baik, kebaikan yang akan diperolehinya. Kalau niatnya jahat,
jahat yang bakal
diterimanya. Kami menanti penuh cemas. Dia terus melangkah
ke arah kami dengan
penuh keyakinan. Bila kain hitam membalut wajahnya
dijatuhkan, menjadikan ramalan
saya benar belaka.
"Lelaki tua yang tertonggok didepan kami ialah Haji
Basilam. Dulu memakai songkok,
sekarang pakai serban. Dia menarik dan melepaskan nafas dengan
perlahan. Biji matanya
dihalakan ke wajah saya.
"Kenapa tak tunggu di tempat yang dijanjikan?"
cepat-cepat saya alihkan pandangan ke
muka Andi Kamarool. Minta bantuan agar dia menjawab
pertanyaan Haji Basilam.
"Kami terlupa, terlanjur menumpang lori Abu Zaharin,
kami ajak kemari," jelas Andi
Kamarool.
"Siapa suruh kamu ke mari ?" Sergah Haji Basilam,
gerak matanya membayangkan
kekesalan. Dia langsung tidak memberikan perhatian kepada
Abu Zaharin yang berdiri
disebelah Andi Kamarool.
"Bukankah Pak Haji dan datuk nak datang ke Danau
Kerinci,"
saya cuba mempertahankan tindakan yang kami lakukan memang
wajar.
JARI
MENDENGAR kata-kata yang saya luahkan itu, Haji Basilam
menggigit bibir sambil jarijemari
kanannya memain hujung serban. Dia terus mengerutkan kening.
"Tapi, aku dan datuk kamu tak suruh datang ke sini.
Kami suruh kamu berdua tunggu di
kedai Saad mata sebelah. Lain yang disuruh lain pula yang
kamu berdua buat," Haji
Basilam merungut tetapi wajahnya tidak sekeruh tadi. Sudah
cerah dan boleh tersenyum
kepada kami. Dengan Abu Zaharin dia masih buat tidak kisah,
seolah-olah Abu Zaharin
tidak wujud.
"Hairan juga Pak Haji bagaikan tahu kami ada dalam
lori," begitulah, berdasarkan riak
wajah Andi Kamarool cuba memberanikan diri menyoal Haji
Basilam.
Pertanyaan yang diajukan itu tidak dijawab oleh Haji
Basilam. Entah mengapa, secara
mengejut saja dia tumpukan perhatian kepada Abu Zaharin lalu
menghadiahkan senyum
persahabatan yang disambut dengan penuh kemesraan oleh Abu
Zaharin.
"Maaf, saya nak bercakap dengan budak-budak ni sekejap,
awak tunggu di sini."
"Silakan," balas Abu Zaharin.
Dengan tergesa-gesa Haji Basilam menarik tangan saya dan
Andi Kamarool ke belakang
lori kecil. Kali ini secara terang-terangan Haji Basilam
melepaskan ledakan kemarahan
untuk kami.
Haji Basilam meningatkan kami supaya berpegang teguh kepada
janji dan jangan
mengulangi perbuatan yang boleh merisaukan hati orang lain.
Apa yang terdaya saya dan
Andi Kamarool lakukan ialah mohon maaf padanya.
"Kami tak niat nak susahkan pak haji,” nada suara saya
lemah. "Sebaik saja aku sampai
ke kedai Saad mata sebelah, aku tengok kamu berdua tak ada.
Seluruh anggota sendi aku
lemah, bila Saad mata sebelah beritahu dia nampak dua orang
budak lelaki naik lori kecil,
kepala merah," penuh perasaan Haji Basilam bercerita.
Mulut kami berdua terlopong
mendengarnya.
"Dia beri nombor lori dan arah mana lori itu pergi, aku
pinjam motosikalnya, kejar kamu
berdua " tambah Haji Basilam lalu kami sambut dengan
ketawa dan ketawa kami
berhenti dengan serta rnerta bila Haji Basilam menjengilkan
biji matanya kepada kami.
"Sepatutnya kawan pak haji itu panggil kami," Andi
Kamarool tersengih.
"Dia tak begitu yakin. Syukur kamu berdua selamat, aku
takut kamu berdua kena colek."
Sungguh melucukan andaian Haji Basilam tetapi, kami tidak
berani ketawa.
"Siapa nama drebar lori yang kamu tumpang tu?"
Anak matanya terdampar ke wajah
Andi Kamarool. Andi Kamarool pula menghalakan pandangannya
kepada saya.
"Abu Zaharin, anak saudara Haji Simpul. Dia yang suruh
kami naik lori ni, dia juga
beritahu kami yang Haji Basilam dan datuk berada di salah
sebuah kampung dekat Danau
Kerinci," kata saya, air muka Haji Basilam berubah.
Dahi dan keningnya berkedut. Tanpa
berkata apa-apa Haji Basilam meninggalkan kami. Tindakan
itu. sudah pasti mengejutkan
saya dan Andi Kamarool.
Rupa-rupanya Haji Basilam menerkam ke arah Abu Zaharin yang
sudah berada dalam
lori kecil. Kami lihat mereka bercakap sebentar. Tidak lama
kemudian Abu Zaharin
melompat turun dari lori. Haji Basilam menepuk bahu Abu Zaharin
mereka berpelukan
penuh mesra. Kemudian serentak mereka melangkah menghampiri
kami.
"Bapa saudaranya Haji Simpul aku kenal . Kawan rapat
ayah si Mia. Kenapa kamu
berdua tak beritahu aku," cukup lantang suara Haji
Basilam. Abu Zaharin tersengih.
mereka masih berpelukan.
"Kalaulah aku tahu, kamu berdua naik lori anak saudara
Haji Simpul memanglah aku
tidak bimbang. Kamu mesti selamat." wajah Haji Simpul
nampak ceria sekali. Telapak
tangan kanannya terus menepuk-nepuk bahu Abu Zaharin,
bagaikan sudah berkenalan
bertahun-tahun.
PELUH
PANAS yang menggigit tubuh membuat bintit-bintit peluh halus
menguasai dahi saya dan
Andi Kamarool . Dengan hujung serban Haji Basilam menyapu
peluh di dahi. Senyum
Abu Zaharin bertali arus dikelopak bibir.
"Bagaimana? Boleh saya tinggalkan mereka berdua
disini." Saya dan Andi Kamarool
berpandangan. Macam-macam perkara yang kurang menyenangkan
timbul dalam
tempurung kepala saya. Barangkali Abu Zaharin sengaja mahu
mempermainkan kami.
Mana mungkin kami boleh menumpang motosikal Haji Basilam.
“Sabar dulu, tunggu sekejap," tahan Haji Basilam. Kami
mula merasa lega.
Di bawah sinar matahari yang kian keras itu, Abu Zaharin
tatap wajah Haji Basilam
dengan seribu persoalan.
"Masih memerlukan pertolongan saya lagi?"
"Sudah tentu," Haji Basilam tentang anak mata Abu
Zaharin. “aku nak kirim motosikal
ni," sambung Haji Basilam. Abu Zaharin segera menggosok
hujung hidungnya yang
diruapi peluh harus.
"Nak kirim kemana pak haji?"
"Ke Sungai Penuh, hantarkan ke kedai kopi Saad mata
sebelah" bermain di wajah dan
dahinya kembali berkerut. Bintit-bintit peluh halus dihujung
kerutan segera meleleh ke
cerun pipi. Haji Basilam tahu apa yang difikirkan oleh Abu
Zaharin.
"Kedainya, sebelah kanan jalan besar. Didepannya ada
toko kain," kata Haji Basilam
bagaikan berbisik.
"Oh, saya tahu," sahut Abu Zaharin riang.
"kalau begitu tolong naikkan motosikal atas
lori," tambahnya lalu menerkam ke arah motosikal.
Dengan penuh tenaga dia mendorong
motosikal hingga ke bahagian belakan lori untuk dijadikan
titian.
"Sekarang kita ramai-ramai tolak motosikal,"
arahan pun dikeluarkan oleh Haji Basilam.
Kami segera mematuhinya.
Saya ditugaskan menolak motosikal dari belakang, Abu Zaharin
menjaga bahagian depan
dan handle.
Andi Kamarool menjaga bahagian tepi. Haji Basilam berdiri
dalam perut lori kecil
memberi arahan. Tidak sampai dua puluh minit semua urusan
selesai.
"Motosikal tu mesti diikat supaya tidak jatuh bila
melalui selekoh. Kamu ikatkan Tamar,
ini talinya," Haji Basilam mencampakan tali belati
kepada saya. Tidak tahu dari mana dia
memperolehi tali tersebut. Saya sempurnakan ikatan dengan
sebaik mungkin. Bagi
mempastikan sama ada ikatan itu kemas dan kuat, dua tiga
kali badan motor saya
goncang.
"Dah kuat tu, tak payah digoyang-goyang," tegur
Andi Kamarool.
"Aku pun fikir begitu, dah cukup kuat. Lagipun aku bawa
lori bukannya laju sangat,"
tingkah Abu Zaharin. Saya terima semua komen yang diluahkan
dengan senyum.
"Bab pertama sudah selesai." Semua biji mata
tertumpu ke arah Haji Basilam yang
berdiri di tengah lori kecil. Kemudian dia melangkah dan
lantas terjun dari lori. Kami
juga turut berbuat demikian.
"Begini, kerana kamu mahu balik ke Sungai Penuh, kami
tumpang lori kamu separuh
jalan. Turunkan kami di simpang, dari situ kami berjalan ke
kampung dalam. Datuk di
Tamar menanti di situ."
"Boleh, tak jadi masalah. Saya boleh hantar sampai ke
kaki tangga," jawab Abu Zaharin
lalu masuk kedalam lori. Sudah tentu janji yang diluahkan
itu membuat kami riang.
GARANG
SETELAH membuat pusingan, lori kecil kepala merah berpatah
balik menghala ke Sungai
Penuh.
Matahari garang, Abu Zaharin nampak begitu selesa memandu,
begitu juga dengan Haji
Basilam cukup aman duduk di sebelah. Saya dan Andi Kamarool
sengaja memilih untuk
berdiri di bahagian belakang lori. Tidak seronok rasanya
duduk dekat Haji Basilam.
Lori kecil kepala merah terus bergerak lancar, kami terpaksa
berpaut pada dinding lori.
Rambut kami mengerbang disentuh angin dan mata mula berair,
tidak boleh dibuka luas
kerana pedih akibat angin. Apa yang pasti sepanjang jalan
itu, Abu Zaharin dan Haji
Basilam cukup rancak bercakap.
"Oooppp...," jerit saya sambil berpaut pada
dinding lori. Ternyata saya gagal
mengimbangi badan, akibatnya tubuh tersungkur atas lantai
lori. Tergesa-gesa saya
bangun.
"Celaka si Abu kenapa membelok macam tu,"
terpancut kata dari mulut.
"Salah kamu juga, sepatutnya pegang kuat-kuat dan
berdiri betul," Andi Kamarool
melunturkan pendapat. Memang benar, apa yang diungkapkan
itu. Saya cuai tetapi,
memang dasar tidak mahu mengakui kelemahan diri sendiri, saya
tidak mahu menerima
pandangan Andi Kamarool.
MERAH
SETELAH melepasi selekoh tajam, lori kecil berkepala merah
mula bergerak perlahan. Di
hadapannya terbentang simpang tiga, kelihatan beberapa buah
lori kecil, kereta dan
motosikal berhenti di bibir jalan. Para pemandu kenderaan
tersebut menyemberang jalan
menuju ke sebuah warung yang terletak di kepala simpang.
"Cukup di sini saja Abu." gegendang telinga saya
dapat menangkap suara Haji Basilam
dalam deru enjin lori. Tayar lori mula melanggar rumput dan lopak
tepi tepi jalan
membuat tubuh saya dan Kamarool turut bergerak ke kiri dan
ke kanan, mengikut
pergerakkan badan lori. Akibatnya enjin lori dimatikan. Haji
Basilam melompat turun.
"Turun, tunggu apa lagi,"
Saya dan Andi Kamarool segera terjun dari lori.
"Kita minum di kedai seberang jalan Abu."
"Terima kasih, kerana susah payah menolong budak dua
orang ni, sampaikan salam saya
pada Haji Simpul."
"InsyaAllah."
Lori kecil berkepala merah terus meninggalkan kami bertiga
di gigi jalan. Perut mula
terasa lapar. Saya mula teringat tentang nasi lemak sambal
tumis ikan bilis yang
dibekalkan oleh Mia untuk kami.
Haji Basilam dongak ke langit, melihat kedudukan matahari
untuk beberapa minit.
Kemudian dia tersenyum merenung ke arah saya dan Andi
Kamarool.
"Kamu berdua lapar?"
Kami segera mengangguk.
“Mia bekalkan kamu nasi lemak sambal tumis ikan bilis."
“Iya Pak Haji, macamana Pak Haji tahu," tanya Andi
Kamarool.
"Aku kenal emak bapa Mia, aku kenal keturunannya.
Memang sudah jadi rasmi keluarga
Mia, setiap orang luar yang baru dikenali dan bermalam di
rumahnya akan dibekalkan
dengan nasi lemak sambal tumis ikan bilis bersama tiga biji
bertih, hujung daun pisang
pembungkus nasi lemak sebelah kiri dipotong, kalau tetamu
tidak dibekalkan dengan
perkara tersebut nanti SAKA menganggu, kecuali orang yang
kuat ilmu batinnya.
Penjelasan Haji Basilam membuat saya dan Andi Kamarool
menarik nafas serentak.
Memang tidak dinafikan, saya melihat bertih dan daun pisang
yang dipotong hujungnya
ketika saya mahu memasukan bungkusan nasi lemak kedalam beg
galas. Cara kebetulan
bungkusan itu terbuka sendiri.
“Tak usah susah hati, nasi lemak tu selamat dimakan, kalau
terjadi sesuatu yang tak baik
aku boleh tawarkan," janji Haji Basilam kepada saya dan
Andi Kamarool.
Kami bertiga segera melintas jalanraya menuju ke warung di
kepala simpang. Kami
disambut dengan ramah oleh pemilik warung yang memang kenal
Haji Basilam.
Kami tidak dibenarkan duduk bersama pelanggan warungnya yang
lain. Kami
ditempatkan di bilik khas dan dilayan dengan sebaik mungkin.
Episod lapar yang kami
alami pun berakhir. Nasi lemak yang dibekalkan oleh Mia
habis masuk perut, hingga kami
terlupa untuk mencari bertih dan daun pisang yang dipotong
hujung.
"Haji ni berjasa besar kepada saya, dia banyak
membantu, kalaulah bukan kerana
usahanya, mungkin awak berdua tidak dapat singgah di kedai
saya ini,” pemilik warung
yang berhidung besar dengan parut selebar dua inci dipipi
kanan meletakkan tiga cawan
kopi di depan kami.
"Usahlah dikenangkan perkara itu, semuanya dengan izin
Allah," jawab Haji Basilam.
Pemilik warung meninggalkan kami di bilik khas. Dia
meneruskan tugasnya melayani
pelanggan.
"Siapa namanya Pak Haji?" saya mula mencungkil
rahsia.
"Jaafar."
"Apa jasa pak haji dengannya?"
"Adalah sedikit, semuanya cara kebetulan. Datuk kamu
tahu ceritanya, kau tanyalah
sama dia."
"Minta maaf, saya tak berani. Sambil minum ada baiknya
pak haji bercerita sambil lalu."
"Tolonglah ceritakan pak haji, kami sekadar mahu
mendengarnya.” rayu Andi Kamarool.
Haji Basilam meneguk kopi, matanya merenung dinding warung.
Akhirnya, dia akur
dengan permintaan. Haji Basilam pun mulakan ceritanya.
TINGGAM
Di daerah Sumatera, sejenis ilmu yang disebut TINGGAM masih
dimanfaatkan atau
digunakan bagi merosakkan (menyakiti) lawan atau orang yang
tidak disenangi. Bila
TINGGAM mula berkerja (bergerak) bahagian tepi leher terasa
sakit sakit yang
kadangkala berpindah pindah.
Bila sakit sudah sampai pada puncaknya (kemuncaknya) dari
tepi leher akan muncul jenis
bisul yang kemudiannya pecah serta mengeluarkan air yang
busuk baunya. Akibatnya,
sipengidap penyakit dijauhi atau kurang disenangi.
"Pak haji, saya nak tanya apa makna TINGGAM tu?"
tanya saya.
"Perkataan TINGGAM berasal dari Minangkabau yang
bermaksud jampi-jampi untuk
menjadikan seseorang itu sakit bengkak-bengkak dan bahagian
dan sebagainya dengan
mencucukkan duri ekor ikan pari pada gambar orang yang
disakit atau pada ikan pari,"
jelas Haji Basilam.
"Dahsyatnya.” keluh Andi Kamarool.
Selanjutnya Haji Basilam menjelaskan, TINGGAM ada bermacam-
macam jenis. Tetapi
yang paling popular dan sangat jahat ialah Tinggam tulang
ikan pari. Tulang yang
digunakan ialah tulang yang terdapat di bahagian pangkal
ekor iaitu tulang yang runcing
& tajam. Tulang itu digunakan untuk dimasukan ke tubuh
musuh atau atau lawan secara
ghaib.
Setelah tulang itu diambil ikan pari tersebut dilepaskan
kembali ke tengah laut. Jika ikan
itu masih hidup, maka tulang yang digunakan untuk tinggam
tetap akan bergerak dalam
tubuh orang yang dimaksudkan sehingga orang tersebut hidup
menderita.
"Si Jaafar pemilik warung ni, salah seorang bekas
mangsa Tinggam," bisik Haji Basilam
kepada saya dan Andi Kamarool. Dia memberi senyuman kepada
Jaafar yang secara
kebetulan masuk ke bilik khas mengambil sesuatu untuk
pclanggannya.
Kerana tidak mahu cerita tentang Tinggam dan Jaafar mati
begitu saja, kami berdua terus
memujuk dan merayu Haji Basilam meneruskan ceritanya. Usaha
kami berhasil.
Menurut Haji Basilam, Jaafar anak jati kampung Simpang
merantau ke Pekan Baru yang
ketika itu belum begitu maju dan penduduknya tidak seramai
sekarang. Haji Basilam
tidak menyebut tahun berapa Jaafar merantau ke tempat
tersebut. Di rantau orang Jaafar
berkenalan dengan Marson yang berasal dari Magelang
JawaTengah.
Perkenalan Jaafar dengan Masron terjadi secara kebetulan.
Suatu petang lebih kurang jam lima, Jaafar minum di sebuah
gerai sambil menghirup teh
fikirannya berperang sama sendiri. Dia tidak dapat membuat
keputusan yang pasti sama
ada mahu terus memperjudikan nasib di Pekan Baru atau
merentas Selat Melaka menuju
Melaka atau Johor.
Tiba-tiba Masron datang lalu duduk dikerusi sebelahnya,
mereka memperkenalkan diri
masing-masing. Masron juga mahu mencuba nasib di Pekan Baru
kemudian merancang
mahu pergi ke Pontian Kecil di Johor kerana saudara sebelah
ayahnya ada disitu.
Perkenalan singkat itu menghasilkan persahabatan yang
kental. Mereka memutuskan
untuk mencuba nasib di Pekan Baru dulu, kalau gagal baru
mereka berhijrah ke
Semenanjung Tanah Melayu.
RUMAH
MASA terus berlalu, tidak terasa sudah lima tahun Jaafar dan
Masron bersahabat,
bagaikan adik beradik. Masing-masing sudah membuka
perniagaan sendiri. Antara
mereka berdua ternyata Jaafar lebih berjaya.
Pada suatu petang Jumaat, lebih kurang pukul enam, Masron
datang ke rumah sewa
Jaafar, mereka merancang sembahyang jemaah dan membaca
Yasin. Sebagai meraikan
sahabat karib, Jaafar menyediakan makanan enak yang
dimasaknya sendiri. Lepas
sembahyang Isyak mereka akan makan bersama diruang tamu.
Malam itu, setelah selesai melaksanakan sembahyang Isyak.
Jaafar terus ke dapur untuk
mengambil makanan. Dengan tidak diduga, dia jatuh dan terus
pengsan. Di saat mahu
rebah terdengar bunyi yang agak kuat di bumbung, macam ada
seseorang yang
membalingkan batu ke atap genteng.
Masron segera memapah tubuh Jaafar, dibawa ke katil dan
dibaringkan. Pertolongan
cemas segera dilakukan oleh Masron. Cepat cepat Masron
mendekatinya lalu memicitmicit
tubuh Jaafar.
Masron yang tahu serba sedikit petua dan pantang larang
orang tua tua, segera membuat
tanggapan bahawa ada sesuatu yang tidak kena terjadi pada
diri Jaafar.
Dalam rintihan kesakitan itu, Jaafar memberitahu Masron
bahawa di dalam tubuhnya
terasa seperti ada benda yang bergerak-gerak dan terasa
mencucuk-cucuk. Hampir
seluruh tubuhnya tidak dapat digerakkan.
Masron terus berada di sisi Jaafar, sepanjang malam dia
tidak dapat tidur, malah
makanan yang dimasak Jaafar tidak dijamahnya. Dia terus
berdoa agar penyakit aneh
yang singgah di tubuh sahabatnya segera hilang.