SEMASA mengadakan pertunjukkan di kawsan pendalaman, Jawa
Barat lebih tepatnya di daerah
Banten. Ani Cantik telah menemui seorang tua yang memang
handal dalam ilmu susuk. Dengan
bantuan orang tua itu Ani Cantik dibekalkan dengan sejenis
ilmu susuk yang cukup kuat
pengaruhnya. Setiap orang yang memandangnya, lebih-lebih
lagi kaum lelaki akan tertarik atau
jatuh hati padanya.
Kerana ilmu susuk yang dikatakan amat mujarab itu, Rani
cantik terpaksa patuh dengan syaratsyarat
yang ditetapkan oleh pemilik ilmu susuk.
Roda kehidupan "Ani Cantik" terus berputar.
Kemasyuhuran terus menguasai dunia bangsawan.
Tidak ada orang yang tidak kenal atau tidak tahu menyebut
nama "Ani Cantik." Banyak
kumpulan bangsawan yang lain gulung tikar kerana Ani Cantik.
Semasa bangsawan Inderapura mengadakan pertunjukan di
Tanjung Pinang-Riau. Seorang
saudagar muda yang membekalkan buah-buahan, sayur-sayuran
dan ikan basah dari Tanjung
Pinang ke Singapura dan Melaka terus jatuh dan gilakan Ani
Cantik setengah mati.
Saudagar muda yang kacak itu akan berusaha menghadirkan diri
di mana saja bangsawan
Inderapura mengadakan pertunjukan. Tidak mudah untuk
memenangi hati "Ani Cantik" terpaksa
bersaing dengan anak-anak muda lain.
Untuk memiliki "Ani Cantik" saudagar muda yang
berasal dari Kampung Serkam Melaka itu
terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang banyak untuk
meminangnya. Barang hantarannya juga
mahal-mahal belaka, kebanyakannya buatan luar negeri.
"Siapa orang muda yang beraya menakluk hati Seri
Panggung tu, memanda?" Nonong
mengajukan pertanyaan. Datuk sambut dengan senyum dan
diakhiri dengan ketawa kecil penuh
sinis.
"Kamu nak tahu orangnya, Nonong."
Nonong anggukkan kepala.
"Ayah kamulah, kawan memanda Raja Aminuddin, tak suka
dipanggil raja, dia muda lima belas
tahun dari aku. Baik orangnya, tinggi budi bahasa dan setia
bila berkawan. Pemurah orangnya."
"Dari mula saya dah agak, pemuda tu ayah saya,"
kata Nonong keriangan dan sebuah senyum
bangga terpamer di kelopak bibir. Tidak ada orang yang tidak
merasa bangga, bila ayah sendiri
dipuji orang, fikir saya dalam.
"Berbalik semula pada cerita tadi, aku mendapat tahu
semasa Rani Cantik memasang susuk, Si
dukun mengenakan syarat yang mesti dibuat. Kalau tidak
dipenuhi "Ilmu susuk" akan memakan
diri," Saya lihat datuk menelan air liur. Keberatan
untuk meneruskan kata-kata. Dia nampak
gusar semacam.
JEMU
BEBERAPA saat masa terus berlalu begitu saja. Bagi
menghilangkan rasa jemu, saya kembali
merenungkan dada langit. Awan berarak seperti tadi juga.
Entah mengapa, badan saya terasa seram sejuk. Nonong yang
tadi tenang nampak resah. Melagalagakan
gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali hingga menimbulkan
bunyi seperti orang
menarik kain kapan. Matanya mula merah dan nampak liar
semacam.
"Nonong, tenang Nonong. Bacalah surah Al-Ikhlas,
Al-Falaq dan AnAnas," datuk mengingatkan
Nonong.
Permintaan datuk segera dipatuhi oleh Nonong. Setelah
dilaksanakan ternyata kegelisahan yang
dialami terus hilang. Gigi atas dan gigi bawah tidak
dilagakan, mata yang merah kembali normal.
Saya yang secara diam-diam membaca surah yang disebutkan
oleh datuk tadi, tidak lagi
mengalami rasa seram sejuk.
"Apa syarat yang dituntut?"
Datuk menggigit bibir bawah. Renung ke dinding dan ke arah
tingkap seketika sebelum menatap
wajah Nonong dengan pandangan yang tajam tetapi, penuh
simpati.
"Rani Cantik mesti mempertaruhkan anak perempuan
sulungnya. Mesti dikahwinkan dengan
batu gunung yang ditemui di Kuala Sungai dengan kedudukan
batu menghala ke arah matahari
jatuh. Cara kebetulan anak perempuan sulung "Rani
Cantik" itu ialah kamu."
"Kenapa saya dijadikan taruhan dan korban?" Nonong
jengilkan sepasang biji mata sambil
menggenggam penumbuk. Datuk terus memujuknya agar bersabar.
"Kenapa emak bertindak begitu kejam pada saya? Apa
tujuan dia berbuat demikian?". Muncul
lagi pertanyaan dari Nonong. Wajahnya membayangkan rasa
kesal yang tidak penghujungnya.
Datuk mula menyedari, dia kini dalam keadaan terdesak. Kalau
lambat bertindak, mungkin
Nonong mengalami tekanan yang membawa kepada histeria,
menjerit tidak tentu fasal, meracau
tak tentu arah.
"Nonong bertenanglah, kisahnya belum habis. Aku
sekarang sedang berusaha membetulkan
kesilapan yang emak kamu lakukan. Kalau kamu tidak dapat
mengawal perasaan, tidak sabar,
semua usaha yang dibuat menjadi sia-sia Nonong."
"Maafkan saya memanda."
"Dengan mengahwinkan kamu dengan batu gunung, daya
pesona, seri wajah dan apa yang kamu
miliki akan berpindah ke wajah emak kamu. Emak kamu sentiasa
kelihatan berseri-seri. Nampak
menarik di mata siapa saja."
"Rasa macam tak percaya, susah untuk diterima
akal," Nonong berusaha sambil merenung
kosong ke arah pintu yang terdedah. "Tetapi itulah yang
terjadi, Nonong," keluh datuk penuh
kehampaan. "Apa tindakan selanjutnya, memanda."
"Kita bersurai, malam nanti lepas sembahyang Isyak,
kita baca Yassin. Kemudian kita samasama
masuk ke bilik rahsia emak kamu," datuk meluahkan
agenda selanjutnya.
"Adik saya Harun macamana?".
"Dia ikut sama. Dia waris kuat kamu. Lagi pun dalam
ilmu yang emak kamu amalkan, boleh
dihalang oleh anak bongsu lelaki dari berlanjutan pada waris
kamu pada masa akan datang,"
sebuah penerangan yang penuh yakin dari datuk untuk Nonong.
BERTINDAK
SETELAH selesai membaca surah Yassin, datuk menyuruh Harun
Fadillah memakai pakaian
serba putih. Nonong di minta jangan menukarkan telekung yang
dipakai. Saya disuruh memakai
kain pelikat tanpa baju. Kepala diikat dengan kain merah.
Seperti biasa, bila mahu melakukan tugas-tugas khas, datuk
akan mengenakan pakaian serba
hitam. Dan kerana mahu ikut serta dalam gerakan tersebut,
saya disuruh berpakaian ganjil kerana
saya orang luar. Tidak ada sangkut paut dengan keturunan
Nonong.
Tugas dimulakan oleh datuk menggunakan rotan untuk mengetuk
pintu bilik rahsia. Lima kali
ketuk, mangga tembaga terbuka sendiri. Ketukan kali keenam
daun pintu bilik terkuak sendiri.
Harun Fadillah meluru mahu masuk ke bilik rahsia.
"Jangan, nanti kamu terima padah," tahan datuk.
Semua biji mata tertumpu ke bilik rahsia. Kerana gelap tidak
ada satu pun yang kelihatan. Bila
direnung lama-lama, terasa seram.
"Ada lilin."
"Ada memanda," jawab Harun Fadillah.
"Ambil enam batang," nyalakan dan bagi seorang
dua. Bila sampai ke dalam letakkan rapat-rapat
di tempat yang agak tinggi. Arahan ini sekali saja tidak
akan diulangi lagi, faham."
"Faham," balas Harun Fadillah.
Semua arahan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Tugas
selanjutnya banyak dilakukan oleh
datuk tanpa memberitahu kami terlebih dahulu. Sepanjang
operasi berjalan, semuanya membisu.
Semuanya mengharapkan cahaya lilin. Saya tidak tahu kenapa
lampu letrik tidak dinyalakan.
Memang membosankan berada dalam bilik yang kekurangan
cahaya, pergerakan jadi terbatas.
Lebih dari sepuluh minit berada suasana yang serba tak kena.
"Onkan lampu," bisik datuk ke telinga Harun
Fadillah. Bagaikan kilat
Harun Fadillah menekan "Swich" lampu. Dengan serta
merta seluruh ruang bilik dilimpahi
cahaya terang benderang. Semuanya nampak cerah.
Masing-masing menarik nafas lega.
"Nonong, Harun, kamu lihat apa yang terletak di bucu
bilik."
Biji mata Nonong dan Harun Fadillah tertumpu ke arah yang
dikatakan oleh datuk. Saya juga
tidak mahu ketinggalan lalu merenung ke bucu bilik yang
keadaan tidak bersih. Nampak
berhabuk dan ada bungkusan yang dibalut dengan kain dua
warna hitam-putih.
"Harun Fadillah, kamu waris kuat dalam keluarga, ambil
bungkusan itu dan buka," sambil duduk
bersila, berpeluk tubuh di muka pintu datuk terus memberikan
panduan dengan kelopak mata
separuh pejam. Harun Fadillah nampak cemas mahu mematuhi
arahan. Renung ke arah kakaknya
seketika seolah-olah minta bantuan.
"Jangan lambat-lambatkan," datang lagi arahan dari
datuk. Kali nada suaranya keras dan
meninggi.
Harun Fadillah tidak ada pilihan. Antara berani dan takut,
bungkusan yang dibalut dengan dua
warna segera diambil dan dibuka. Sungguh mengejutkan, seketul
batu gunung kehitaman berkilat
dibalut dengan segumpal rambut yang hitam berkilat dan
seakan-akan memancarkan cahaya.
KECIL
SATU bungkusan kecil yang dibalut dengan kain kuning sebesar
tiga jari orang dewasa turut
ditemui di antara gumpalan rambut itu.
"Buka bungkusan kecil itu," arah datuk.
Terketar-ketar Harun membukanya. Mata saya dan mata Nonong
tidak bergerak melihat ke
arahnya. Dan bungkusan itu ditemui tujuh helai rambut yang
halus. Warnanya agak kekuningankuningan,
tidak ubah macam rambut bayi yang baru lahir dalam kotak
kecil, bersama daun
pandan kering tetapi, masih berbau.
"Semua barang-barang diletakkan dekat hujung kepala
lutut kiri aku. Jangan diangkat. Tarik
perlahan-lahan," nada suara datuk agak lembut. Tetapi,
perintahnya menyusahkan.
Menarik barang dalam kain bukanlah satu kerja mudah. Kenapa
tidak disuruh bungkus semula
kemudian diletakkan di hujung lutut. Bukankah cara itu lebih
mudah dan cepat. Begitu saya
membuat kesimpulan.
Walau apa pun arahan datuk itu tetap dipatuhi oleh Harun Fadillah.
Bila semua barang-barang
sudah berada di lutut kiri, secara perlahan-lahan datuk
membuka kelopak. Silih berganti dia
menatap wajah Harun Fadillah dan kakaknya (Nonong).
Tidak dinafikan dua bersaudara itu nampak pucat dan cemas
semacam. Saya berdebar menanti
arahan-arahan yang bakal dituturkan oleh datuk. Rasanya,
memang tidak ada untungnya saya
melibatkan diri dalam perkara ini. Tetapi, apakan daya sudah
terlanjur. Susah senang terpaksa
juga dihadapi.
"Harun, Nonong."
Dua bersaudara itu segera angkat muka, merenung ke arah
datuk dengan seribu pertanyaan.
Apakah arahan yang mesti dipatuhi. Apa yang dinanti, tidak
menjadi kenyataan. Dua minit
semasa berlalu begitu saja. Datuk tidak berkata sepatah
apapun. Asyik resah tidak menentu.
Macam ada perkara yang berputar dalam tengkorak kepalanya.
"Apa yang kamu lihat dihujung lutut ini, sebahagian
daripada barang yang mesti disediakan oleh
emak kamu, sesuai dengan kemahuan dukun susuk," ungkap
datuk.
Nonong dan Harun Fadillah anggukkan kepala.
"Aku tidak boleh menjelaskan perkara ini secara
terperinci, kecuali kamu berdua mahu tahu.
Jadi, kamu boleh bertanya sebelum pukul dua belas tengah
malam," sambung datuk.
"Apakah itu syarat dan pantang larangnya,
memanda?"
"Nonong memberanikan diri cuba bertanya.
"Kalau dilanggar apa padahnya?," susul Harun
Fadillah.
"Usaha aku untuk memulihkan kakak kamu tidak berjaya.
Malah, anak bini kamu menanggung
susah."
Nonong terkejut dengan penjelasan itu. Wajah Harun Fadillah
pucat. Datuk yang duduk bersila,
secara mengejut jatuh tersungkur ke depan, macam ada kuasa
ghaib yang menolaknya dari
belakang. Secara tidak semena-mena udara dalam bilik menjadi
panas, bagaikan berada di tepi
unggun api. Badan saya terus berpeluh. Rasanya seperti ada
sepasang mata berwarna hijau
muncul di dinding bilik dari arah belakang.
Dalam keadaan yang serba gawat dan cemas itu, datuk berjaya
duduk kembali seperti keadaan
asal. Serentak dengan itu suasana kembali tenang, rasa panas
yang membara dan mata hijau yang
ganjil terus lesap.
"Kerana benda-benda inilah adik-adik kamu dilarang
masuk ke dalam bilik khas ini," datuk
renung ke arah dua objek yang berada di hujung lututnya.
"Iya, saya ingat sekarang, kata-kata emak," Nonong
bersuara penuh perasaan. Wajahnya nampak
cerah dan matanya bersinar penuh ghairah membayangkan
sepenuhnya kepuasan yang tiada
taranya. Bagaikan orang haus mendapat air.
"Apa yang emak kamu katakan pada kamu Nonong."
"Bila emak, ajak saya masuk ke bilik khas. Saya minta
kebenaran supaya Khatijah ikut sama.
Emak tak benarkan, dia selalu berkata: Anak sulung yang
sudah susah dapat rezeki. Ruparupanya
ada perkara yang mahu dirahsiakannya," ucap
Nonong.Harun Fadillah menarik nafas.
Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
MENARIK
TIADA siapapun boleh menafikan bahawa apa yang dialami oleh
Nonong menarik dan
menyeronokkan. Ada ketikanya menakutkan, semuanya itu
menambahkan minat saya untuk
mengikutinya hingga akhir.
Mungkin, pada suatu masa kelak, cerita yang dikira tidak
masuk akal itu, boleh dikisahkan pada
generasi akan datang.
Sama ada mereka mahu percaya atau tidak itu hak mereka.
Setidaktidaknya mereka tahu bahawa
dunia ghaib tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan nenek
moyang mereka.
Malah ada yang mendampingi makhluk ghaib untuk tujuan
tertentu. Biasanya untuk kejahatan
yang akhirnya menjahanamkan diri manusia itu sendiri. Fikir
saya dalam hati.
"Sekarang ceritakan rambut siapa yang membungkus batu
gunung tu, memanda?" Nonong ingin
tahu. "Rambut emak kamu yang dicabut semasa bulan
mengambang, dibalut pada batu sebagai
tanda ikatan perjanjian dengan dukun susuk."
"Yang lagi satu tu?" Soal Harun Fadillah.
"Rambut kakak kamu yang semasa berusia 55 hari,
dipotong dengan bilah buluh tumpat semasa
matahari mahu naik. Ditaruh dalam seludang kelapa gading
bersama dengan daun pandan
diselitkan celah gempalan rambut emak kamu," datuk
berhenti bercakap.
"Tujuannya," desak Nonong.
"Macam aku katakan tadi, seri wajah kamu berpindah
kepada emak kamu. Kecantikan zahir yang
kamu miliki, tidak ada daya penarik, membuat orang lelaki
tidak minat. Dalam istilah ilmu hitam
disebut sebagai NIKAH SELUDANG"
Harun Fadillah dan kakaknya (Nonong) terkejut besar. Dan
mereka mengakui kalau datuk tidak
membuktikan kebenaran ceritanya. Mereka tidak akan percaya
perkara itu dilakukan oleh ibu
mereka.
"Sekarang terjawab sudah kenapa arwah ayah beria-ria
benar menyuruh saya mencari memanda.
Rupanya semua yang terjadi ada dalam pengetahuan
memanda," suara Harun Fadillah penuh
terharu.
"Dari dulu, aku sudah tahu arwah emak kamu banyak
melakukan perkara-perkara yang kurang
baik. Aku suruh berhenti. Malangnya dia tidak mahu. Arwah
ayah kamu juga gagal
memujuknya. Akibatnya, kamu yang tanggung derita,"
datuk tidak berhasil meneruskan katakata.
Dia tersendak.
Semasa datuk tersedak, saya rasa batang leher seperti
disentuh jari manusia yang tidak dapat
dilihat terasa amat sejuk sekali. Nonong menjerit dan Harun
Fadillah melompat macam ada
sesuatu yang mengusik mereka.
"Kenapa Nonong," tanya datuk.
"Saya rasa ada tangan menyentuh buah dada saya,
memanda."
"Ada jari panjang meraba leher dan telinga saya
sejuknya bukan main, macam tangan mayat."
"Hum... ," keluh datuk.
Kerana saya tidak ditanya, saya pun tidak menceritakan apa
yang saya alami. Apa yang saya tahu
tidak jauh bezanya dengan apa yang dirasai oleh Harun
Fadillah.
BERGERAK
TIBA-TIBA apa yang berada dalam bilik berterbangan. Tetapi,
anehnya benda yang berada di
kepala lutut kiri datuk tidak bergerak walau sedikit pun.
Keadaan itu membuat saya, Nonong dan
Harun Fadillah merasa cemas.
Memang cemas dan menakutkan, bila saya melihat tubuh Nonong
dan Harun Fadillah bergerak
dalam keadaan duduk dari sudut ke sudut, tidak ubah macam
berada di perahu yang dipukul
gelombang.
Nonong dan Harun Fadillah terkapai-kapai, mulut mereka
terbuka dan cuba berkata sesuatu ke
arah saya dan datuk. Malangnya, suara dua beradik itu tidak
keluar. Paling mengerikan, bila
tubuh mereka terangkat dan cuba bergerak ke arah pintu. Pada
ketika itu, datuk segera bangun,
dari mulumya keluar beberapa ayat Quran penghalau syaitan.
"Aduh !"
Jerit Nonong dan Harun Fadillah serentak. Kedua-duanya jatuh
terperosok di sudut dinding, di
mana bungkusan ganjil itu ditemui. Dengan susah payah mereka
bangun, lalu duduk bersila di
tempat asal.
"Sebelum tengah malam, sebelum pukul dua belas, kita
mesti selesaikan semuanya ini," datuk
melahirkan sebuah keazaman. Dari nada suara dan gaya dia
bercakap, nampaknya datuk tidak
mahu bertolak ansur lagi. Segala-galanya mahu diselesaikan
dengan segera.
"Api," kata datuk.
Dengan jari telunjuk, saya menunjukkan ke arah enam batang
lilin Salah satu lilin itu masih lagi
terbakar. Lilin yang masih menyala itu datuk ambil.
Setelah mengemaskan silanya serta mempastikan kedudukan batu
gunung yang dibalut dengan
rambut serta tujuh helai rambut dalam seludang pinang berada
di hujung lutut kirinya, perlahanlahan
datuk menghalakan di hujung lilin ke arah objek tersebut.