PERJALANAN dari Belawan ke pinggir kawasan istana Kesultanan
Deli tidak menjemukan. Pemandu teksi sapu yang
berasal dari Tapanuli yang marganya SERIGAR, cukup ramah dan
megah dengan rumpun Melayu. Malah dia menyebut
beberapa nama saudara maranya yang sudah lama berhijrah ke
Tanah Semenanjung.
Kebanyakkan kaum kerabatnya tinggal di kawasan tinggal di
kawasan Tapah, Temerloh, Kajang. Beberapa nama yang
disebut memang merupakan orang penting di tanah air ketika
itu.
"Berhentikan saya di rumah itu."
Jari telunjuk datuk menuding ke arah rumah papan separuh
batu, berbumbung limas, terletak di hujung jalan. Halaman
rumah menghijau dengan rerumput yang halus. Manakala
disebelah kiri dan kanan rumah kelihatan pokok sawo
matang (ciku) yang rendang dan berbuah lebat.
"Di sini pak."
"Iya."
Empat tayar teksi terpaku di bibir jalan. Saya lihat orang
Tapanuli itu mengkedutkan dahinya, macam mengingati
sesuatu.
"Ada hubungan keluarga dengan pemilik rumah ni,"
tanyanya pada datuk.
"Kawan karib."
"Oh, begitu. saya kenal baik dengannya, kalau dia mahu
ke seberang, selalu menggunakan kereta saya untuk ke
pelabuhan. Namanya, Raja Aminuddin, perempuannya penari
istana."
"Betul," kata datuk riang.
"Tapi. dia sudah meninggal dunia, kira-kira tiga bulan
yang lalu. Dia mati di Pulau Pinang dan dikuburkan di sana,
secara kebetulan anak perempuan sulungnya bekerja dengan
konsul Indonesia di sana."
"Haaaaaa " datuk tergamam dan kemudian mengucap
panjang sambil disusuli dengan doa untuk si arwah, "setahu
saya, isterinya saja sudah mati kerana penyakit ganjil,
kira-kira lima tahun lalu. Perkara itu diberitahu kepada saya
menerusi seorang kawan," suara datuk tersangkut-
sangkut, wajahnya nampak pilu sekali.
Hujan rintik-rintik teius berhenti, matahari di langit
kotarayaMedan mula bersinar. Awan nipis, putih bersih berarak
lembut menuju ke arah tanah Brastagi. Begitulah, di dalam
suasana kecerahan matahari saya dapat melihat wajah datuk
yang gusar.
"Apa boleh buat, hajat saya tak tercapai. Allah sayang
Aminuddin kerana itu dia dipanggil ke sisiNYA," antara dengar
dengan tidak, suara datuk sampai ke gegendang telinga saya.
"Tapi, awak boleh jumpa dengan bongsunya. Dia duduk di
sini, isterinya orang Kota Lama dekat Kuala Kangsar, kalau
tak silap saya, isterinya tak ada di rumah."
"Ke mana pula isterinya?".
"Balik ke Kota Lama."
Datuk merenung ke arah istana Kesultanan Deli (Istana
Maimun) yang dibina sekitar tahun 1888. Lapan belas tahun
kemudian pada tahun 1906, dibangunkan pula, Masjid Raya
berhadapan dengan Istana Maimun. Keindahan kedua-dua
bangunan itu begitu memukau hati dan perasaan saya.
"Anak bongsunya itu, namanya Harun Fadillah, di
kalangan keluarga dipanggil RUN saja. Di mana saya nak berjumpa
dengannya. Banyak benda yang mahu saya tanyakan
padanya," datuk menyampaikan hasrat dihati.
"Ikut saya," orang Tapanuli itu menghulurkan
budi," saya tahu di mana dia bemiaga, masuklah," sambungnya.
Tanpa membuang masa saya dan datuk masuk ke kereta semula.
Kami dibawa berpusing-pusing
seluruh Kota Medandan akhirnya, berhenti di satu kawasan
perniagaan yang terletak di Jalan Medan-Binjai.
JAMAIN
PEMANDU membunyikan hon kereta tua dua kali berturut-turut
di depan sederat kedai dua tingkat, separuh batu dan
papan. Seorang lelaki muda berusia sekitar 27-30 tahun
muncul dipintu.
"Bang Jamain, apa hal," jerit pemuda berkulit
putih, wajahnya tampan di kaki lima bangunan. Si pemandu segera
keluar.
"Abang, bawakan sahabat karib ayah kamu dari
semenanjung," balas si pemandu sambil membuka pintu kereta
sebelah datuk.
Sebaik saja datuk berdiri atas jalanraya, si pemuda berwajah
tampan segera melompat melepasi longkang.
"Syukur, Allah makbulkan permintaan ayah saya,"
dalam tangisan si pemuda terus bersuara. Saya terpaku melihat
peristiwa yang tidak diduga.
"Berapa tambangnya bang Jamain," tanya Harun
Fadillah sambil melepaskan tubuh datuk dari pelukannya.
"Tak payah, abang halalkan, rasanya cukup gembira bila
dapat mempertemukan kamu dengan sahabat karib arwah
ayah kamu," balas Jamain sambil jari telunjuknya
menuding ke arah datuk.
'Terima kasih, semoga Allah akan memberikan rezeki yang
halal untuk kamu dan keluarga," datuk segera merapati
Jamain dan bersalaman.
Bila datuk bersalaman, saya juga turut berbuat demikian.
Jamain masuk ke kereta.
Sebaik saja Jamain beredar, Harun Fadillah membawa saya masuk
ke kedai miliknya yang menjual bermacam-macam
jenis kain, termasuk kain songket Palembang dan batik Batu
Bara.
Semasa saya berada di kedai, para pelanggan tidak
putus-putus datang. Semuanya dilayan dengan baik dan ramah
oleh para pekerja yang terdiri dari gadis cornel. Menurut
Harun Fadillah mereka berasal dari luar Kota Medan, ada yang
datang dari Tebing Tinggi, Tanjung Balai dan Binjai.
"Begini, kita ke rumah, memanda. Boleh berehat, boleh
makan dan sembahyang, memandang dari jauh perlu berehat.
Banyak cerita yang mahu saya sampaikan pada memanda,"
Harun Fadillah mengemukakan cadangan.
"Kedai kamu bagaimana?"
'Tak apa, biar pekerja saya uruskan."
Harun Fadillah segera memanggil seorang pekerjanya yang
berasal dari sebuah kawasan perkampungan kira-kira tiga
ratus meter dan Kabanjahe.
"Saya ada tamu dan mahu pulang, jam enam tutup kedai,
semua hasil jualan dan kunci kedai bawa ke rumah saya.
Kamu telefon abang Jamain. sewa keretanya untuk membawa kamu
ke rumah saya," satu arahan untuk pekerjanya
yang berkulit hitam manis, bersongkok.
"Baik, pak," jawab sipekerja.
Dengan kereta Fiat lama milik Harun Fadillah kami menuju ke
rumahnya. Sebaik saja daun pintu rumah terkuak,
seorang perempuan tua menyambut kami.
'Tamu dari Tanah Melayu, kawan karib arwah ayah." Harun
Fadillah memperkenalkan datuk dan saya kepada
perempuan yang menjadi pembantu rumahnya. Perempuan separuh
baya itu tersenyum dan anggukkan kepala.
"Saya ingat," sinar mata perempuan setengah baya
nampak bercahaya, "arwah ayah raja selalu menyebut tentang
kawan karibnya yang berkampung laman di Perak. Barangkali
inilah orangnya, kalau benar saya sungguh gembira,
khabarnya, orangnya serba boleh, handal dunia akhirat,"
biji mata perempuan separuh baya tertumpu ke arah datuk
yang kelihatan serba tidak kena.
"Iya," angguk Harun Fadillah.
"Oh, syukur saya pada Allah "
"Sudahlah tu, pergi buatkan air dan siapkan makan
tengahari untuk
tetamu kita ini."
"Baik raja."
"Arwah ayah selalu menyuruh pembantu rumah dan pekerja
di kedai memanggil saya sebagai Raja Harun Fadillah.
Ayah selalu berbangga dengan keturunan rajanya yang
menentang Inggeris di Tanah Melayu. Pada saya, gelaran raja
sudah lama saya buang," mungkin Harun Fadillah
merasakan sesuatu yang tidak kena, bila dipanggil raja oleh
pembantu rumah dihadapan datuk.
"Aku tahu ayah kamu, dia cukup menjaga adat, tengok
saja sampai sekarang kamu memangil aku sebagai Memanda,
kerana dia yang memaksa anak-anaknya supaya memanggil aku
cara begitu."
Kata-kata yang terkeluar dari mulut datuk disambut dengan
ketawa oleh Harun Fadillah bersama geleng kepala. Saya
turut tersenyum.
SERAMPANG 12
MALAM itu, selesai sembahyang Isyak berjemaah, kami duduk di
anjung rumah sambil melihat kerdipan bintangdan
bulan didada langit kota raya Medau.
Dari arah istana terdengar ketukan gong dan gesekkan biola
dari anak- anak muda di halaman Istana Maimun. Angin
malam membawa suara merdu ke gegendang telinga saya. Sungguh
merdu mereka mendendangkan irama Melayu Asli
membawa lagu Pasir Roboh, Sayang Salmah, Seri Mersing,
Serampang Dua Belas dan Damak.
Harun Fadillah memberitahu datuk yang isterinya sudah tiga
minggu pulang ke kampung halaman di Sayong, dekat
Kuala Kangsar. Ayah mentuanya bernama Shafie Wahab.
Isterinya pulang kerana urusannya perkahwinan adik
perempuan bongsunya.
"Bila dekat hari pernikahan kira-kira tiga minggu lagi
saya pergilah ke Sayong."
"Bagus tu, siapa lagi pergi ke sana?" tanya datuk.
"Kakak saya yang tua dan kakak nombor dua ikut
sama."
"Siang tadi Jamain bagi tahu aku, kakak sulung kamu
kerja dengan konsul (Indonesia) di Pulau Pinang. Siapa
namanya? Aku dah lupa. Dia tu anak kesayangan arwah bapa
kamu." datuk renung muka Harun Fadillah.
"Nama sebenarnya, Dang Haryani, kami panggil dia
Nonong," nada suara Harun Fadillah lembut sekali," memang dia
bekerjadi Pulau Pinang.
“Sekarang dia bercuti, ada di sini."
"Ada di sini?" Datuk tegakkan badan.
"Iya, memanda."
'Tapi, sejak aku datang, aku tak nampak batang hidung."
"Dia pergi ke Tanjung Pura."
Bila mendengar perkataan 'Tanjung Pura," saya tersintak
kerana nama Tanjung Pura tidak dapat dipisahkan dengan
nama penyair besar Nusantara AMIR HAMZAH yang dilahirkan
ditempat tersebut pada 28 Februari 1911. Saya salah
seorang daripada penggemarnya. Bait-bait sajak "Buah
Rindu" bagaikan terpamir dalam kalbu.
Datuk dan Harun Fadillah masih bercerita tentang Nonong
semasa kecil. Terbukti yang banyak tahu tentang Nonong si
zaman kanak-kanak ialah datuk.
Sudah tentu dia lebih banyak bercakap dari Harun Fadillah.
Dan saya terkhayal bersama alunan gesekkan biola dan
gendang yang tingkah meningkah dalam alunan irama Melayu
asli, batin saya bagaikan terpanggil menyorot sepintas
lalu tentang penyair besar itu yang mendapat pendidikan
formal dalam Bahasa Belanda.
Memperolehi sarjana muda dari Sekolah Tinggi Hakim-Jakarta
pada tahun 1931 dan pada tahun 1938, Amir Hamzah
dinikahkan oleh Sultan Langkat dengan Puteri Sulungnya yang
bernama Kamaliah. Semasa zaman revolusi Amir
Hamzah ditangkap dan dibunuh. Gugurlah penyair besar itu di
Kuala Bergumut sebagai pahlawan nasional.
Alangkah beruntungnya, kalau saya berkesempatan mengunjungi
tempat tersebut, fikir saya dalam hati.
"Kenapa dia bercuti ke Tanjung Pura?
BERCUTI
KENAPA dia tidak bercuti di tempat-tempat menarik di Tanah
Semenanjung?".
Suara datuk membantutkan khayalan saya tentang penyair
agung. Perlahan-lahan saya gerakan lidah menolak lelangit.
Beberapa saat berikutnya, saya lemparkan pandangan ke
halaman rumah menerusi pintu yang terbuka. Terasa angin
malam yang bertiup masuk ke ruang rumah lalu menyentuh wajah
saya. Mungkin juga wajah datuk dan Harun Fadillah.
"Dia ke rumah Khatijah kakak saya nombor dua. Dia
menikah dengan orang Tanjung Pura, suaminya kerja sendiri,"
Harun Fadillah memberi penjelasan sambil mengosok pangkal
dagu.
"Sudah ada anak?". Soal datuk sambil menyandarkan
badan ke dinding. Kaki kanannya dilunjurkan. Harun Fadillah
kerutkan kening seperti ada sesuatu yang difikirkannya.
"Ada dua anak, seorang perempuan, seorang lelaki.
Masing-masing berumur antara 10-11 tahun. Kakak sulung saya si
Nonong cukup sayang dengan anak-anak saudaranya. Masa
cutinya selalu dihabiskan dengan anak-anak saudaranya di
Tanjung Pura, jarang dia berada di sini," terang Harun
Fadillah.
Dari ruang dapur terdengar suara perempuan separuh baya
batuk. Beberapa minit kemudian perempuan separuh baya
itu diruang tamu.
"Makanan dah siap," katanya.
"Terima kasih kak, sekejap lagi kami makan."
"Kalau begitu, biarlah kakak balik dulu."
"Silakan," balas Harun Fadillah.
Dan perempuan separuh baya itu segera beredar.
Tanpa diminta, Hanin Fadillah menerangkan, sejak ayahnya
meninggal dunia pembantu rumahnya tidak mahu tinggal
dibilik yang disediakan. Sebaliknya dia lebih suka bemlang
dari rumahnya yang kira-kira dua ratus ela dari rumahnya.
"Selalunya, dia datang selepas subuh dan balik ke
rumahnya waktu begini," tutur Harun Fadillah. Datuk anggukkan
kepala, begitu juga dengan saya. Buat beberapa saat suasana
dalam ruang tamu terasa sepi sekali. Masing-masing
termenung dan menutup mulut.
"Maafkan aku Run."
Suara datuk memecahkan suasana dalam ruang tamu.
"Kenapa memanda?"
"Perkara yang mahu aku tanyakan ini, boleh menyinggung
perasaan kamu? Soalnya boleh atau tidak aku bertanya,"
datuk menarik nafas dalam dan melepaskannya dengan
perlahan-lahan. Saya kira hati datuk berdebar juga.
"Silakan."
Penuh keyakinan Harun Fadillah menghamburkan kata-kata.
Tetapi, datuk kelihatan ragu-ragu untuk melafazkan katakata.
Berkali-kali hujung jari kelingking kanannya mengaru-garu
hujung telinga kanan. Dia bagaikan mencari sebuah
keyakinan dan kekuatan dalam diri.
"Si Nonong tu, dah berumahtangga Run?".
"Belum Memanda," nada suara Harun Fadillah
merendah.
"Kalau begitu, kakak sulung kamu tu dah agak berumur.
Kenapalah dia berat jodoh sangat. Orangnya cantik, tak ada
cacat celanya. Pelajaran juga tidak kurang, kalau tidak
silap aku umumya dah masuk angka empat. Apalah malangnya,
anak angkat aku itu." Yang terbuku dikalbu datuk
Iuahkan.
DILIPAT
KAKI yang dilunjurkan dilipat kembali. Seluruh muka saya
menjadi sasaran biji mata datuk. Bila senyum terukir dibibir
datuk, perasaan saya berdebar. Tidak tentu arah. Macam ada
sesuatu maksud tersembunyi disebalik senyuman datuk
itu. Jangan-jangan orang tua ini membuat keputusan gila.
Agaknya. dia mahu menjodohkan aku dengan kakak si Harun.
Siapalah mahu memperisterikan anak dara tua empat
puluhan. Ramai lagi anak dara yang hampir sebaya aku boleh
dicari. Kalau tua setahun dua bolehlah juga. Ini jaraknya
makan mata dua puluhan. Mana ada jalan. Sesungguhnya,
bermacam-macam andaian muncul disanubari hasil daripada
senyuman misteri yang dibuat oleh datuk.
"Berkawan memang ada tetapi, tidak bersungguh-sungguh.
Kawan rapat pun tidak cuba masuk meminang," keluh
Harun Fadillah.
"Agaknya si Nonong yang tak mahu menikah?"
"Saya tak terfikir yang kak Nonong, begitu
Memanda."
"Pelik juga, agaknya belum jodoh," Datuk
mententeramkan keresahan batinnya.
"Agaknya," ujar Harun Fadillah,"apa yang
nyata, orang lelaki tidak mahu berkawan lama dengannya. Kawan-kawan
lelakinya macam tidak berselera mahu menjadikan Kak Nonong
sebagai ibu rumah. Macam ada sesuatu yang tidak
kena pada kakak, susah hati saya memikirkan tentang diri kak
Nonong."
"Pelik," keluh datuk.
Harun Fadillah menarik nafas. Jari-jemari tangan kanannya
terus memicit pangkal kepala. Dan untuk kesekian kalinya
datuk melunjur dan melipat kaki kanannya.
"Arwah ayah kamu tahu masalah ini, Run?"
Tiada jawapan yang datuk terima dari Harun Fadillah.
Datuk pun mengalihkan pandangan ke arah pintu rumah yang
terdedah. Dan deru enjin kereta jelas kedengaran. Jam di
dinding sudah menunjukkan ke angka sembilan.
"Kita makan dulu, kemudian baru kita sambung
cerita," Harun Fadillah mengeluarkan cadangan. Hati kecil saya
bersorak kegembiraan. Perut saya sudah terasa lapar.
"Mari"
Harun Fadillah segera bangun dan melangkah menuju ke ruang
dengan diikuti oleh datuk. Saya disu ruh oleh datuk
merapatkan daun pintu serta menguncinya sekali. Kemudian,
saya pun turut serta ke ruang dapur untuk menjamah
makan malam.
Bagi datuk, makan malamnya memadai dengan tujuh suap nasi,
sedikit ikan dan sejemput sayur. Penutupnya, segelas
air putih. Saya jangan kira, makan dengan sekenyang-kenyang.
Setelah selesai makan malam, kami kembali ke niang
tamu menyambung semula perbualan. perbincangan yang
terputus.
RUANG
SAYA merenung ke arah Harun Fadillah yang tersandar di sudut
ruang tamu. Buah halkumnya nampak bergerak-gerak.
Agaknya, dia menelan air liur. Di tiga jari-jemari tangan
kanannya menyentuh hujung dagu. Saya kira, dia sedang
mencari kata-kata sesuai untuk pembuka mulut bagi menyambung
kembali perbualan yang terputus.
Harun Fadillah seperti berada dalam suasana yang serba tidak
kena. Macam ada sesuatu yang mahu dihamburkan
kepada datuk. Tetapi, tidak dapat dilaksanakan dengan
sebaiknya. Bagaikan ada sesuatu yang menghalangnya.
"Kenapa kamu nampak resah semacam saja Run, susah
sangatkah kamu nak menjawab pertanyaan aku tadi?". Datuk
tatap biji mata Harun Fadillah.
"Iya," Harun Fadillah mengaku.
"Kalau kamu fikirkan perkara itu baik, jawablah. Kalau
buruk kamu lupakan saja," datuk memberikan jalan
penyelesaian.
"Sebelum ayah meninggal dunia, memang dia berusaha mahu
mencari memanda. Dua tiga kali dia datang ke Perak.
Malangnya, dia tak dapat jumpa memanda," Harun Fadillah
memulakan perbicaraan dengan teratur.
"Apa hajat arwah tu, Run."
"Ada sesuatu yang mahu disampaikan kepada
memanda."
"Dia tak cerita kepada kamu perkara yang mahu
disampaikan kepada aku," potong datuk dengan wajah serius. Saya
yang sejak tadi tunduk merenung lantai, segera angkat kepala
lalu merenung ke arah mereka berdua.
"Ada memanda."
"Apa dia Run?" sepasang biji mata datuk terbeliak.
"Dia suruh saya cari memanda sampai dapat, kata arwah
hanya memanda saja yang dapat menolong kak Nonong.
Memanda tahu rahsia keluarga kami, sama ada buruk atau baik.
Terutama tentang diri arwah emak yang dikatakan ada
kaitan dengan nasib malang yang dideritai kak Nonong,"
Harun Fadillah berhenti bercakap.
"Itu saja pesan arwah ayah kamu Run? Suara datuk
meninggi.
"Iya Memanda."
Harun Fadillah segera anggukkan kepala. Tindak-tanduknya
ketika itu tidak ubah seperti orang bodoh.