BARANGKALI cara terbaik yang wajar saya lakukan ialah,
keluar dari ruang rumah yang
melemaskan itu. Tinggallah Andi Kamarool yang tidur mati.
Tetapi cara itu bukanlah perbuatan
yang terpuji. Hanya orang yang mementingkan diri sendiri
saja yang sanggup melakukan perkara
tersebut. Adat berkawan sudah senang sama- sama dilalui dan
dirasai.
Persoalan itu, mungkin cara mendadak dalam kepala. Agak
sukar untuk membuat keputusan.
Setelah difikirkan dengan semasak- masaknya, saya memutuskan
tidak akan meninggalkan Andi
Kamarool sendirian. Biarpun apapun yang akan berlaku, saya
tetap bertahan di ruang tamu. Tidak
akan lari ke mana-mana, tetap bersama-sama Andi Kamarool.
Saya renung lelangit ruang tamu semuanya nampak macam biasa.
Saya toleh ke arah dupa, asap
kemenyan tetap mengepul. Dengan hati- hati tubuh Andi
Kamarool saya goncang. Dia tidak juga
membuka mata, malah makin lena tidurnya. Saya dekatkan bibir
ke telinganya.
"Andi bangun ," bisik saja.
"Hummm...," terdengar suara dengan mata terpejam.
Gegendang telinga saya menangkap, suara
orang sedang bercakap dalam bahasa yang sukar dimengertikan.
Tidak dapat dipastikan dari arah
mana suara itu datang. Dan suara itu hilang begitu saja.
HATI
SUPAYA hati jadi tenang dan aman, saya pun membaca surah-
surah Quran mana yang teringat
oleh saya ketika itu. Pada peringkat awalnya, saya tidak
dapat membaca dengan baik. Ada saja
benda- benda pelik yang berlari di lantai. Semuanya saya
tentang dan semakin hebat saya
membaca, makin hebat pula kejadian- kejadian luar biasa yang
saya alami.
"Ya Allah, beri aku kekuatan," pohon saya dalam
hati.
Andi Kamarool yang terbujur terus bangun, berjalan ke setiap
sudut ruang dengan mata tertutup.
Bersilat dan menari. Semua yang terjadi membuat saya lemas
dan cemas. Lebih dari sepuluh
minit Andi Kamarool melakukan perkara tersebut. Ayat- ayat
Al- Quran yang saya baca mula jadi
lintang pukang. Tidak tentu arah.
"Bummmmmm.......Ahhhh..."
Saya lihat Andi jatuh di lantai. Bergolek macam gasing dan
berhenti sebaik saja tubuhnya
terkandas di tepi dinding. Aneh sungguh, dia tidak juga
terjaga atau membuka mata. Tidurnya
bertambah lena dengan dengkur yang memang. Saya mengigit
bibir sambil merenung ke arah
dupa yang baranya sedang marak.
Secara mengejut, bara dalam dupa terus menyala. Apinya
menjulang mencecah langit rumah.
Beberapa ekor cicak yang terkena bahang panas, jatuh
terkapar di lantai.
Belumpun sempat saya memadamkannya, api yang menjulang
segera mengecil dan akhirnya
hilang. Tetapi, ketul-ketul bara dalam dupa terus merah
menyala serta mengeluarkan bunga api
kecil, berterbangan berlegar-legar dalam ruang. Macam ada
kuasa tertentu yang meniup atau
menghembusnya.
ASAP
SEMUA kejadian aneh yang tidak masuk akal itu, berlangsung
kira- kira setengah jam lebih.
Mungkin kerana dimasuki asap kemenyan atau memang sudah
kepenatan menyebahkan mata
saya berair.
Dua tiga kali saya menguap, badan terasa amat letih.
Akhirnya, saya rasa mengantuk sekali. Saya
sedar, kalau saya terlena atau tertidur dengan sendirinya
saya tidak dapat membaca ayat- ayat
Quran.
Akibatnya, mungkin saya berdepan atau mengalami perkara-
perkara yang lebih dahsyat lagi.
Kerana itu. saya harus berjuang agar tidak terlelap walaupun
sesaat. Sepasang biji mata saya
jengkilkan. tangan terus mencampakkan butir- butir kemenyan
ke perut dupa menambahkan lagi
keadaan pengap di dalam ruang oleh asap kemenyan. Saya
renung ke arah Andi Kamarool. dia
tetap seperti tadi, tidur mati dengan dengkur yang keras.
"Andi.....," pekik saya dengan harapan Andi akan
terjaga. Harapan saya tidak berhasil. Andi
Kamarool terus berdengkur.
"Huuuhhhhh......."
Ada suara dari arah belakang. Saya segera menoleh. tidak ada
apa yang saya lihat kecuali asap
kemenyan. Sayup-sayup terdengar kokok ayam bersahut-sahutan.
Badan saya mula mengigil
kesejukkan. Saya terus hempas pulas menahan kelopak mata dari
bercantum. Lima enam kali
saya tersengguk- sengguk.
Dalam batas sempadan antara terjaga dan menjelang tidur,
saya ada rasa seekor binatang yang
mendekati. Dalam keadaan yang samar itu. saya dapat
mengenali binatang yang mendekati saya
itu ialah seekor naga (yang selalu dimainkan oleh kaum Cina
dimusim perayaan tahun baru
mereka). Mata naga memancar cahaya merah, biru dan warna
kuning keemasan.
Kerana kehadirannya memperlihatkan sikap untuk bersahabat
membuat saya tidak takut dan
cemas kepadanya. Tanpa berfikir panjang saya terus berdiri
di depannya. Kerana si naga
menjunjung emas berlian dan intan permata di sisi geliganya,
kepingin saya memiliki barangbarang
berharga itu.
"Boleh aku minta emas berlian milik kamu," kata
saya.
Dengan serta merta si naga mendengus kemarahan dan
menghembuskan nafas kepada saya.
Badan saya melayang dan terus terdampar ke dinding, seluruh
kulit badan terasa panas bagaikan
terbakar.
Memang tidak di duga, kata-kata yang dihamburkan beberapa
saat tadi boleh menyebabkan si
naga naik darah dan terus mengamuk. Saya ketakutan dan
berlari ke setiap sudut ruang. Si naga
terus memburu sambil mulutnya mengeluarkan bebola api ke
arah saya. Seluruh badan menjadi
lemah. tidak bermaya mahu melangkah. Dan akhirnya saya
terjaga dengan dada yang berdebar,
tercunggap-cunggap cemas sekujur tubuh di basahi peluh.
"Kenapa Tamar? Muka kamu pucat badan kamu
berpeluh".
Pertanyaan Andi Kamarool tidak dapat saya jawab. Mukanya,
saya renung. Hidungnya kembangkempis
menyedut udara dalam ruang. Matanya mula berair akibat
dimasuki asap kemenyan.
Seluruh sudut ruang jadi sasaran biji mata Andi Kamarool.
'Kamu bakar kemenyan, Tamar?"
"Iya," saya mengangguk.
"Patutlah satu ruang tamu bau kemenyan, pening kepala
aku dibuatnya.
Kamu sengaja mencari penyakit Tamar",
"Aku tak sengaja Andi".
"Tak sengaja atau memang disengajakan untuk mencari
sesuatu," tokok Andi Kamarool dengan
wajah serius. Saya terus membisu.
"Jangan fikir apa- apa lagi, pergi mandi. Subuh dan
masuk, kita sembahyang bersama. Sebelum
masuk bilik air, buka semua jendela. Biar bau asap kemenyan
hilang," Andi Kamarool menambah.
Gesaannya saya patuhi. Bila daun tingkap terbuka, bau
kemenyan beransur kurang. Udara pagi,
mula berlegar-legar dalam ruang. Kicau burung mula
kedegaran. Di kaki langit fajar mula bangkit.
Dengan langkah yang lemah saya menuju ke bilik air.
HIDANGAN
SETELAH selesai menunaikan fardu subuh, kami dapati hidangan
untuk sarapan sudah tersedia.
"Cuma ini saja yang ada, kuih jemput pelapik perut dan
kopi panas," Mia yang berdiri diambang
pintu bersuara. Terkejut juga saya, bagaimana Mia boleh
masuk sedangkan pintu berkunci.
Tetapi, bila memikirkan rumah miliknya, pasti dia ada kunci
pendua.
"Bila keluar nanti, pintu jangan dikunci. Kalau dikunci
susah pula Kak Sun nak mencuci rumah.
Ada bekal untuk kamu berdua di situ," jari telunjuk Mia
menunding ke arah sumpit mengkuang
yang tersandar di dinding.
"Apa bekalnya?" Tanya saya.
"Nasi lemak sambal tumis ikan bilis, sebaik-baiknya ,
kamu berdua jangan makan di kedai, aku
ucapkan selamat jalan".
"Mia....," suara Andi Kamarool terus mati. Dia
tergamam. Melihat Mia melangkah keluar. Wajah
Andi Kamarool nampak sedih sekali.
"Barangkali dia sedih, tidak sampai hati nak bercakap
dan melihat wajah kamu," saya
menenangkan perasaannya.
"Barangkali ," keluh Andi Kamarool penuh kelesuan.
Ketika kami berada di gigi jalan menanti kenderaan untuk ke
Sungai Penuh. Haji Simpul datang
menemui kami. Setelah berjabat tangan. Haji Simpul
menghadiahkan senyum mesra untuk kami.
"Apa yang kamu buat malam tadi Tamar?"
Itu yang ditanyakan oleh Haji Simpul kepada saya. Sukar
untuk menjawabnya. Haji Simpul terus
menentang anak mata saya Renungannya membuat dada berdebar
dan ada resah semacam.
"Berterus- terang saja dengan aku, Tamar," Hai
Simpul terus mendesak. bila melihat saya enggan
membuka mulut.
Kerana tidak mahu menghampakan harapannya, saya ceritakan
apa yang telah saya alami malam
tadi. Selesai saja saya bercerita Haji Simpul dan Andi
Kamarool gelengkan kepala. Dan dalam
suasana dingin pagi, Haji Simpul dan Andi Kamarool menyesali
perbuatan saya. Menurut mereka,
perbuatan tersebut boleh mengundang kecelakaan pada diri.
Sesungguhnya, saya menyesali dengan apa yang saya lakukan.
Hati kecil saya berjanji tidak akan
mahu mencuba atau berusaha menemui hantu atau apa saja yang
ada hubungan dengan makluk
ghaib Saya tak sanggup menerima atau menanggung risiko.
Ada pelbagai risiko yang menanti. Takdirnya, saya jatuh gila
terpaksa mencari orang yang lebih
handal untuk mengubatinya. Andainya, tidak ada orang yang
mampu mengubatinya, meranalah
saya sepanjang hidup. Saya terus jadi gila sampai mati.
Mengenangkan itu saya termenung
panjang dan bersyukur kerana saya tidak mengalami apa- apa.
MEMBISU
"LAIN kali, jangan buat perkara macam itu," tutur
Haji Simpul sambil membetulkan hujung
serbannya yang menutup hidung akibat ditiup bayu pagi yang
agak kencang. Saya terus
membisu. Tidak wajar untuk saya memberikan sebarang komen.
Mungkin kerana kesejukan, Andi
Kamarool terus memeluk tubuh.
“Aku tahu, apa mulanya kamu memang tidak sengaja. Tetapi,
dari tidak sengaja. Tetapi. dari tidak
sengaja itu mendorong kamu untuk mencuba meminta sesuatu,
betul tak cakap aku Tamar?" Haji
Simpul merenung biji mata saya. "Betul tuan haji".
"Kamu minta harta kerana kamu mahu kaya?" Saya
mengangguk. Senyum Haji Simpul kian lebar.
Saya semakin sedar, apa yang saya lakukan malam tadi, memang
kerja yang sia-sia.
"Perbuatan yang membuang masa, nasib baik kamu tidak
ditimpa celaka," kali ini suaranya agak
meninggi. Bunyi deru injin kederaan yang melintas di depan
membuat perasaan kami kurang
aman. Nasib baik tidak banyak kenderaan yang lalu lalang.
Rasa dingin terus menguasai diri saya.
"Kamu mesti ingat Tamar, Allah telah menciptakan
manusia sebagai makhluk yang sempurna dan
mulia. Kepada Allahlah manusia mohon restu dan pertolongan,
bukannya kepada makhluk atau
roh yang tidak tentu asal usulnya," bisik Haji Simpul
ke telinga.
"Saya faham tuan haji".
“Kalau dah faham, jangan buat lagi".
"Saya berjanji," itu ikrar saya di depan Haji
Simpul dan Andi Kamarool turut mendengar ikrar
tersebut.
TAHAN
TETAPI, berusaha melepaskan manusia dari jadi hamba jin,
hamba syaitan adalah kerja yang
murni. Kerana itulah aku bersedia membantu kamu berdua,
tujuan kamu untuk menyelamatkan
Mia dan Harison," Kali ini sepasang biji mata Andi
Kamarool tertumbuk ke paras Andi Kamarool.
Kami melihat sebuah lori kecil datang dari arah depan. Haji
Simpul segera ke tengah jalanraya lalu
menahan lori kecil yang sarat membawa sayur- sayuran. Dengan
serta- merta lori itu berhenti.
"Ada apa halnya ayah cik ?"
Pemandu lori kecil menjulurkan kepala. Injin segera
dimatikan. Tiada jawapan dari Haji Simpul
untuk pemandu lori kecil berkepala merah. Haji Simpul segera
menghampiri si pemandu. Mereka
bercakap, bagaikan orang berbisik. Saya kurang senang dengan
cara yang dilakukan oleh Haji
Simpul macam ada sesuatu yang mahu disembunyikan daripada
kami berdua.
Dengan langkah yang lemah. Haji Simpul menjarakkan diri dari
si pemandu dan lori. Dia segera
mendekati kami.
"Drebar lori itu. anak saudara aku. Dia setuju bawa
kamu berdua ke Sungai Penuh," semacam ada
nada bangga terlontar dari kelopak bibir Haji Simpul. Dia
segera mengambil beg pakaian kami lalu
belakang lori.
Tanpa mahu berfikir panjang, saya terus meluru ke bahagian
belakang lori. Andi Kamarool juga
turut berbuat demikian. Kami sama-sama memanjat lori dan
segera duduk di celah bakul sayur,
beberapa hari kelopak kobis yang gugur segera jatuh atas
riba saya. Bau dari bakul sayur yang
kurang menyenangkan itu membuat kami terbatuk. Andi Kamarool
seperti merunggut, mungkin
dia merasa tidak selesa duduk berhimpit dengan bakul sayur.
"Tamar, Kamarool bukan di belakang, duduk di depan
dekat drebar," suara Haji Simpul meninggi.
Kami segera turun dari belakang lori dan melangkah lemah
menuju ke bahagian depan. Sebaik
saja kami sampai dekat pintu lori, pemandunya melompat turun
lalu menghulurkan tangan Kami
sambut salam perkenalan dan pcrsahabatan penuh mesra.
"Duduk di belakang tak selesa, nanti seluruh badan bau
sayur. Duduk di depan dekat saya," turut
si pemandu dengan mesra. Harga senyumannya murah sekali.
Haji Simpul yang berdiri dalam
jarak sepuluh kaki dari kami tersenyum bangga.
"Ayahcik belum perkenalkan, siapa mereka kepada
saya," pemandu lori merenung tepat ke wajah
Haji Simpul.
"Oh ya, aku terlupa".
Dengan serta merta Haji Simpul kerutkan kening . Kemudian
dia menerpa ke arah saya dan Andi
Kamarool dan kami segera dipeluknya. Ketawanya tidak putus.
"Ini, yang di sebelah kiri aku, namanya Tamar.
Disebelah kanan aku namanya Andi Kamarool,"
tutur Haji Simpul. Ketawa yang terputus disambungnya
kembali. Telapak tangannya terus
menepuk- nepuk bahu kami.
"Ada kaitan keluarga dengan kita?" Soal pemandu
lori.
"Ada".
"Dari sebelah mana? Barangkali dari sebelah isteri
ayahcik. agaknya," si pemandu kian ghairah
bertanya.
"Dari aku tak ada. Dari sebelah bini aku pun tak
ada".
"Habis dari keluarga nama ayahcik?"
"Keluarga dan saudara sesama Islam," balas Haji
Simpul. Si pemandu anggukkan kepala.
"Mereka dari mana, ayahcik?"
"Tamar dari tanah semenanjung, Andi dari Kalimantan,
mereka ke mari kerana nak cari
pengalaman baru di rumah batu dan ladang misteri".
"Kalau begitu, mereka berdua memang hebat orangnya
ayahcik".
"Aku tak berani nak kata apa- apa, kamu tanyalah
mereka," ujar Haji Simpul. Si pemandu ketawa
kecil. Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan.
Ungkapan-ungkapan yang terhambur dari bibir Haji Simpul
tidak saya senangi. Ada unsur
menyindir dan mengejek. Sebenarnya, dia tidak perlu menyebut
yang kami, mahu cari
pengalaman di rumah batu da di ladang Mia. Saya kira
kata-kata itu terlalu peribadi. Apakan daya,
kami tidak mempunyai kuasa untuk menutup mulutnya.
"Sekarang kamu berdua boleh pergi".
Haji Simpul segera menjatuhkan tangan sebelah kiri dan kanan
yang memeluk pinggang saya dan
Andi Kamarool.
"Aku ucapkan Selamat Jalan," tambahnya lagi.
"Mari ikut, saya terlupa pula nak cakap, nama saya Abu
Zaharin, panggil saya Abu, sudahlah," si
pemandu yang bertubuh kecil, sulah dahinya luas tetapi,
rambutnya tidak lebat. Agak jarang di
bahagian tengah kepala, menarik tangan kami ke tempat duduk.
Saya dan Andi Kamarool
mengikut saja, macam kerbau dicucuk hidung.
Injin lori kecil segera dihidupkan.
"Kami pergi dulu, tuan haji," saya dan Andi
Kamarool bersuara serentak.
"Semoga Allah memberkati peralanan kamu bertiga, jauh
dari bahaya dan petaka," Haji Simpul
menadah kedua belah tangannya kelangit.
"Pergi dulu ayahcik".
Haji Simpul anggukkan kepala.
JAMU
Lori kecil, kepala merah pun bergerak perlahan-lahan. Saya
lihat Haji Simpul melambai-lambaikan
tangannya ke arah kami. Makin lama makin laju lori bergerak
meninggalkan Haji Simpul dan
kawasan ladang milik Mia.
Sudah dua puluh minit perjalanan, kami bertiga tidak
bercakap sepatah apapun. Masing-masing
dengan hal sendiri. Abu Zaharin begitu tenang memaut dan
memulas setering kereta. Sesekali dia
bersiul kecil membawa lagu padang pasir. Mata saya terus
dijamu dengan pepohon yang
menghijau di kiri kanan jalanraya.
Dan matahari pun mula memancarkan ke arah pepohon di kaki
dan puncak gunung. Bila sinarnya
tertampar di permukaan air sungai yang mengalir lembut akan
memantulkan cahaya yang kilaukemilau.
Suasana begini, membuat saya terasa segar, tidak jemu dan
sekaligus merasa kagum
dengan ciptaan Allah Yang Maha Besar.