesir
menyatakan bahawa iblis adalah keturunan Jin, cukup bijak
dan pandai macam malaikat. Tetapi,
dia bongkak dan sombong dan dimurkai Allah," gembira
bukan kepalang bila Abu Zaharin
memulakan percakapan.
PENAT
RASA puas juga terbayang di wajah Andi Kamarool. "
Kisah iblis durhaka kepada Allah terdapat
surah Al- Kahfi: 50 yang berbunyi.....,” Abu Zaharin tidak
meneruskannya, buat beberapa saat dia
termenung, dahinya berkerut macam mengingati sesuatu.
“Yang berbunyi lebih kurang begini," dia menyambung
kembali.
"Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada para
malaikat, sujudlah kau kepada Adam. Maka
sujudlah mereka kecuali iblis. Dia dari golongan jin, lalu
dia mendurhakai perintah Tuhannya....."
"Tapi, ramai orang percaya bahawa iblis adalah moyang
Jin." saya mencungkil lagi.
"Cukup setakat ini, lain kita bercakap tentang hal
ini," dengan cara yang sopan, Abu Zaharin
memaksa kami supaya berhenti dari menimbulkan perkara
tersebut. Kami tiada pilihan, terpaksa
mematuhinya.
Abu Zaharin kembali dengan keadaan biasaanya, berkasidah
sambil memandu lori kecil. Penat
berkasidah dia membaca Quran sambil berlagu. Suaranya memang
boleh tahan. Kami jadi
terhibur.
"Sekarang aku pula nak tanya kamu berdua, boleh
tak?"
"Silakan Abu Zaharin," sambut Andi Kamarool.
Abu Zaharin tersenyum, setering lori dipulas dengan teliti
dan lori kecil berbelok ke kanan lalu
menempuh jalan yang agak curam sedikit.
Sebelah kanan jalan penuh dengan rumpun kelubi yang daunnya
bergerak malas merempuh bayu
pagi. Manakala sebelah kanan jalan ditumbuhi pepohon besar
dari jenis pokok meranti, jelutung
dan talang. Semuanya tinggi menjulang.
"Apa hasil yang kamu dapat dari rumah batu lama?"
Pertanyaan yang mengejutkan bagi kami. Saya gigit bibir
hingga terasa sakit. Sepasang anak
mata Andi Kamarool terpanah ke wajah saya.
"Tak ada apa- apa, biasa saja," tanpa memandang
wajah Abu Zaharin, Andi Kamarool bersuara.
"Mustahil," balas pemandu lori sambil senyum
sinis.
"Apa yang dikatakannya tu memang benar," saya
memberi sokongan padu. Abu Zaharin
gelengkan kepala bersama senyum yang bertali. Hati kami
terus dijentik keresahan.
"Mustahil, mustahil," ulangnya berkali- kali
sambil menjentik-jentik setering kereta dengan hujung
jari manis.
"Kami cakap betul. Abu." nada suara Andi Kamarool
agak lemah.
"Mustahil- mustahil," ulangnya berkali- kali
sambil menggelengkan kepala.
"Kamu berdua mahu merahsiakannya dari aku,"
sambungnya lalu mengaru pangkal dagu kiri.