DIKEJAR ORANG TUA BERSERBAN KUNING


                                                                           
DEMIKIANLAH diberitahu oleh Meon kepada saya mengenai Ulung Bahar. Dari apa yang diceritakan oleh Meon itu saya dapati dia bukanlah orang dukun yang mengamalkan cara perubatan tradisional. Kalau dukun tentulah dia menggunakan ramuan seperti bunga-bunga, bertih direndang, kemenyan dan sebagainya.
Cara yang dilakukan oleh Ulung Bahar ketika mengubat Orang Besar samalah seperti yang pernah dilakukan oleh Pak Tua Mahat, Aki Sahak dan Tok Aji. Berbeza dengan Pak Tua Mahat dan Aki Sahak, Tok Aji adalah guru agama yang mempunyai madrasah sendiri. Sebab itulah saya berminat sangat mahu bertemu muka dengan Ulung Bahar ini.
Saya datang ke rumah Meon di Gombak kira-kira jam 9.00 malam kerana mahu menetapkan hari bilakah dia akan balik ke kampungnya. Memang saya tertarik hati mahu mengenalinya. Ulung Bahar hanya menggunakan doa-doa tertentu saja dari ayat-ayat Quran, dan bukannya menggunakan jampi mentera. Dia juga tidak menggunakan ramuan seperti bertih, kemenyan, limau, bunga-bunga sebagaimana yang lazim digunakan oleh dukun-dukun. Inilah persamaan yang dapat saya lihat antara Ulung Bahar dengan Pak Tua Mahat dan Aki Sahak.
Macam ustaz buat apa lagi jumpa Ulung Bahar... kata Meon sebaik saja saya masuk ke rumahnya.
Orang macam tu patut kita jumpa jelas saya lalu duduk. "Orang tua banyak pengalaman..." ujar saya tertawa.
Saya agak orang macam ustaz ni memang suka sangat Ulung Bahar nak berjumpa isteri Meon menyampuk.
Ah, apa sangat saya ni... saya serba salah bila dikatakan begitu.
Sebenarnya saya baru setahun mengenali Meon dari seorang kawan. Kawan saya itu mengidap sakit lelah beberapa tahun. Meon telah membawakan dia berjumpa dengan Ulung Bahar. Katanya penyakit lelahnya itu sudah beransur baik. Dialah yang membawa saya pula bertemu dengan Meon. Dari Meon pulalah saya mendengar cerita Ulung Bahar mengubat Orang Besar yang hilang tenaga kelelakian itu. Tidak lama kemudian Simah isteri Meon meminta masuk ke bilik kerana dia merasa pening kepala. Tinggallah saya dengan Meon berbual-bual kosong. Pada mulanya saya tidak berniat untuk lama di rumah Meon, tetapi bila Meon bercerita mengenai beberapa kisah di kampungnya yang melibatkan Ulung Bahar, saya tertarik hati pula mahu mendengarnya.
Kata Meon, satu waktu dulu kampungnya diganggu oleh lembaga hitam pada setiap malam. Lembaga hitam ini akan masuk ke dalam rumah dan mencabul wanita-wanita dengan sesuka hatinya. Kebanyakan wanita itu tidaklah diperkosanya, hanya dibukakan pakaian wanita berkenaan, kemudian dia melarikan diri. Bagaimanapun Ketua Kampung enggan melaporkan kepada polis, kerana orang-orang kampung mahu menangkap sendiri, siapakah yang melakukannya.

Seorang janda beranak terjerit bila tiba-tiba satu lembaga hitam menjelma di depannya. Jeritannya hanya sekaligus saja, kerana selepas itu dia terus kebingungan akibat dipukau oleh lembaga berkenaan. Lembaga hitam itu telah membuka pakaian janda tadi hingga tidak tinggal sebenang pun. Sebelum lari meninggalkan wanita tersebut dia memangkahkan kapur pada kemaluan janda itu. Satu malam sampai lima enam orang diganggunya. Dia tidak peduli sama ada anak dara, janda atau isteri orang, semua diganggunya. Setelah ditelanjangkan dia akan memangkah kemaluan wanita tersebut dengan kapur. Apakah tujuannya tidak pula diketahui.
Anehnya rumah-rumah yang berdekatan dengan Ulung Bahar tidak pula diganggunya. Apabila diberitahu pada Ulung Bahar dia juga tidak dapat memberi jawapan. Katanya sukar juga mahu memerangkap lembaga hitam itu, keran tidak tahu rumah mana yang akan diganggunya.Kalau kita tahu rumah siapa mahu diganggunya, mudahlah kita memerangkap dia... jelas Ulung Bahar.
Apa tujuannya lembaga hitam ni Ulung? Ketua Kampung hairan dengan suasana yang melanda kampung.
Ah, ilmu sesat. Ilmu orang tak ingat Allah... beritahu Ulung Bahar selamba.
Bagaimanapun tiap-tiap malam Ketua Kampung mengarahkan penduduk-penduduk kampung berkawal malam. Lembaga hitam itu pula bagaikan tahu di mana penduduk-penduduk kampung berkawal. Dan dia akan datang mengganggu rumah yang jauh dari kawalan. Sebenarnya Ulung Bahar boleh memerangkap lembaga hitam berkenaan sekiranya mendapat kerjasama dari penduduk-penduduk kampung. Sayangnya, penduduk-penduduk kampung sendiri tidak mahu bersatu apabila diajak berkumpul di surau. Ulung Bahar mengajak mereka membaca Yassin beramai-ramai supaya lembaga hitam itu tidak dapat lagi masuk mengganggu.
Tetapi sebahagian besar penduduk mahu menangkap lembaga hitam itu. Mereka mahu tahu siapakah orangnya yang berani melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Disebabkan Ulung Bahar enggan menerima cadangan orang-orang kampung yang berdendam mahu menangkap lembaga hitam tersebut, maka mereka telah menemui seorang dukun bernama Pak Musiro. Pak Musiro mendakwa dialah yang menjadi guru kepada lembaga hitam yang mengganggu orang-orang kampung. Mengikut cerita Pak Musiro seorang pemuda telah datang menemuinya untuk belajar ilmu ghaib. Bila ditanya siapakah pemuda berkenaan, Pak Musiro tidak mahu menerangkannya.
Nantilah, bila dapat kita tangkap, kalian semua akan tau... kata Pak Musiro.
Pak Musiro ini dipercayai memiliki ilmu ghaib. Pernah di zaman pemerintahan Jepun dia mahu ditangkap oleh askar-askar Jepun. Tetapi askar-askar Jepun tidak menemuinya. Semasa darurat juga gerila komunis mahu menangkapnya, tetapi tidak dapat dikesan di mana dia bersembunyi. Satu hari seekor babi hutan telah masuk ke kampung menyerang beberapa orang penduduk. Tetapi apabila terserempak dengan Pak Musiro babi hutan itu berpusing-pusing mencari Pak Musiro. Sempat pula Pak Musiro mengasah parangnya sebelum menetak kepala babi itu sampai tersungkur mati.
Mungkin kerana mendengarkan cerita kehebatan Pak Musiro inilah pemuda berkenaan ingin sangat mempelajari ilmu ghaib dari orang tua tersebut.
Ilmu ghaib macam mana yang kau nak belajar? tanya Pak Musiro.
Ilmu ghaib yang ada pada Pak Musiro sahut pemuda berkenaan.
Ilmu ghaib ni ilmu jahat... beritahu Pak Musiro menjelaskan kepada pemuda itu. "Tetapi kalau mahukan ilmu supaya tidak ditemui oleh musuh, kau boleh amalkan dari Surah Yassin" dia menerangkan selanjutnya.
Saya bukannya ada musuh... kata pemuda itu tersengih-sengih.

Pak Musiro telah menerangkan satu cara yang paling sulit dilakukan dengan harapan pemuda tersebut tidak jadi meneruskan uasahanya mahu menuntut ilmu ghaib. Lagi pun Pak Musiro bukanlah bersungguh-sungguh mengajarnya. Dia hanya menerangkan satu perkara yang dia sendiri tidak pernah melakukannya. Pendek kata apa yang dicakapkan oleh Pak Musiro itu hanyalah rekaan semata-mata.
Kata Pak Musiro. "Kalau kau berani cubalah".
Cuba macam mana? pemuda itu mendesak.
Aku ingat lebih baik tak usah dia masih lagi mencari akal apakah cerita yang hendak direkanya.
Saya sanggup buat apa pun Pak Musiro tegas pemuda berkenaan.
Akhirnya Pak Musiro mendapat satu akal. Dia percaya tentu pemuda itu tidak akan sanggup melakukannya. Memang kalau orang yang waras fikiran pun merasa tidak munasabah dengan apa yang disebutkan oleh Pak Musiro.
Apabila ada orang mati, kau ambil abuk papan lahad yang diketam. Dibakar dan ambil abunya. Lepas itu semasa mayat sedang dimandikan, kau masuk ke bawah rumah tempat mayat itu dimandikan dan taburkan abu papan itu di kepala... ujar Pak Musiro tersengih-sengih kerana pemuda tadi percaya sangat dengan apa yang dicakapnya.
Lepas tu apa saya nak buat? tanya pemuda berkenaan dengan yakin.
Kalau ada apa-apa datang, kau curilah apa saja barangnya kata Pak Musiro seterusnya.
Lagi... pemuda tersebut sedikit pun tidak ragu-ragu akan cerita Pak Musiro.
Kalau ada sesiapa mengejar kau carilah sungai, dan cepat-cepat menyeberang ujar Pak Musiro.
Pemuda itu mengangguk lemah. Terasa padanya terlalu berat mahu melakukan seperti yang diterangkan oleh Pak Musiro. Namun dia tidak sedar bahawa Pak Musiro hanya berolok-olok saja untuk melemahkan semangat dia dari meneruskan cita-citanya mahu belajar ilmu ghaib. Bagi Pak Musiro orang yang akan mengejar sekiranya pemuda itu meneruskan cita-citanya mestilah keluarga si mati. Tentulah mereka marah apabila ada orang melakukan perbuatan demikian semasa si mati dimandikan. Sebab itulah dia sentiasa tersengih-sengih bila memberitahu demikian.
Selepas itu Pak Musiro tidak tahu apa yang berlaku ke atas pemuda tadi. Apabila orang-orang kampung gempar dengan kejadian lembaga hitam mengganggu dan datang menemuinya, Pak Musiro mula teringatkan kepada pemuda yang pernah menemuinya untuk belajar ilmu ghaib itu. Hanya orang yang melakukan ilmu halimunan saja yang boleh hilang dari pandangan orang ramai. Orang-orang kampung menjadi bingung kerana lembaga hitam itu boleh masuk ke dalam rumah mangsa mengikut lubang yang boleh ditembusi angin. Bagaimana rapat dikunci pun pintu dan tingkap, dia boleh masuk selagi ada lubang yang boleh ditembusi angin.
Setelah berjanji untuk menangkap lembaga hitam tersebut, Pak Musiro pun bersiap-siap dengan ramuan dukunnya. Dia menyediakan tujuh jenis bunga, tujuh biji limau dan tujuh geluk air yang diambil dari tujuh batang sungai. Dia akan memanggil lembaga hitan itu datang ke rumahnya dan akan menggunakan 'pasung bumi' iaitu ilmu kebatinan yang mengunci musuh tidak dapat mencari jalan keluar untuk melarikan diri. Penduduk-penduduk kampung yang ditugaskan membantu Pak Musiro juga bersiap sedia di sekitar rumah Pak Musiro. Mereka akan menyerbu sebaik saja mendapat isyarat dari Pak Musiro.
Kira-kira jam 9 malam, Pak Musiro memulakan tugasnya. Dia mencucukkan tujuh batang lidi kepada setiap biji limau dan direndamkan ke dalam tujuh geluk yang berisi air dan tujuh jenis bunga. Kemudian Pak Musiro membakar kemenyan sambil mulutnya kumat-kamit membaca mentera. Lama dia membaca menteranya, tiba-tiba dia hilang dari pandangan orang ramai. Selepas itu mereka terdengar bunyi pergelutan di sekitar rumah itu. Meon yang ditugaskan oleh Pak Musiro membakar kemenyan apabila dia sudah hilang dari pandangan, terus membakar kemenyan yang siap dijampi oleh Pak Musiro.
Orang ramai mahu membantu tidak dapat kerana masing-masing tidak nampak siapakah yang bergelut. Hanya barang-barang di dalam rumah itu saja tunggang-langgang seperti dirempuh. Mereka semua menjadi cemas juga kerana tidak tahu siapakah akan tewas dalam pergelutan itu. Dalam masa mereka tidak ketahuan itu tiba-tiba Pak Musiro terpelanting di hadapan mereka. Termengah-mengah Pak Musiro menahan kesakitan. Mulutnya kelihatan berdarah dengan seluruh badannya calar balar.
Pak Musiro terbaring di lantai dalam keadaan tidak sedar diri. Orang-orang kampung semakin cemas melihatkan Pak Musiro tidak sedarkan diri setelah dipercayai bergelut dengan lembaga hitam yang mengganggu penduduk-penduduk kampung selama ini. Dua hari Pak Musiro tidak sedarkan diri. Nafasnya mengombak-ngombak. Kuku kaki dan tangannya sudah menjadi lebam. Melihatkan keadaan Pak Musiro semakin tenat Meon pun menyuruh isteri Pak Musiro memanggil Ulung Bahar. Orang-orang kampung selama ini tidaklah menganggap Ulung Bahar sebagai dukun, tetapi sebagai orang tua yang banyak pengalaman saja. Lagi pun Ulung Bahar sendiri tidak suka dirinya dipanggil dukun seperti Pak Musiro.
Jiran-jiran masih ramai berkumpul di rumah Pak Musiro semasa Ulung Bahar datang. Ketua Kampung juga ada sama menziarahi Pak Musiro. Mereka semua merasa terhutang budi kepada Pak Musiro yang sanggup menyabung nyawa untuk menyelamatkan penduduk-penduduk kampung. Ulung Bahar memegang kepala Pak Musiro. Kesan calar-balar di tunbuhnya juga menjadi lebam.
Musiro bernasib baik... keluh Ulung Bahar perlahan. "Dia hampir berjaya, tetapi tak ada orang membantu. Musuhnya hampir kalah, tetapi cepat mendapat bantuan" katanya macam kesal. Kekesalan yang terpancar di mata Ulung Bahar, ialah orang-orang kampung hanya berharap kepada Pak Musiro semata-mata. Mereka tidak tahu bagaimana harus membantu bila seseorang seperti Pak Musiro menentang gangguan syaitan. Kalau ada salah seorang darinya azan, sudah tentu Pak Musiro lebih mudah menjalankan tugasnya. Disebabkan tidak ada sokongan itulah Pak Musiro dapat ditewaskan.
Minta aku air sejuk segelas... Ulung Bahar meyuruh isteri Pak Musiro ambilkan air. "Meon, ambil wudhuk" perintahnya lalu berpaling pada Meon. Tidak bertangguh Meon mengambil wudhuk. "Azan..." katanya lagi sambil mencapai gelas air yang dihulurkan oleh isteri Pak Musiro. "Jangan berhenti selagi aku tak suruh" dia memberitahu Meon. Meon pun azan seperti yang disuruh oleh Ulung Bahar. Kira-kira sepuluh kali Meon azan barulah disuruh berhenti oleh Ulung Bahar. Ketika ini dia merenung ke dalam gelas air di depannya. Ulung Bahar tersenyum sedikit bila merenung ke dalam gelas.
Bodoh! itu saja yang orang ramai dengar terkeluar dari mulut Ulung Bahar. Selepas itu mereka melihat mulut Ulung Bahar terkumat-kamit dengan mata terpejam rapat.
Sebenarnya Ulung Bahar sudah ternampak Jalit abang Meon sedang diubat oleh seorang lelaki tua berserban kuning. Jubahnya juga kuning seperti kain Sami Budha. Apabila mereka berdua nampak Ulung Bahar mereka cuba melarikan diri. Ketika ini Pak Musiro sudah menunggu di muka pintu, lalu mereka bertarik-tarikan. Sebelah tangan Jalit ditarik oleh lelaki tua berserban kuning itu, manakala sebelah lagi ditarik oleh Pak Musiro.
Kau ajar dia jadi jahat! pekik Pak Musiro menendang dada lelaki tua berserban kuning itu.
Bukankah kau yang suruh dia datang kepada aku? lelaki tua itu mengejek.
Aku tak suruh...! sahut Pak Musiro marah.
Jangan pula kau berdalih lelaki tua berserban kuning itu menampar muka Pak Musiro. "Kau suruh dia datang belajar dengan aku, sekarang kau nak berdalih!" ujarnya masih memaut tangan Jalit. Sementara Jalit pula menjadi bingung tidak bertindak apa-apa walaupun tangannya dipegang oleh orang tua berserban kuning dengan Pak Musiro. Terkejut juga Pak Musiro bila dituduh demikian. Dia tidak pernah menyuruh Jalit menuntut dari sesiapa pun.
Semua pertengkaran ini dilihat oleh Ulung Bahar. Tetapi yang menerima akibat dari pertentangan itu ialah Jalit dan Pak Musiro sendiri. Mereka berdua yang cedera, manakala lelaki tua berserban kuning itu tidak menanggung apa-apa kecederaan. Setiap tendangan kaki Pak Musiro yang menyinggahi dada lelaki itu semuanya menuju ke sasaran dada Jalit. Seolah-olah Jalit menjadi pelindung lelaki tua berkenaan apabila Pak Musiro membuat serangan.
Jalit cakapkan siapa yang suruh kau datang menemui aku? soal orang tua berserban kuning.
Pak Musiro... beritahu Jalit.
Jangan berdusta Jalit! marah benar Pak Musiro bila Jalit menuduh dia demikian.
Bukankah Pak Musiro menyuruh aku curi kulit papan yang diketam untuk papan lahad? Jalit mengingatkan Pak Musiro. "Pak Musiro suruh aku bakar, Pak Musiro suruh aku ambil abunya. Pak Musiro suruh aku mandi bawah air mandi mayat. Pak Musiro suruh aku taburkan abu kulit papan ke kepala aku...!" jelasnya bergema memukul gendang telinga Pak Musiro.
Cukup...! pekik Pak Musiro marah. Merah padam mukanya bila mengingatkan balik peristiwa dia menipu Jalit yang bersungguh-sungguh sangat mahu belajar ilmu ghaib. Rupa-rupanya Jalit betul-betul melakukan seperti apa yang disuruhnya, padahal dia hanya mereka-reka supaya Jalit lemah semangat.
Sebaik saja diberitahu oleh Pak Musiro petua-petua mencari ilmu ghaib, Jalit tidak memikirkan sama ada Pak Musiro memperolok-olokkan dia atau tidak. Dia sudah nekad akan mencuba seperti apa yang dicakapkan oleh Pak Musiro. Ilmu yang dituntut mestilah atas keyakinan diri sendiri. Sama ada ajaran guru itu betul atau salah tidak boleh difikirkan. Inilah pendirian Jalit apabila menerima peraturan yang disuruh oleh Pak Musiro kalau mahukan ilmu menghilangkan diri.
Kebetulan tidak lama kemudian ada orang meninggal dunia di kampung itu. Jalit terus menziarahi si mati dengan nekad akan melakukan seperti yang dikatakan oleh Pak Musiro. Semasa orang mengetam papan untuk dibuat papan lahad, Jalit terus mengumpulkannya dan membawa ke lubang sampah. Pada penglihatan orang ramai Jalit sangat rajin membantu dengan membuangkan sampah tersebut. Di situ dia membakar sampah papan diketam tadi. Abunya dibungkus dengan sapu tangan. Dia menunggu sehingga mayat dimandikan di atas rumah kira-kira jam 12 tengah hari. Orang ramai tidak menyedari bahawa dia sudah pun mencangkung di bawah rumah bersetentangan dengan mayat hendak dimandikan. Sebaik saja derau air yang mula dari mayat itu jatuh ke bawah rumah, teruslah menimpa kepala Jalit yang sudah ditaburkan dengan abu sampah papan diketam.
Belum pun selesai mayat itu dimandikan, Jalit nampak lelaki tua datang bertongkat ikut sama mandi bersamanya. Lelaki itu tidak bercakap sepatah pun. Sebelum masuk mandi bersama dengan Jalit, dia meletakkan serban kuningnya pada gelegar rumah, manakala tongkatnya tetap dipegang di tangan. Jalit memerhatikan apakah barang yang harus dilarikannya dari orang tua itu. Kalau mahu dilarikan tongkat, orang tua itu masih menggenggam tongkatnya erat-erat. Akhirnya terlintas di kepalanya untuk melarikan serban yang tersangkut pada gelegar rumah. Itu saja barang yang ada pada orang tua itu tidak dipakainya.
Setelah melihat orang tua itu asyik mandi di bawah air mandian mayat tadi, Jalit pun meluru mencapai serban kuning yang tersangkut di gelegar. Serentak dengan itu dia mendengar orang tua itu menjerit memanggil dia dan mengejarnya dari belakang. Jalit pun lari sekuat hati menuju ke arah sungai. Dia sempat menyeberang sungai. Orang tua yang mengejarnya dari belakang tadi tidak dapat menyeberang.

Pulangkan serban aku! pinta orang tua tersebut.
Tidak... sahut Jalit berbangga dengan kejayaannya melarikan serban orang tua yang sama-sama mandi air mayat tadi. "Sekarang serban ni kepunyaan aku. Kalau kau mau marilah menyeberang sungai ke sini..." dia megejek-ngejek.
Memang aku nak beri kau orang tua itu tersenyum. "Memang aku tau kau berhajat sangat hendakkan ilmu ghaib. Kau boleh memakai serban itu, tetapi ada syaratnya" beritahu orang tua itu.
Apa syaratnya?
Senang saja...
Kalau aku tak ikut syarat?
Aku ambil semula serban
Ah! aku tak percaya! Jalit cuba mengelak dari syarat yang hendak dikenakan oleh orang tua tersebut.
Orang tua itu menunding jarinya ke arah Jalit. Dengan tiba-tiba saja serban kepunyaannya melayang dari tangan Jalit terus masuk berlingkar ke hujung tongkat. Jalit terlopong dengan tindakan orang tua berkenaan. Ternyata dia tidak dapat melawannya. Jalit tidak mempunyai apa-apa kelebihan bagi mempertahankan diri dari tindakan orang tua tadi. Dia hanya melakukan seperti apa yang disuruh oleh Pak Musiro dengan tidak bertanyakan lebih lanjut bagaimana kalau dia tidak boleh melawan dugaan.
Sekarang kau percaya atau tidak? tanya orang tua itu ketawa berdekah-dekah mengejek Jalit.
Pucat muka Jalit. Dia percaya dirinya tidak akan dapat lari ke mana. Kalau serban di tangannya lagikan mudah dirampas kembali oleh orang tua itu, tentulah dia juga tidak akan dapat  melarikan diri.
Aku percaya... sahut jalit lemah. "Cakaplah apa syaratnya?" tanya Jalit mengharapkan pertolongan dari orang tua tersebut.
Kau mesti mencabul 44 orang perempuan! ujar orang tua itu memberikan syaratnya. "Tetapi ingat, kau tidak boleh menodai seorang pun..." katanya memberi amaran.
Lama Jalit berfikir sama ada mahu menerima syarat tersebut atau tidak. Alang kepalang dia sudah pun hampir mencapai maksudnya. Cuma syarat itu saja mesti dilakukan.
Ingat 44 orang perempuan dalam masa dua minggu! tegas orang tua itu lagi.
Baiklah, aku sanggup Jalit memberi pengakuan.
Kau mesti tandakan sebagai bukti kau telah mencabulnya! katanya lagi.
Baiklah! sahut Jalit tegas.
Serban kuning itu dipulangkan semula kepadanya. Apabila dipakai di kepala Jalit merasakan dirinya boleh berlari kencang. Dia boleh melompat melepasi sungai. Alangkah gembiranya kerana dapat memenuhi maksudnya.

Kalau kau tak berjaya mencabul 44 orang perempuan, serban itu aku ambil semula beritahu orang tua itu menghilangkan diri dari pandangannya.
Untuk memenuhi tuntutan itulah Jalit terpaksa melakukan perintah orang tua berjubah dan berserban kuning itu. Apabila dia balik ke rumah hari itu dia telah bertemu Meon sedang mengembala lembu masuk ke kandang. Jalit memanggil Meon, tetapi Meon berpusing-pusing mencari suara Jalit yang memanggilnya. Apabila serban itu ditanggalkan barulah Meon melihat dia. Meon juga tidak nampak serban yang dipegang di tangannya. Sejak itulah kegemparan berlaku di kampung itu mengenai lembaga hitam mengganggu perempuan. Setiap malam sekurang-kurangnya tiga orang perempuan telah dicabul. Kemaluannya dipangkah dengan kapur. Kesemua mangsa mengakui bahawa mereka tidak dinoda oleh lembaga hitam tersebut.
Hinggalah Jalit tidak dapat mengelak bila bertembung dengan Pak Musiro. Dia sudah berjaya mencabul hampir 30 orang perempuan bila namanya diseru oleh Pak Musiro. Apabila dia mahu menyerah kalah kepada Pak Musiro, orang tua yang memberikan dia serban kuning itu datang menjelma. Orang tua itu memerintahkan dia supaya menentang Pak Musiro. Terpaksalah Jalit menentang Pak Musiro. Tetapi setiap kali memberi tentangan, serangan Pak Musiro terlalu keras. Dia tidak dapat bertahan dari serangan Pak Musiro. Mujurlah orang tua berjubah kuning itu datang menolongnya. Orang tua itu meresap ke dalam tubuhnya lalu sama-sama menyerang Pak Musiro. Akhirnya Pak Musiro terpelanting tidak berdaya lagi untuk bangun menentang.
Jalit juga mendapat cedera parah. Bagaimanapun cederanya dapat diubat oleh orang tua yang menolongnya. Hinggalah Ulung Bahar datang menjelma, barulah Pak Musiro kembali bertenaga untuk melepaskan dia dari genggaman orang tua tersebut.
Kenapa kau lari? jerkah Ulung Bahar bila melihat orang tua berserban kuning bergegas-gegas menarik Jalit, tetapi ditahan oleh Pak Musiro. "Kau takut pada aku?" kata Ulung Bahar menghentakkan tumitnya ke lantai rumah. Terpekik jalit bila Ulung Bahar menekan tumitnya ke lantai. Orang tua berserban kuning itu tertawa berdekah-dekah bila Jalit terpekik.
Kau takkan menang Bahar... ejeknya menyakitkan hati Ulung Bahar.
Pak Musiro juga masih memaut tangan Jalit. Dia tidak berjaya melepaskan Jalit dari orang tua berkenaan. Kalaulah Pak Musiro dapat melepaskan tangan Jalit dari genggaman orang tua itu, tentulah mudah bagi mereka menyerang orang tua tadi. Syaitan yang menjelma sebagai orang tua itu berjaya menggunakan Jalit menjadi pelindungnya apabila diserang oleh manusia. Tetapi Ulung Bahar bukan semudah itu hendak ditentang oleh syaitan. Dia tidak putus asa apabila Jalit dijadikan pelindung syaitan. Ulung Bahar terus azan hingga menggegarkan kawasan rumah Jalit. Pak Musiro tetap berpaut pada tangan Jalit walaupun gegaran bertambah kuat.
Musiro, kuatkan zikir kau... Pak Musiro mendengar Ulung Bahar membisikkan sesuatu ke telinganya. Pak Musiro mengangguk. Dia berzikir mengingatkan kudrat dan iradat Allah. Ketika ini dia merasa gegaran itu tidak menyusahkan dirinya. Pak Musiro terselamat dari gangguan gegaran apabila Ulung Bahar azan. Hanya orang tua itu saja terhumban ke kiri ke kanan tidak dapat berjejak. Gegaran semakin kuat.
Nanti... orang tua itu merayu meminta Ulung Bahar berhenti azan. Tetapi tangannya tetap berpaut pada Jalit.
Lepaskan Jalit dulu... perintah Ulung Bahar. Dia tidak memberhentikan azannya. Semakin galak Ulung Bahar azan berulang kali, semakin kuat gegaran di sekitar rumah Jalit. Orang tua itu terumbang ambing macam bertih direndang dalam kuali terlompat ke kiri ke kanan.

Tolong berhentikan! Aku tau kau tak sama dengan Musiro. Aku kalah dengan kau, tolong... rintihnya memanjang.
Lepaskan Jalit dulu... tegas Ulung Bahar. Selagi dia tidak melepaskan Jalit, Ulung Bahar tidak akan berhenti azan. Tidak tahan dengan gegaran yang semakin kuat orang tua itu terpaksa melepaskan Jalit. Sebaik saja Jalit dilepaskan, Ulung Bahar menyuruh Pak Musiro lindungkan Jalit. Dia tahu Jalit tidak bersalah. Jalit hanya terpengaruh dengan ilmu sesat yang ditunjukkan oleh syaitan.
Aku tak bermusuh dengan kau gerutu orang tua itu marah. "Aku bermusuh dengan Musiro, biarkan saja Musiro melawan aku" ujarnya menyimpan dendam pada Pak Musiro.
Kalau kau tak mahu bermusuh dengan aku, biar aku yang bermusuh dengan kau sindir Ulung Bahar.
Jangan! Aku tak mahu bermusuh dengan kau...! sahut orang tua itu lemah.
Aku nak bermusuh dengan kau...! jerkah Ulung Bahar.
Mengapa pula? dia sengaja mencari jalan mahu mengelakkan diri dari bertentang dengan Ulung Bahar.
Memang syaitan musuh aku! balas Ulung Bahar menampakkan kebenciannya.
Aku nak berlawan dengan Musiro... beritahu orang tua itu lagi.
Kenalah langkah mayat aku dulu! Ulung Bahar terus mencabar.
Orang tua itu berlegar-legar mahu menerkam ke arah Pak Musiro. Belum sempat dia menerkam, Pak Musiro menendang dadanya. Terpelanting orang tua itu akibat ditendang oleh Pak Musiro. Masa ini dia tidak dapat lagi menggunakan Jalit  sebagai pelindungnya. Dia terpaksa menanggung sendiri kesakitan akibat tendangan kuat dari Pak Musiro. Marah benar dia ditendang oleh Pak Musiro. Cepat-cepat dia bangun mahu membalas semula. Dia menerkam tetapi sempat dielak dengan pantas oleh Pak Musiro.
Di depan Bahar kau memang handal... bentak orang tua itu marah.
Baca Fatihah Musiro... bisik Ulung Bahar.
Pak Musiro membaca Fatihah tiga kali. Satu putaran angin kencang memutar orang tua tersebut seperti uri gasing berputar ligat. Jeritan orang tua itu bergaung di dalam putaran angin kencang itu. Lama dia diputar angin kencang orang tua itu jatuh tersungkur di depan Pak Musiro.
Sekarang kau nak lawan Musiro lagi? kata Ulung Bahar mengejeknya.
Orang tua itu tidak dapat bergerak lagi selepas diputar angin kencang tadi. Ternyata dia terlalu lemah untuk bangun semula. Selama ini dia tidak gentar kalau menentang Pak Musiro. Walaupun Pak Musiro dukun terkenal, tetapi dia tahu mempermainkan Pak Musiro. Apabila kalah dia akan berundur buat sementara dulu. Kemudian akan datang semula mengganggu. Tetapi dengan Ulung Bahar dia tidak berpeluang mahu mengelak. Ke mana saja bersembunyi dapat diekori oleh Ulung Bahar. Sebab itulah sedapat-dapatnya dia mahu mengelak dari bertemu dengan Ulung Bahar.
Sekarang kau lawanlah Musiro... ulangi Ulung Bahar.
Kau tolong dia, fasal itu aku tak terlawan rintihnya menyimpan dendam pada Pak Musiro.
Aku tak tolong dia, kau yang tak terlawankan dia Ulung Bahar mengejeknya.

Orang tua itu bangun terhuyung hayang. Dia masih berdendam pada Pak Musiro. Sebaik saja dia mahu menerkam, Ulung Bahar membisikkan ke telinga Pak Musiro supaya membaca Surah Al-Ikhlas, Pak Musiro membacanya tiga kali. Tiba-tiba bukit bukau berterbangan menimpa ke arah orang tua itu. Jerit orang tua itu bergema menahan kesakitan. Pak Musiro melihat orang tua tersebut terhimpit di bawah bukit bukau yang berterbangan menimpanya. Apabila dia membuka mata, dilihatnya Ulung Bahar ada di sebelahnya. Malam itu juga Pak Kadut ayah Meon datang memanggil Pak Musiro kerana Jalit diserang sakit sesak nafas tiba-tiba. Alangkah terperanjatya dia bila diberitahu Pak Musiro masih belum pulih dari sakit. Bagaimanapun Ulung Bahar mendoakan segelas air dan menyuruh Pak Kadut membawanya pulang. Air itu hendaklah diberi minum pada Jalit dan disapukan ke dadanya.
Itulah ceritanya ustaz... kata Meon mengingatkan semula kisah abangnya tersalah tuntut ilmu. Sebelum saya balik malam itu, kami telah berjanji fasal mahu menziarahi Ulung Bahar. Ketika saya mahu balik terdengar Simah isteri Meon memekik dari dalam bilik. Bergegas-gegas Meon masuk ke bilik bila mendengar isterinya memekik sebentar tadi. Sebentar kemudiannya dia keluar semula dalam keadaan cemas.
Jangan balik dulu ustaz... katanya rusuh. "tolong tengokkan Simah dulu" ujarnya tidak ketahuan.
Astaghafarullah hala'zim... keluh saya mengikut Meon mendapatkan isterinya di bilik.

TAMAT

DIDATANGI KELAWAR MATA MERAH



SAYA jadi bosan berhadapan dengan kerenah datuk dan Harun Fadillah, tidak habis-habis
dengan persoalan keluarga. Dan saya tidak berdaya keluar dari suasana yang menjemukan itu.
Saya tidak berani menyatakan rasa bosan itu kepada datuk. Takut kena herdik. Mahu tidak mahu,
terpaksa menjadi manusia pendengar yang paling setia di dalam suasana yang sungguh
menjemukan perasaan.
Secara mengejut telapak tangan kiri datuk menepuk lantai. Dengan serta merta dia bangun
seperti mahu membuka buah silat. Bersama wajah yang tenang, datuk mendada melangkah ke
pintu.
"Husss..... "
Datuk mendengus dan serentak dengan itu dia menolak daun pintu. Aneh sungguh, pintu yang
diselak terbuka sendiri. Angin malam pun merempuh masuk, sambil berdiri di muka pintu datuk
merenung ke arah halaman Istana Maimun.
"Lagi apa katanya, Run?"
Datuk memusingkan badan, membelakangi halaman Istana Maimun merenung ke arah saya dan
Harun Fadillah.
"Arwah memberitahu saya, semua rahsia, semua pantang larang sudah diceritakan kepada
Memanda semasa hayatnya. Bila sampai masanya Memanda akan menolong, jika diminta," suara
Harun Fadillah tersangkut- sangkut. Mukanya nampak cemas.
Angin malam bertambah hebat merempuh masuk membawa kertas dan dedaun ke ruang tamu.
Beberapa ketul bebatu kecil berterbangan menghentam belakang datuk. Dengan pantas datuk
memusingkan badan lalu merapatkan kembali daun pintu yang terbuka. Perlahan-lahan datuk
melangkah ke arah kami, terus duduk bersila ditempat semula.
Ada sesuatu yang ganjil dapat saya rasakan pada diri datuk. Dia berhadapan dengan kami. Mata
kami dengan matanya berlaga tetapi, dia tidak melafazkan sepatah kata Dengan tenang sepasang
tangannya di dakap ke dada. Kedua-dua belah kelopak matanya dirapatkan dan sepasang
bibirnya bergerak-gerak. Kerana akrab dengannya saya dapat membaca gerak bibirnya. Saya
pasti, datuk membaca surah yassin hingga tamat.
Perlahan-lahan datuk membuka kelopak mata. Seluruh dahinya berpeluh dan beberapa bahagian
bajunya basah kerana peluh. Dari arah dapur terdengar seperti ada orang yang berjalan. Dengan
secara tiba-tiba saja, bulu roma saya tegak berdiri. Datuk renung muka Harun Fadillah.
"Dalam rumah ni, ada bilik larangan dan...... "Datuk berhenti bercakap. Badannya terlayah ke
belakang seperti ada yang menolaknya. Bersusah payah datuk membetulkan kedudukan
tubuhnya kembali.
Bila dirasakan cukup selesa, sepasang mata datuk mula melilau ke setiap sudut ruang. Dan
renungan itu terpaku pada daun pintu yang bermanggakan tembaga putih. Tidak berkelip datuk
merenung ibu kunci yang tergantung di situ.
"Agaknya, bila aku boleh berjumpa dengan si Nonong, Run?" dengan segera datuk mengalih
pandangan dari pintu bilik bermangga tembaga putih ke wajah Harun Fadillah yang nampak
resah tidak menentu. Seluruh wajah Harun Fadillah berada dalam anak mata saya. Penuh debar
saya menanti jawapan yang bakal ditutUrkan oleh Harun Fadillah untuk datuk.
PARAS
TERLALU lambat rasanya Harun Fadillah mahu membuka mulut. Jawapan dari Harun Fadillah
menentukan, sama ada saya berpeluang untuk melihat rupa kakak sulungnya. Memang, saya
teringin sekali mahu melihat kecantikan paras rupa si Nonong sebagaimana yang didakwa oleh
datuk. Adakah Nonong lebih cantik dari Mia gadis keturunan harimau?
"Dua hari lagi, Memanda."
Suara Harun Fadillah penuh keyakinan. Dia menarik dan melepaskan nafas. Dan kali ini biji
mata datuk yang bercahaya ditentangnya.
"Kalau begitu, aku tunggu kepulangannya," datuk tegakkan batang leher, sinar matanya
memancarkan sebuah keyakinan.
"Itulah yang sebaik-baiknya dan itulah yang harapan saya," wajah Harun Fadillah dibalut
keriangan. Senyum pun berlari dikelopak bibirnya.
BIOLA
SUARA alunan biola dan gendang dari halaman Istana Maimun sudah lama berhenti. Deru
kereta sudah agak berkurangan tetapi, lampu jalanan terus mengerdip. Kedinginan malam terasa
mengigit kulit. Masalah Nonong, sudah tidak menjadi bualan atau perbincangan utama antara
datuk dengan Harun Fadillah. Jam tua di dinding pun berdenteng sebelas kali.
"Mengantuk?" Soal Harun Fadillah bila dia melihat saya menguap panjang.
"Boleh tahan lagi," saya menjawab.
Harun Fadillah senyum, dia sudah menyediakan bilik yang berasingan untuk saya dan datuk.
Bilik besar yang berdepan dengan beranda untuk datuk. Saya disuruh tidur dibilik kecil
bersebelahan dengan bilik yang pintunya bermangga tembaga putih.
Pada mulanya, saya berhasrat tidak mahu tidur dibilik yang ditawarkan. Sebabnya, bukan apaapa.
Setiap kali saya memandang mangga tembaga putih yang tergantung dipintu, terasa seram
dan bila direnung lama-lama, pandangan saya jadi berpinar-pinar. Kepala terasa pening. Tekak
jadi loya dan mahu muntah.
Bila difikirkan, mungkin itu adalah perasaan semata-mata. Hasrat itu saya saya batalkan.
Lagipun jarak antara bilik saya dengan bilik datuk tidak jauh. Jika terjadi sesuatu yang diluar
dugaan saya, saya boleh memanggil atau berlari saja ke bilik datuk. Saya menguap lagi, entah
kali yang ke berapa saya sendiri tak tahu.
"Nampaknya kamu dah mengantuk, pergilah tidur," Harun Fadillah tersenyum ke arah saya.
Barangkali, dia sudah menghirung berapa kali saya tersengguk. Kalau tidak, masakan dia boleh
memberikan komentar sedemikian, fikir saya.
"Pergilah tidur," datuk menyokong saranan Harun Fadillah.
Saya segera patuh dengan saranan mereka berdua, terus bangun. Dengan dada yang berdebar
saya melangkah ke bilik bermangga tembaga. Sebelum mangga tembaga disentuh, saya renung
ke arah Harun Fadillah dan datuk.
"Tidak berkunci, mangga kecil sengaja ditaruh disitu," terang Harun Fadillah," tolak saja pintu."
Saya amat penjelasan itu dengan wajah tenang dan senyum. Kedudukan mangga, saya alihkan
dan daun pintu ditolak. Suis lampu saya petik.
Seluruh ruang bilik terang benderang. Ada katil bertilam tebal dengan cadar kain berwarna
belang harimau, sarung bantalnya pula kain yang bercorak kulit ular sawa. Bantal peluk dengan
sarung kain yang bersorak kulit buaya. Ada meja kecil dan lampu untuk membaca, terdapat
beberapa buah majalah hiburan terbitan Kota Medan.
PATUNG
BERSEBELAHAN susunan majalah terdapat sepasang patung kuda sedang berlaga yangdibuat
daripada kayu keras. Patung yang sudah dikilat dengan sejenis kimia nampak bercahaya. Bila
kaki patung itu disentuh dengan hujung jari, seluruh sendi tangan saya seperti terkena kejutan
letrik. Saya batalkan hasrat hati untuk menyentuh atau melurut seluruh badan patung tersebut.
Tingkap kamar saya buka, kelihatan kabus nipis mula bangkit. Kubah Masjid Raya jelas
kelihatan. Sekumpulan kelawar liar berterbangan sambil berbunyi. Melepaskan makanan (buah)
yang digonggong, menimpa pondok burung merpati berdekatan. Kerana terkejut beberapa ekor
burung merpati berterbangan.
Saya terperanjat, kumpulan kelawar liar itu terus menyerang burung merpati yang terbang tidak
keruan, di malam kelam. Seekor merpati yang menjadi mangsa, entah macam mana masuk ke
bilik, jatuh terkapar dilantai hujung katil. Burung itu menggelepar kesakitan sebelum keras dan
kaku dilantai.
Merpati malang itu saya periksa dengan teliti. Satu persatu bulu lehernya saya selak dan saya
temui dua lubang kesan gigitan dari gigi yang tajam. Ada darah beku di situ.
"Keriaaaaaaaakkkkk......
Merpati ditangan, saya lepaskan. Mata saya merenung ke lelangit bilik. Seekor kelawar berbadan
besar, bermata merah menyeringai ke arah saya sambil membuka sayapnya lebar-lebar. Kelawar
besar itu menjerit, mempamerkan gigi dan siungnya yang tajam. Suara yang dikeluarkannya
sekejap kasar, sekejap halus dalam berbagai bentuk dan irama yang menyeramkan.
Matanya bertambah merah menyala. Saya jadi cemas, tidak tahu apa yang harus saya lakukna.
Saya terfikir untuk mengusir kelawar ganjil yang bergayut di lelangit bilik dengan patung kuda
berlaga ke arahnya.
Bila tangan saya menyentuh badan patung dengan segera kelawar menyambar patung tersebut
lalu dicampakkan ke atas tilam. Saya termanggu.
"Keluarlah, jangan ganggu aku," kata saya ke arah kelawar yang terbang berlegar-legar di ruang
bilik. Bagaikan mengerti dengan bahasa yang saya ucapkan, kelawar ganjil menyambar bangkai
merpati lalu dibawa keluar. Dengan serta merta daun tingkap saya rapatkan. Saya berdoa,
semoga peristiwa tersebut tidak akan berulang lagi.
Patung kuda berlaga yang berada di atas tilam segera saya ambil dan meletakkan kembali
ditempat asalnya. Perlahan-lahan badan direbahkan. Mungkin kerana keletihan atau terlalu
mengantuk, saya terus terlelap. Kira-kira jam dua pagi, saya terjaga. Ibu jari kaki kiri bagaikan
disentap sesuatu. Dengan segera saya melompat dari katil lalu memetik suis lampu.
LAMPU
DI bawah sinar lampu panjang, setiap sudut ruang bilik, malah bawah katil saya jenguk, mencari
makhluk yang menyentap ibu jari kaki kiri hingga saya terjaga dari tidur. Tidak ada apa-apa yang
saya temui.
Saya berusaha menyambung tidur yang terganggu. Tetapi, usaha itu tidak berhasil. Puas saya
rapatkan kelopak mata. Peluk bantal guling, pusing kiri-pusing kanan-menelentang dan
meniarap. Semuanya tidak menjadi. Akhirnya, terus duduk memeluk kepala lutut. Fikiran saya
terus bercelaru. Wajarkah saya pergi ke bilik datuk?
"Keeerrruuiuuuuukkkkk........
Terdengar daun pintu, bermangga tembaga putih ditolak dari luar dan dituruti dengan bunyi
telapak kaki orang berjalan dalam bilik. Tidak lama berselang, terdengar suara orang yang
bercakap sendirian. Bila suara orang bercakap itu hilang, terdengar bunyi kain dikoyak bertalutalu.
Bau kemenyan mula menusuk lubang hidung. Serentak dengan itu terdengar bunyi dinding
dicakar dan ditumbuk. Suara kelawar dan cengkerik saling tingkah meningkah diluar rumah.
Sayup-sayup kedengaran suara salakan anjing liar. Bau kemenyan bertukar bau hangit seperti
bau rambut yang dibakar.
Suasana yang terjadi membuat saya cemas dan mengigil. Tetapi, hati kecil saya membuat
keputusan agar tabah menghadapi keadaan yang gawat itu.
Ayat-ayat dari AI-Quran segera saya baca. Peliknya, makin kerap saya baca ayat-ayat Quran,
makin kuat pula bunyi papan dinding dicakar. Suara kelawar dan cengkerik makin keras. Bau
rambut dibakar terus mencucuk lubang hidung. Suara orang bercakap sendirian makin rancak
diselang seli dengan suara orang ketawa dan batuk-batuk kecil.
"Aku harus mendapatkan datuk."
Saya membuat keputusan dan terus berdiri. Tiba-tiba lampu dalam bilik padam. Batang leher
saya disentuh oleh sepasang tangan berbulu. Bila mahu menjerit minta tolong, telapak tangan
berbulu tebal menekup mulut. Dengan penuh kekuatan saya meronta-ronta. Dalam perjuangan
antara hidup dan mati itu, lampu dalam bilik bercahaya kembali.
"Apa yang mesti saya lakukan? Tidak wajar rasanya menganggu datuk. Biarlah saya hadapi
semuanya ini. Rasanya, saya mampu berhadapan dengan cubaan syaitan laknat ini," sambil
menggenggam penumbuk saya membuat keputusan nekad.
KATIL
DENGAN semangat dan keyakinan yang tinggi, katil saya renung. Bantal, gebar, buku dan cadar
berserakkan. Aneh, saya diganggu oleh telapak tangan berbulu di lantai. Kenapa pula barang di
atas katil yang bertaburan? Di dalam seribu persoalan yang belum selesai. Saya menarik nafas
dalam-dalam sambil menjeling ke sudut bilik.
"Ada kesan telapak kaki di lantai," bisik batin saya, setelah sepasang anak mata tertumpu ke arah
tanah merah yang masih basah, membentuk bekas telapak kaki. Setelah diamati-amati, telapak
kaki itu memang ganjil, bukan telapak kaki manusia.
Panjangnya lebih dari dua belas inci, lebarnya hampir tujuh inci. Ibu jarinya berbentuk seperti
anak lesung batu. Jumlah jarinya lebih dari dua belas jari. Dalam tompokkan tanah liat merah,
terdapat bulu yang berwarna kekuning-kuningan yang panjangnya saya kira lebih dari dua inci.
Saya terpegun dan terkaku berhadapan dengan keadaan yang tidak pernah saya fikirkan.
Suara-suara ganjil yang menyeramkan dari bilik sebelah kian gamat dalam berbagai-bagai nada.
Malam yang dingin terasa membahang, suara cengkerik, suara anjing liar dan burung-burung
malam terus berbunyi. Terdengar suara wanita mengeluh, mengerang, merayu minta dikasihani.
Tidak lama berselang, terdengar suara orang membaca mentera dan jampi serapah.
Perasaan saya terus berperang, sama ada mahu memanggil datuk atau tidak. Setelah ditelek dan
ditimbang secara terperinci, biarlah datuk dengan urusannya. Biarlah datuk membaca AI-Quran
dan melakukan sembahyang sunat. Tugas yang bakal dilakukannya bukanlah sesuatu yang
mudah. Keputusan muktamad segera saya rumuskan.
Dengan tenang saya duduk bersila di lantai dekat pintu. Rasanya cukup selamat berada dekat
pintu, kalau ada apa-apa yang tidak saya senangi, mudah bertindak mudah buka pintu lalu lari
masuk ke bilik datuk minta bantuan. Sambil duduk bersila saya manfaatkan kekuatan lahiriah
dan batiniah agar kelopak mata tidak terkatup-tidak rasa mengantuk.
Begitulah, antara sedar dengan tidak, bunyi yang gamat dibilik sebelah terus berlaku. Saya
persetankan semuanya itu.
"Haaaaa... ," terpancut dari mulut saya.
Pintu bilik terus diketuk bertalu-talu dengan kuat sekali.
"Tamar."
Saya membisu sambil memasang telinga. Boleh jadi yang menyeru nama saya itu, suara syaitan.
Tidak wajar dilayan, kalau dilayan nanti diri sendiri yang masuk perangkap dan binasa.
"Tamar, Tamar buka pintu ni."
Setelah saya yakini bahawa itu adalah suara datuk, pintu segera saya buka. Wajah datuk nampak
serius.
"Kamu berwirid, Tamar?" Tanya datuk.
Saya tersenggih sambil menggelengkan kepala.
"Habis, apa yang kamu buat, berjaga tidak tentu fasal."
"Saya tak boleh tidur tuk."
"Ada sesuatu yang mengganggu kamu Tamar?"
Saya anggukkan kepala.
Datuk langkah, tiga langkah ke hadapan. Matanya merenung ke arah tilam dan bantal yang
bertaburan atas katil. Kening datuk berkedut, bila dia melihat longgokkan tanah hitam di lantai.
Tadi, warna tanah liat itu kemerah-merahan, entah bila pula bertukar menjadi hitam bagaikan
arang. Semuanya itu membuat saya resah semacam. Datuk renung batang hidung saya kembali.
"Huuuhhhhh............ ," keluh datuk," patutlah sepanjang malam aku resah semacam," sambung
datuk.
BIBIR
DATUK melangkah lagi, lebih jauh ke tengah ruang bilik. Kali ini anak matanya melilau, apa
yang didalam bilik direnungnya dengan teliti.
Bila melihat patung kuda berlaga, dia mengigit bibir sambil menelan air liur. Saya lihat kelopak
mata kirinya mengecil dan anak mata kirinya bagaikan berhenti dipinggir kelopak mata tersebut.
Bagaikan ada sesuatu yang dapat dilihatnya dari patung kuda berlaga itu secara kebatinan.
"Hummm, dah dekat waktu subuh, pergilah mandi, boleh kita berjemaah di Masjid Raya, aku
dah selalu sembahyang di situ. Kamu, baru inilah kali pertama," lembut suara datuk dalam
suasana subuh yang dingin.
"Iya, tuk."
"Kalau begitu, aku tunggu kamu di luar."
"Baik tuk."
Datuk melangkah keluar, saya masuk ke bilik air.
Setelah mandi dan menukar pakaian, saya segera mendapatkan datuk yang menunggu diberanda.
Saya kira berseorangan, rupa-rupanya Harun Fadillah berada di situ.
Tanpa membuang masa, kami segera meninggalkan rumah menuju masjid. Sebaik saja sampai di
pekarangan Masjid Raya, azan subuh pun dilaungkan. Terasa syandu dan sayu sekali meresapi
kalbu tanpa disedari air mata mengalir di pipi.
Jumlah para jemaah agak ramai juga. Hampir semuanya mengenali Harun Fadillah. Malah, ada
yang berpatek dan berengku dengan Harun Fadillah. Saya agak terkejut, beberapa orang daripada
jemaah itu bersalaman dan berpelukkan dengan datuk. Agaknya kenalan lama datuk. Mana yang
tidak mengenali datuk, Harun Fadillah segera menjalankan peranannya.
Lebih daripada dua puluh orang para jemaah yang bersalaman dengan kami (saya dan datuk)
cukup peramah dan mesra, mereka bertanya suasana politik Tanah Melayu, kemajuan yang
diperolehi rakyat bumiputera setelah bebas dari cengkaman penjajah Inggeris. Hampir semuanya
bercakap dalam loghat Melayu Riau-Johor.


DIA BERLARI DI ATAS AIR


                                                           
SUDAH ramai orang menziarahi Aki Sahak semasa saya sampai bersama isteri saya dan Sali. Sepanjang jalan untuk ke rumah Aki Sahak saya berfikir bagaimana Aki Sahak boleh muntah darah. Bagaimanapun saya belum dapat memastikan macam mana keadaan Aki Sahak sebenarnya.

Hendak bertanya pada Sali pun saya fikir tidak penting. Lagi pun Sali dalam keadaan gelabah tidak tahu apa mahu dibuat. Bila Abang Amud suruh memanggil saya, dia panggil. Makda Saodah suruh dia panjat kelapa ambil buah kelapa muda, dia panjat. Itu saja yang dia tahu. Ketika saya masuk mendapatkan Aki Sahak, saya lihat Abang Amud ada duduk di kepalanya. Manakala Tonel sedang menyudukan air kelapa muda yang dijampi oleh Abang Amud.

Macam mana jadi ni? saya duduk sebelah Tonel. "Emm, dah geruh macam mana pula" sahut Aki Sahak tenang. Saya lihat beberapa helai kain sudah basah dengan darah yang keluar dari mulut Aki Sahak. Teringat saya kepada kata-kata Aki Sahak semasa terdengar bunyi air disedut dekat lombong semasa anak Abang Amud mati lemas. Aki Sahak pernah menyebut puaka lombong mahukan geruh dia. Bererti puaka lombong mahukan Aki Sahak sendiri menjadi galang ganti.

Heran juga saya bagaimana Aki Sahak boleh terlalai sehingga puaka lombong dapat mengganggu dia. Tetapi ini bukanlah mustahil kerana manusia ini ada kelebihannya dan ada kelemahannya. Musuh manusia akan sentiasa menunggu kelemahan itu. Begitulah yang terjadi kepada seorang ulama di Seremban iaitu mufti Negeri Sembilan. Saya mendapat tahu Allahyarham merupakan ulama yang doanya selalu menolong orang ramai. Tetapi beliau juga menghembuskan nafas akibat muntah darah juga.

Jadi, tidaklah heran perkara yang sama boleh berlaku ke atas Aki Sahak. Sedangkan ulama besar seperti mufti itu pun bila sampai masanya tidak dapat mengelak dari geruh, apakan pula Aki Sahak yang cuma belajar pondok. Semuanya telah ditentukan oleh Allah. Bagaimanapun Aki Sahak masih kelihatan segar, walaupun darah banyak keluar dari mulutnya. "Buatlah apa-apa patut ustaz..." bisik Abang Amud perlahan. Saya tidak menyahut. Saya memerhatikan pelupuk mata Aki Sahak. Pelupuk mata itu masih segar. Cuma bibirnya agak lebam sedikit.

Ada juga di antaranya yang mengatakan Aki Sahak terkena 'kelintasan' yakni dilangkah oleh hantu raya atau hantu tinggi. Ada juga yang menuduh puaka lombong membalas dendam. Tetapi pada pendapat saya jenis-jenis syaitan tidak akan berani mengganggu Aki Sahak memandangkan amalannya selama ini sudah cukup kuat mendinding dirinya. Boleh jadi syaitan digunakan oleh orang-orang berilmu untuk menyempurnakan tugasnya. Inilah yang boleh memporak-perandakan manusia.

Aruah Tok Aji iaitu tok aki saya juga pernah menghadapi perbuatan orang-orang berilmu menggunakan syaitan bagi memenuhi kehendak mereka. Tok Aji ini dilahirkan di Sumatera, kemudian dia berhijrah ke Tanah Melayu. Dia sudah berkahwin di Semenyih, di Singapura dan di Kota Tinggi. Kemudian menetap di kampung saya. Semasa dia menikah dengan nenek saya, Tok Aji sudah berumur hampir 60 tahun, manakala nenek saya baru berumur 18 tahun. Tetapi itu jodoh namanya. Tok Aji kekal dengan nenek saya sehingga akhir hayatnya.

Disebabkan Tok Aji berkahwin muda maka adalah orang yang iri hati dengannya. Dalam satu kenduri di rumah seorang kawannya, dia telah dihidangkan dengan kopi. Sebelum kopi itu diunjukkan kepadanya Tok Aji sudah tahu bahawa yang diberikan kepadanya ialah racun santau. Bagaimanapun Tok Aji tidak boleh mengelak dan dia mesti meminumnya juga. "Wah, sedap kopi ni" katanya bila menghirup kopi tersebut. Orang ramai yang menyaksikan tidak tahu apa telah berlaku.

Setelah diminumnya Tok Aji seperti biasa saja. Tidak ada apa-apa yang berlaku ke atas dirinya. Tetapi tidak semena-semena anjing di bawah rumah terjerit-jerit lalu mati dengan darah mengalir di mulutnya. Selepas itu beberapa kali Tok Aji telah diuji, dan dia terpaksa meminumnya sekalipun diketahuinya air tersebut telah dibubuh racun santau. Aruah Tok Aji memberitahu saya, racun santau ini dibuat oleh manusia dari serbuk kaca yang mempunyai ibu. Kadangkala orang yang menyimpan santau ini tidak perlu membubuhkan sendiri racun santau tersebut, memadai dengan menyeru saja maka ibu racun itu akan terbang seperti lipas dan memasukkan racun santau berkenaan ke dalam makanan mangsanya.

Sebab itulah ayah saya tidak mahu mengetahui sangat tentang racun santau, kerana katanya sesiapa yang sudah mengetahui maka dugaan sentiasa mengganggu seperti aruah Tok Aji. Bagaimanapun ayah saya pernah juga mahu diduga. Semasa saya bersamanya mengikut orang bertakbir Hari Raya pada malam Hari Raya, tiba-tiba gelas yang dihulurkan orang kepada ayah saya meletup dan pecah. Air kopi dari gelas itu menimpa kepala saya.

Semua orang menyangka pipi dan muka saya melecur terkena air panas. Tetapi apa yang saya rasakan adalah sebaliknya. Air kopi itu sejuk seperti dimasukkan ketul air batu. Rupanya ayah saya tidak mengambil ilmu santau dari Tok Aji yang mesti diminum kalau mengetahui santau ada di dalamnya. Ayah saya mempelajari doa supaya tidak sampai untuk diberikan kepadanya. Walaupun Tok Aji dapat mempertahankan dirinya dari racun santau, tetapi apabila akhir hayatnya bisa racun santau itu naik semula. dia tercungap-cungap seperti itik kena sembelih sehinggalah nafasnya yang terakhir.

Inilah yang saya fikirkan kalau apa yang dialami oleh aruah Tok Aji dilakukan oleh Aki Sahak. Mana tahu bisa racun santau yang mengancamnya sekarang sudah bertahun-tahun dulu dihirupnya. Mungkin dia terpaksa menghirupnya seperti aruah Tok Aji kerana amalannya terpaksa meminum juga. Hal demikian bukan berlaku ke atas orang-orang yang mendalami ilmu agama saja. Malah bomoh-bomoh terkenal juga mengalaminya. Seorang sahabat saya telah mempelajari ilmu mempertahankan diri dari racun santau ini dari ayahnya seorang bomoh. Sekarang sahabat saya berkhidmat dalam pasukan askar. Ketika dia menuntut dari ayahnya dia masih di kampung lagi dan menoreh getah.

Pernah juga dia mengajak saya menuntut dari ayahnya ilmu mempertahankan diri. Tetapi entah mengapa hati saya enggan saja mahu mempelajarinya. Mungkin kerana saya lebih tertarik dengan pelajaran agama dari aruah Tok Aji menyebabkan saya tidak tertarik hati dengan ilmu-ilmu bomoh ini. Lagi pun saya tidak berniat langsung untuk menjadi bomoh, seperti kawan saya itu. Malah dia sendiri apabila menyertai pasukan askar langsung melupakan terus cita-citanya mahu menjadi bomoh itu.

Selepas saja dia tamat melalui ujian ilmu mempertahankan diri dari racun santau, satu hari apabila dia balik dari menoreh getah dia terasa haus lalu meminta air dari emaknya. Oleh kerana emaknya lewat membawakan air, maka kawan saya terpandangkan botol aiskrim soda. Pada sangkaannya tentulah aiskrim soda. Dia pun tidak bertangguh lagi lalu menghirupnya hingga habis sebotol. Apabila emaknya keluar, alangkah terperanjatnya orang tua itu kerana yang diminum oleh kawan saya itu ialah cuka getah yang baru dibeli oleh emaknya. Kelam kabutlah emaknya menyaksikan kejadian tersebut. Tetapi tidak ada apa pun merosakkan dia. Kawan saya hanya tersenyum saja selepas meminum cuka getah tadi.

Tidak tahulah bagaimana dia sekarang, kerana sudah lama saya tidak berjumpa dengannya. Dia pun sudah berkahwin dengan orang Kluang di Johor. Jadi, jaranglah saya dapat bertemu dengannya. "Cubalah buat apa-apa ustaz..." desak Abang Amud lagi. Aki Sahak tersandar pada bantal. Dia kelihatan letih sedikit, tetapi matanya tetap segar. Dia tersenyum memerhati saya sudah ada di sisinya. "Takkan kau nak biarkan Aki macam ni" tangannya menampar lutut saya.

Saya tidak juga menyahut. Menghadapi orang berilmu seperti Aki Sahak bukanlah mudah. Kadangkala dia sengaja mahu menguji seseorang walhal dia memang tahu bagaimana mahu mengatasinya. Tidak ada langsung tanda-tanda dia dalam kesakitan apabila saya mula-mula menjengah dia tadi. "Buatlah apa-apa pun" pinta Aki Sahak masih memegang kepala lutut saya. "Bila kena ni?" saya mengeluh pendek. "Tiba-tiba aje..." Makda Saodah mencelah. "Lepas makan tengahari tadi dia rasa sakit dada. Langsunglah jadi macam tu" jelasnya dalam keadaan rusuh.

Aki, tak buat apa-apa? tanya saya perlahan. "Nak buat apa...!" jawabnya tersengih-sengih. Tok Kadi pun tak boleh nikahkan diri dia sendiri. Orang sakit macam Aki ni pun tentulah tak dapat nak ubat diri sendiri..." ujarnya ketawa macam menyindir. Serba salah juga saya dibuatnya. Keadaan Aki Sahak memang tenat, tetapi saya lihat dia tidak seperti orang sakit. Suaranya tetap tenang. Sekali sekala dia terbatuk hingga keluar darah pekat dari mulutnya.

Darah yang keluar dari mulut Aki Sahak itu seolah-olah orang mengalami luka parah. Kalau dibiarkan mungkin Aki Sahak akan kehilangan darah. Ada juga orang yang mendesak Aki Sahak supaya dibawa ke hospital, tetapi Aki Sahak enggan. Dia yang suruh Abang Amud segera memanggil saya. Sebenarnya saya jadi bingung menghadapi keadaan demikian. Kalau Aki Sahak yang saya anggap guru sudah tidak dapat bertahan, bagaimana pula saya boleh membantunya. Saya sendiri tidak tahu apakah ubatnya, kerana sebelum ini saya tidak pernah mengubati orang terkena racun atau santau. Lainlah kalau gangguan syaitan boleh juga saya mencuba-cuba.

Penyakit macam ni jenis gangguan syaitan juga... ujar Aki Sahak macam mengetahui apa yang terbendung di jiwa saya. "Macam mana saya nak mulakan?" saya serba salah. "Buatlah macam mana pun..." desak Aki Sahak tersenyum pahit. Darah masih mengalir juga apabila dia terbatuk. Saya hanya mencuba. Tidak tahu apakah ayat-ayat tertentu harus digunakan. Saya merenung muka Aki Sahak tepat-tepat sambil berzikir khusyuk di dalam hati hingga terasa zikir itu menyeluruh ke segenap badan. Ketika ini dapat saya rasakan diri saya ditolak kuat oleh satu tenaga, tetapi tenaga itu tidak berdaya menolak saya.

Akhirnya saya tenggelam di dalam zikir. Saya tidak takut kepada apa pun yang mencabar. Hanya berserah saja kepada Allah untuk meminta pertolongan dan perlindungan. Saya terus menyemadikan diri, "Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyum Ya Qayyum, Ya Zaljalalil Wal Ikram, kepada Engkaulah aku memohon pertolongan". Demikian saya memulakan doa yang menyerahkan diri semata-mata kepada Allah.

Lama saya menguatkan zikir saya barulah saya merasakan diri saya cukup gagah. Kekuatan yang ada  pada saya sudah cukup untuk menghadapi sebarang musuh yang berdampingan dengan syaitan. Saya melihat seorang lelaki tua yang pernah saya temui sedang mengambil miang rebung dikumpulkan dalam satu balang. Puas saya mengingatkan di manakah saya pernah menemui orang tua tersebut. Orangnya kurus tetapi tinggi susuk tubuhnya. Dahinya sulah dan rambutnya jarang sedikit. Sudah dipenuhi uban hingga memutih.

Tua kutuk...! keluh saya meluat melihat perangainya. Tidak sedar sudah tua tetapi masih mahu melakukan perbuatan yang dilaknati Allah. Sepatutnya orang tua seperti itu mestilah melebihkan amal ibadat. Miang rebung yang diambilnya tadi digaul dengan serbuk kaca ditumbuk halus. Kemudian balang berisi serbuk kaca bergaul miang rebung itu diasap dengan kemenyan. Selepas itu ditapakan jauh dari kampung, di satu tempat yang dirahsiakan.

Orang tua itu memuja balang berisi serbuk kaca dengan miang rebung itu hingga timbul ulat seperti bubuk di dalamnya. Ulat-ulat ini menjalar dalam gumpalan miang rebung yang seakan-akan rambut itu. Sebenarnya saya tidaklah nampak dengan jelas. Hanya seperti bayang-bayang saja. Sebab itulah orang tua yang saya lihat hanya seperti bayang saja. Bagaimanapun memang saya cam mukanya kalau bertemu di mana-mana.

Tua kutuk... keluh saya perlahan. Orang tua itu berpaling. Dia seolah-olah mendengar keluhan saya tadi. Sebaik saja melihat saya berdiri bercekak pinggang menghadapnya, orang tua itu cepat-cepat melontarkan serbuk kaca itu ke mata saya. Tetapi serbuk kaca yang dilemparkan kepada saya itu tersekat pada tembok yang memagari saya tiba-tiba. "Kau berani datang ye!" pekik orang tua tersebut kelihatan marah. "Orang tua macam awak ni patutnya banyakkan amal ibadat" saya menyindir. Marah sangat saya kerana dicabar oleh orang tua berkenaan. "Kau datang nak cabar aku...?" dia mengancam dengan pandangan yang menggerunkan. "Bukan fasal cabar mencabar" jelas saya mengerling ke arahnya. "Kerja awak ni kerja syaitan. Jadi hamba syaitan. Dilaknat Allah..." ujar saya seterusnya.

Dia semakin marah bila saya sindir begitu. Dia melepaskan beribu-ribu ekor ular mahu mematuk saya. Tetapi ular-ular yang dilepaskan oleh orang tua itu semuanya terbakar hangus bila saya hembuskan ayat-ayat yang tertentu. Bertambah marah dia bila dilihatnya semua ular-ular yang menyerang tadi terbakar hangus. Kemudian dia membawa saya ke lombong tempat anak Abang Amud mati lemas. Dia berlari-lari di atas air tersebut bagaikan berpijak dia atas bumi. Orang tua itu ketawa berdekah-dekah bila melihat saya kehairanan memerhati dia berjejak di atas air.

Awak berkawan dengan puaka, berkawan dengan syaitan... bentak saya mula mengancam dia. Melihatkan saya marah orang tu itu semakin kuat tertawa. Dia bertandak di atas air lombong itu seolah-olah memperagakan kebolehan luar biasanya. "Awak nak tunjuk kepandaian awak ye!" saya cuba mengawal perasaan marah apabila diejek-ejek. Dia tidak menghiraukan kata-kata saya, sebaliknya terus bertandak-tandak. Tetapi dia tidaklah menyerang saya seperti mula-mula tadi. Mungkin pada peringkat kedua dia hanya mahu saya meradang saja. Memang inilah cara syaitan mahu mengalahkan manusia. dia sengaja mahukan kita marah supaya mudah baginya mencari kelemahan.

Mujurlah saya sedar akan tipu muslihat syaitan yang mahukan saya marah. Setelah dapat mengawal diri saya pun mula membacakan beberapa ayat Quran dan menghembuskan ke arahnya. Air lombong tiba-tiba menggelegak dan cair. Orang tua itu tercungap-cungap lari mencari tanah daratan. "Sahabat kau tak akan datang menolong!" saya mengejek dia. Kerana saya tahu dia lari ke lombong adalah untuk mendapatkan pertolongan syaitan yang menjadi sahabatnya.

Sahabat kau akan dipanah petir kalau berani datang menolong kau kata saya lagi menyebabkan dia mulai marah. Gelak ketawanya tidak kedengaran lagi, sebaliknya mendengus-demgus marah. Dia berpaling mahu menentang. Entah macam mana dia menjadi gementar apabila bertentang mata dengan saya, ketika ini saya sedang azan. Gema azan itulah menyebabkan syaitan yang diserunya tidak berani datang menolong. Nampaknya dia menggunakan puaka lombong itu untuk menentang saya.

Serulah sahabat-sahabat kau saya terus mengejek. "Selagi kau bersahabat dengan syaitan, selama itulah kau ditipu oleh syaitan. Tak mungkin syaitan datang menolong kalau dia tak dapat keuntungan" kata saya lagi. Orang tua itu semakin marah. Tetapi dia tidak berani menentang saya disebabkan syaitan yang diserunya tidak datang setelah saya azan tadi. Bumi tempatnya berpijak juga bergegar menyebabkan dia terhuyung hayang tidak dapat berjejak. "Bertaubatlah, dan kembali ke jalan Allah" saya menyerunya.

Dia tidak juga menyahut. Berlegar-legar dia mahu menyerang. Tetapi setiap kali dia mahu mencuba gegaran bumi semakin kuat menyebabkan dia terhuyung hayang tidak dapat berjejak. Orang tua ini memang manusia biasa, tetapi dia menggunakan ilmu syaitan untuk kepentingan diri sendiri. Tidak heranlah mengapa manusia demikian mudah tertipu kerana syaitan boleh memperdayakan mereka dengan janji-janji untuk memberi kekuatan, kekayaan, kemewahan atau apa saja yang dihajat.

Syaitan akan memberikan mereka kebal tidak lut oleh besi, syaitan menjanjikan kebolehan menyerang musuh dari jauh saja, syaitan menjanjikan ilmu yang boleh ghaib dari pandangan mata. Hal-hal seperti inilah menyebabkan manusia mudah terpedaya. Segala janji-janji syaitan itu adalah untuk sementara saja, iaitu selagi manusia mahu mengikut perintahnya. Bagaimanapun syaitan akan lari meninggalkan manusia tadi, apabila dia terseksa dengan ayat-ayat Quran. Dengan itu manusia yang ditinggalkan oleh syaitan akan terseksa pula sebagai galang gantinya. Inilah yang terjadi pada orang tua berkenaan.

Memang saya cam orang tua tersebut. Bagaimanapun saya terpaksa rahsiakan dia dari pengetahuan orang-orang kampung. Orang tua ini ada hubungan kekeluargaan dengan Abang Amud. Semasa saya membantu Aki Sahak mencari mayat anak Abang Amud yang tenggelam di dalam lombong, dia juga ada menyaksikannya bersama. Dialah yang mendesak Ketua Penyelam itu supaya meneruskan kerja mencari mayat tersebut dengan tidak payah pertolongan dari Aki Sahak. Apakah tujuannya tidaklah saya tahu.

Apa yang awak sakit hati sangat pada Aki Sahak? soal saya mengherdiknya. Dia mengacau hak orang..." sahutnya marah. "Apa yang dikacaunya?" "Kawasan ni kami punya!" "Kawasan apa?" "Kawasan anak ubat kami..." "Dia cuma menolong" "Tidak! Dia mengacau,,!" "Dia bawa ilmu Allah, awak kata mengacau?" sindir saya. Orang tua itu menjadi serba salah. Memang ada niat dia mahu menyerang saya. Tetapi setiap kali dia mahu menyerang terasa dadanya bagaikan kena pijak. Memang telah saya perhatikan sikapnya, sebab itu saya sudah menghentakkan tumit saya ke bumi dengan makrifat memijak jantungnya.

Kalau awak berani lepaskanlah kawan.. bentaknya pula mahu menerkam saya. "Kalau sahabat awak boleh menolong lepaskanlah sendiri" sahut saya mengejeknya. "Awak halang dia, macam mana dia nak datang!" katanya. "Kalau awak handal lepaskan halangan tu" kata saya sengaja menyakitkan hatinya. Berkali-kali dia cuba menerkam tetapi terasa jantungnya terpijak. Dia mengerang kesakitan bila terasa jantung kena pijak. Akhirnya dia memekik kuat melepaskan kemarahannya. "Kau nak bunuh aku ke?" jeritnya menggema. "Awak nak bunuh Aki Sahak kan?" soal saya kuat sedikit. "Fasal dia nak bunuh sahabat aku!" jawabnya membentak.

Kalau awak tak mahu malu, pergi sekarang perintah saya masih tidak melepaskan tumit yang dihentak ke bumi. "Kalau tidak awak malu, keluarga awak pun malu" saya mengingatkan dia. "Biar mati aku takkan mengalah dengan kau!" dia berkeras tidak mahu mengalah. "Mengapa kau beri Aki Sahak santau?" jerkah saya apabila dia berkeras tidak mahu berundur. "Kau fikir kau boleh selamat. Ayat-ayat Allah lebih berkuasa dari santau, awak tau!" ujar saya seterusnya.

Untuk mengujinya sengaja saya lepaskan tumit dari menekan bumi. Serentak dengan itu dia menerkam saya. Bagaimanapun belum sempat dia sampai kepada saya, orang tua itu jatuh terhempap ke bumi Saya menghembusnya dengan Surah Al Fatihah hingga dia terlambung tidak dapat bertahan. Kemudian saya susul dengan Surah Al Ikhlas. Ketika ini berpuluh-puluh bukit berterbangan menimpa ke atas dirinya. Dia terhimpit di bawah bukit-bukit yang berterbangan. "Kau tidak akan dibantu oleh sahabat kau. Dia juga akan hancur kalau cuba mendekati" saya menyerunya berulang kali.

Setelah saya melihat dia tidak bergerak di bawah himpitan bukit-bukit yang berterbangan, barulah saya mengembalikan diri saya seperti sediakala. Saya masih menghadapi Aki Sahak yang terbaring. Dia kelihatan lemah sedikit. Darah juga sudah mula kering dari mulutnya. Di samping itu air kelapa muda yang sudah didoakan oleh Abang Amud tadi disudukan ke mulut Aki Sahak. Saya tahu Abang Amud mendoakan 'peluruh' iaitu mengatasi bisa racun, tetapi 'peluruh' yang diberikannya belum lagi berkesan.

Walaupun keadaan Aki Sahak sudah ada reda dia masih juga terbatuk-batuk. Bahang panas di dadanya terasa berwap-wap. Lalu saya pun meminta air sejuk dari Makda Saodah. Pada sangkaannya saya mahukan air minum, maka mereka pun memberikan kopi O. "Bukan saya nak minum" ujar saya tersenyum kerana geli hati. "Air nak buat ubat..." jelas saya. Barulah Makda Saodah menghulurkan kepada saya satu jag air sejuk. Saya membacakan Yassin tiga kali. Selepas itu air tersebut diberi minum pada Aki Sahak. Kira-kira sepuluh minit selepas dia minum air tersebut, Aki Sahak muntahkan darah dengan lendir-lendir putih.

Saya suruh muntah itu ditadah dalam besen supaya tidak habis tempat tidur. Tiga kali Aki Sahak terjeluih muntah. Kali yang ketiga muntahnya tidak lagi darah tetapi segumpal rambut sebesar penumbuk, serbuk kaca dan miang rebung. Setelah semuanya habis keluar barulah kelihatan Aki Sahak terkulai lemah akibat keletihan. Disebabkan keadaan baru pulih, saya pun menyuruh Aki Sahak tidur saja. Jiran-jiran pun saya tidak beri mengganggunya. Biarlah jangan ditanyakan apa-apa sehingga Aki Sahak pulih betul-betul. Biasanya dalam masa seminggu barulah ada perubahan sedikit.

Kerja siapa agaknya? Sali menggertap bibir. Barulah dia mahu bersuara setelah melihat Aki Sahak tidak lagi terbatuk-batuk. "Siapa agaknya ustaz?" Abang Amud pula bertanya. "Mana kita nak tau" sahut saya lemah. Sebenarnya saya juga terlalu letih. Pada lahirnya memang nampak saya duduk saja di situ, tetapi keletihan yang saya alami seolah-olah baru saja mengangkat beban berpikul-pikul. "Kalau tau orangnya" Sali menumbuk-numbuk tinju ke tapak tangan. "Kalau tau orangnya, aku pijak-pijak kepalanya. Aku terajang dia...!" gerutunya mcam menyimpan dendam.

 Saya mendiamkan diri saja. Biarlah Sali melepaskan geramnya. Saya tahu dia tidak akan bertindak kerana dia tidak tahu siapakah yang didendamnya. Tugas saya sudah selesai iaitu cuba mengubati Aki Sahak. Soal membalas dendam bukan kerja saya. Sebab Allah sendiri menjanjikan: Setiap perbuatan yang baik ada ganjarannya di akhirat, dan setiap perbuatan jahat ada balasannya di akhirat. "Hati binatang!" Sali masih merungut marah.

Kalaulah saya terangkan siapakah orang yang ternampak oleh saya mungkin Sali sanggup menyerangnya. Tetapi saya tidak boleh memberitahunya. Kadangkala bayangan yang kita lihat itu tidak semestinya benar. Boleh jadi orang yang berniat jahat itu menjelmakan dirinya seperti orang lain. Sudah tentulah kita menganiaya orang apabila kita memberitahu apa yang kita lihat. Sebab itu aruah tok aki saya melarang menyebutkan orang yang kita lihat melalui bayangan itu kepada keluarga pesakit. Ditakuti mereka akan bertindak membalas dendam.

Ustaz tak tau siapa orangnya?" tanya Sali semakin kejap menggertap bibir. "Tidak..." saya menggeleng kepala. "Kita baca Yassin ramai-ramai" Abang Amud pula mencadangkan. "Kita balikkan semula pada orang yang membuat Aki Sahak" katanya membayangkan kemarahan yang membakar perasaannya. Dia berkisar punggung bagaikan mahu melompat menerkam sesiapa saja. "Jangan ikut perasaan..." Aki Sahak membuka matanya perlahan. Rupanya sejak tadi dia mendengar saja perbualan kami. "Jangan ikut perasaan. Kau boleh bacakan Yassin dengan niat nak membunuh orang. Kalau Allah makbulkan, kau mesti ingat dosanya! Dosanya tetap dosa membunuh juga" suara Aki Sahak masih lemah tetapi nadanya keras.

Orang hati binatang yang buat ni... sahut Sali mengepal tinju kejap-kejap, kemudian meninju-ninju kepala lututnya. "Habis, kau nak ikut pula jadi hati binatang?" soal Aki Sahak bangun perlahan-lahan bersandar pada bantal. "Kalau kau nak balas juga, kau pun sama macam dia. Sama berhati binatang!" Aki Sahak mengingatkan. Sali tidak berani membantah cakap Aki Sahak lagi. Bukan saja Aki Sahak itu gurunya, tetapi juga pangkat bapa saudara pula. Makda Saodah itulah emak saudara Sali. Sebab itu dia tidak berani sangat berbantah-bantah dengan Aki Sahak.

Allah lebih Maha Mengetahui... jelas saya setelah Sali terdiam dimarahi Aki Sahak. "Kalau setiap hari sekurang-kurangnya kita melafazkan iyya kana'budu waiyya kanastai'n tujuh belas kali dalam solat kita ketika membaca Fatihah iaitu hanya kepada Engkau aku sembah dan hanya kepada Engkau aku memohon pertolongan, mengapa kita mesti membalas dendam! Mengapa kita tidak mematuhi ikrar kita dengan Allah" kata saya mengerling Sali.

Sali terdiam. Terasa juga dia sudah terlanjur bercakap mengikut perasaan. Ketika inilah terdengar seorang seorang perempuan memanggil Pak Semail Ketua Kampung dari tengah halaman. Pak Semail yang duduk di belakang saya terkejut juga bila ada orang mencarinya ketika itu. Sedangkan Aki Sahak masih belum pulih akibat termakan santau. "Ada Abang Mail di sini?" perempuan itu bertanya dari tengah halaman sebaik saja pintu serambi dibuka oleh Makda Saodah.

Oh, kau tadi Sumi, naiklah pelawa Makda Saodah masih berdiri di muka pintu. "Ada Abang Mail di sini?" ulangi perempuan yang dipanggil Sumi oleh Makda Saodah itu. "Ada..." beritahu Makda Saodah. "Macam mana pun naiklah dulu..." dia mengajak Sumi naik ke rumah. Belum sempat Sumi menyahut Pak Semail sudah berdiri di belakang Makda Saodah. "Apa halnya Sumi?" tanya Pak Semail bimbang. Berdebar juga hatinya bila adiknya itu datang memanggil dia ke situ.

Sumi tidak terus memberitahu. Dia kelihatan rusuh sedikit tetapi masih juga tercegat di tengah halaman. "Apa halnya?" tanya Pak Semail lagi. "Rumah kami dilanda ribut" jelas Sumi tergagap-gagap. "Abang Fakeh terperangkap dalam runtuhan rumah tu..." dia tersedu-sedu menahan perasaannya yang menyebak ke dada. "Ribut apa pula?" Pak Semail keheranan kerana kampung itu tidak pun dilanda ribut. Tidak ada tanda ribut atau hujan melanda. Kampung itu tetap cerah dengan cahaya matahari petang memancar bersih. "Macam mana boleh ada ribut, rumah kau bukan jauh dari sini..." ujarnya sambil berastaghfar beberapa kali.

Entahlah... Sumi menggeleng kepala. "Tapi ribut kencang tadi saya ada di rumah. Saya sempat terjun ke tanah sebelum rumah tu roboh" jelasnya perlahan. Dia juga heran kerana di kawasan rumah Aki Sahak itu tidak ada pun kesan-kesan dilanda ribut. Kalau ada ribut melanda tentulah habis sebuah kampung terlibat. Inilah yang mengherankan mereka. "Marilah kita pergi tengok Pak Fakeh..." saya mencadangkan. Saya bersama beberapa orang jiran lelaki yang ada menziarahi Aki Sahak terus mengikut Pak Semail.

Apabila sampai ke rumah Pak Fakeh memang semuanya terkejut melihat keadaan di situ. Rumah Pak Fakeh habis musnah ditimpa kayu jongkang kalang. Mereka bertambah heran bagaimana Sumi boleh terselamat kalau melihat keadaan rumah tersebut. Pokok kelapa tidak kurang dari lapan batang bertupang tindih menimpa rumah. Pokok durian juga melintang menghempap dari tengah bumbung. Kalau mahu dikira sempat melompat ke tanah memang tidak masuk akal langsung bagaimana Sumi boleh terselamat. Mujurlah juga cucu-cucu mereka tidak ada di rumah ketika itu. Kesan ribut juga jelas di sekitar kawasan rumah itu kerana banyak pokok-pokok yang patah dahan.

Macam mana ribut di sini aje? keluh Sali yang sama mengikut kami tadi. Kencang betul ributnya" beritahu Sumi masih dalam ketakutan. "Tengoklah pokok-pokok tu habis terbongkar akar" katanya lemah. "Habis macam mana Mak Sumi lepaskan diri?" tanya Tonel pula. "Entahlah..." ujarnya gementar mengenangkan peristiwa yang menimpa dirinya. "Mak Sumi rasa macam mati hidup balik..." dia mengesat mata dengan hujung lengan bajunya.

Terpaksa pula masing-masing mengambil kapak dan gergaji untuk memotong kayu yang jongkang kalang menimpa rumah Pak Fakeh. Hampir dua jam barulah  kawasan rumah itu dapat dibersihkan. Kira-kira sudah dekat masuk Maghrib barulah mayat Pak Fakeh ditarik keluar dari bawah pokok durian. Kepalanya berkecai remuk. Mata, hidung dan telinganya dipenuhi darah pekat. Memang Pak Fakeh yang saya lihat ketika saya mengubati Aki Sahak tadi. Tetapi saya tidak mahu memberitahu sesiapa pun tentang Pak Fakeh itu. Biarlah mereka semua menyangka Pak Fakeh menemui ajalnya apabila rumahnya dilanda ribut.

TAMAT

DENDAM DUKUN BANTEN



"KITA bertemu juga."
Suara orang itu bergema untuk kali yang kedua. Tidak ada tindak balas dari datuk.
"Kamu mahu merebut milik Dang Intan Mahani atau Ani Cantik," datang lagi suara dari orang
berwajah putih kapas. Perlahan-lahan kain hijau yang membalut sebahagian daripada wajahnya
dijatuhkan ke lantai. Semuanya dihadapi oleh datuk dengan tenang dan tabah.
Orang berwajah putih kapas, cuba melangkah mendekati datuk. Dua tapak datuk undur ke
belakang. Orang itu maju lagi, datuk mengelak. Kali ini empat tapak ke belakang.
Dengan hati-hati datuk angkat tangan kiri separas bahu, kemudian memusingkan tubuhnya
dengan pantas sebanyak tiga kali berturut-turut hingga tercipta sempadan pemisah yang ditandai
dengan garisan hitam di lantai.
Sebelum tangan kiri kembali kepada kedudukan asal (lurus ke bawah) tangan kanan diangkat
lalu didakapkan ke dada dengan tiga jari menekan tulang selangka. Tiga kali nafas ditarik dan
dilepaskan barulah tangan kiri dibawa ke dada menindih tangan kanan yang tersedia di dada.
"Pulangkan segala-galanya kepada yang berhak," datuk bersuara.
"Maksud kamu?" Tanya orang berwajah kapas.
"Ani Cantik mengambil hak anaknya untuk kepentingan dirinya."
"Humm " terdengar keluhan.
Suasana berikutnya, menjadi sepi. Orang berwajah putih kapas masih berdiri di tempat. Datuk
tetap berada dalam lingkaran garisan. Saya Nonong dan Harun tetap macam tadi, masih bertindih
dan berhimpit dekat tiang.
"Kita jalinkan persahabatan."
Orang berwajah putih kapas, maju setapak sambil menghulurkan telapak tangan untuk bersalam.
Malangnya, tangan yang dihulurkan tidak dapat melepasi garisan di lantai.
"Ertinya, kita tidak boleh bersahabat," orang berwajah putih kapas bersuara penuh kesal.
Terbayang kekecewaan yang amat sangat di wajahnya.
"Begitulah kira-kiranya," balas datuk.
Orang berwajah putih tunduk merenung lantai.
"Pulangkan hak anak Ani Cantik," rayu datuk.
"Iya, apa yang kamu lihat dan temui dalam bilik ini, setelah aku pergi. Itulah haknya dan
selanjutnya terpulanglah kepada kamu mengendalikannya," suara itu bergema dan bergaung
dalam bilik.
"Aku faham," kata datuk lantang.
Tanpa banyak cakap orang berwajah seputih kapas itu, perlahan-lahan memusingkan tubuhnya.
Setiap liku dan sudut bilik ada dalam anak matanya. Saya jadi cemas semacam, lambat laun
renungannya akan tertacap ke wajah saya.
"Sial," kutuk saya dalam hati.
Bagaikan ada kuasa ghaib memusingkan tubuh dan wajah orang seputih kapas ke arah saya.
Renungannya cukup tajam, penuh benci dan dendam. Berkali-kali giginya dilagakan,
bergemeretap bunyinya.
"Hummmm " dengusnya.
Dan renungannya segera berubah kepada Nonong. Kemarahan dan geram yang terpamer segera
digantikan dengan rasa simpati dan renungan yang penuh kesayuan.
Dia menundukkan muka, merenung lantai untuk waktu yang agak lama. Kedua-dua belah
bahunya bergegar lalu diikuti dengan suara tangisan berserta sedu yang memanjang. Tanpa di
duga dia menghentakkan kaki kirinya ke lantai sambil meluahkan kata-kata yang kurang jelas
maksudnya.
Dalam sekelip mata batang tubuhnya menghilang, tempat manusia aneh itu berdiri kelihatan
kepulan asap yang naik memanjang menuju siling bilik.
GHAIB
SEBELUM kepulan asap itu ghaib, berlaku lagi sekali ledakan yang amat kuat bersama pancaran
kilat. Di luar deru ribut yang amat hebat. Rumah teras bergegar, lantai bergerak dan kami
terumbang-ambing.
Datuk yang tadi berada tidak jauh dari kami bertiga, kini terpisah jauh nampak samar-samar.
Saya cuba bersuara memanggil namanya. Seperti tadi suara saya tidak keluar tersekat di
kerongkong.
Dalam keadaan yang tidak menentu, semua yang dibuat serba tidak kena. Kotak fikiran seperti
kosong melopong. Tidak tahu dengan suasana yang dihadapi, sama ada waktu siang atau malam.
Malah di mana berada pun tidak tahu.
"Huusss " saya menghembuskan nafas.
Dan hati saya bagaikan memberitahu, bahawa kami berada di satu dunia yang terasing.
Aneh, gegendang telinga terus diasak dengan bunyi deru air dari gunung. Badan bagaikan
dilambung ombak ke sana ke mari. Tiba-tiba, adan dipukul oleh gelombang besar setinggi pokok
kelapa dara. Sekujur tubuh diarak ombak lalu dihempaskan kepada objek yang keras.
Kulit dan tulang-temulang bagaikan bercerai berai. Sakitnya bukan kepalang dan selanjutnya
tidak tahu apa yang terjadi. Segala-galanya menjadi fana.
KELOPAK
TIDAK tahu, berapa lama masa sudah berlalu. Dan kelopak mata secara perlahan-lahan
digerakkan berkali-kali. Terasa pedih dan perit. Bahu sebelah kanan disentuh sesuatu secara
lembut. Kemudian digoyangkan dan ditumbuk bertalu-talu.
"Tamar."
Kelopak mata masih gagal di buka. Bulu mata bawah dengan bulu mata atas masih bertaut erat.
Deru air dari gunung beransur kurang, tidak sekuat tadi dan usaha membuka kelopak mata tetap
diteruskan.
"Tamar."
Saya yakin, itu suara datuk. Kepala saya gerakkan perlahan-lahan, sebagai tanda yang saya boleh
mendengar tetapi, tidak dapat bersuara. "Kamu tak boleh buka mata, Tamar."
Macam tadi juga, saya tetap anggukkan kepala. Tidak lama berselang, terasa ada jari-jemari
lembut mengurut-urut kelopak mata dengan mesra. "Buka kelopak mata kamu, Tamar!"
Arahan itu segera saya patuhi. Kelopak mata boleh dibuka dengan mudah. Wajah datuk
terdampar dalam anak mata. Senyum yang menari di kelopak bibirnya bagaikan menghantar
sebuah kemesraan yang berbalut sayang dari seorang datuk kepada seorang cucu yang baru
berada di alam nyata.
Renungan segera beredar dari wajah datuk ke wajah Nonong dan Harun. Mereka nampak
tergamam. Tetapi, apa yang pasti mereka lebih awal sedar dari saya. Malah sudahpun bangun,
bersiap-siap untuk keluar dari bilik.
"Memang aku tidak menduga berdepan dengan hal-hal yang pelik begini. Tak apalah, setidaktidaknya
kamu bertiga dapat pengalaman baru," tutur datuk seperti berbisik.
"Iya, memanda, menakutkan dan tidak masuk di akal," Nonong menyampuk.
"Biarkan perkara tu berlalu, kamu berdua bersiap sedia untuk ke masjid, bolehlah kita samasama
orang lain berjemaah," balas datuk. Saya masih dalam keadaan terpinga-pinga.
"Dah selesai?" saya bersuara.
Datuk ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala.
"Kamu masih mamai lagi Tamar. Aku harap perkara ganjil yang menakutkan ini, Insya Allah
tidak berulang lagi," nada suara datuk agak lemah.
Walaupun Nonong dan Harun mendengar sindiran dari datuk untuk saya. Tetapi, mereka tidak
memberikan sebarang komentar. Malah, wajah mereka nampak bersahaja. Memang tidak diduga
sama sekali, Nonong dan Harun yang sudah bersiap-siap mahu meninggalkan bilik,
membatalkan hasrat. Mereka kembali duduk bersila tidak jauh dari saya.
Rasa cemas, bimbang dan takut yang menguasai diri dapat saya kawal hingga keadaan normal.
Dan saya memberanikan diri menanggungkan kepala, setiap sudut bilik saya sorot secara
terperinci. Ternyata tidak ada satu pun kesan aneh yang dapat dilihat. Tidak ada dinding yang
berlubang, tidak ada barang yang berserakkan.
"Pelik."
"Apa yang pelik Tamar," sambut datuk.
"Mana dia seludang kepala, batu gunung, tempat bakar kemenyan dan rambut. Ke mana barangbarang
itu menghilang," saya minta sebuah kepastian dari datuk.
BESAR
NONONG dan Harun terkejut besar mendengar pertanyaan yang saya kemukakan pada datuk,
mereka seperti tersentak dari lamuan yang panjang.
"Betul, cakap Tamar tu memang betul," Harun memberi sokongan.
"Apa yang betul tu Harun, tiba-tiba main sokong saja. Cakap pada aku apa yang betul tu?"
Sepasang bola mata datuk tertumpu ke arah batang hidung Harun yang nampak sedikit resah.
Bagaimana dia tidak resah, renungan datuk itu tidak ubah macam kucing mahu menerkam tikus.
"Barang-barang yang Tamar sebutkan memang tidak ada di sini, mana dia barang-barang tu
memanda," Harun memberanikan diri memberikan jawapan.
"Mata kau buta," sergah datuk.
Kami terkejutkan dan bersedia lari bertempiaran keluar dari bilik andainya, datuk naik angin.
Agaknya, pertanyaan saya dan Harun dianggap datuk sebagai mencabar kewibawaanya.
"Jegilkan biji mata kamu semua, renung sebelah kiri pintu."
Semua biji mata tertumpu ke arah yang datuk katakan. Di situ ada bungkusan berbalut kain
hitam, sebesar putik kelapa.
"Tapi
"Aku tahu apa yang kamu fikirkan? kamu fikirkan seludang kelapa, batu gunung, rambut dan
tempat kemenyan. Bukan begitu Harun?" "Iya, memanda," suara Harun terketar-ketar.
"Semua barang-barang tu sudah di satukan dan dibungkus. Apa lagi yang kamu semua mahu
tahu?"
Kami terdiam, anak mata kami kembali menyorot ke arah bungkusan yang berbalut dengan kain
hitam.
Suasana dalam bilik kembali bungkam. Empat insan melayani fikiran masing-masing.
"Tapi memanda, kami mengalami bermacam-macam hal dan perkara pelik-pelik," Nonong
dengan nada suara penuh keyakinan memecahkan uasana bungkam. Datuk tidak memperlihatkan
reaksi yang tidak menyenangkan. Mungkin rasa marah sudah hilang dari kalbunya.
"Humm.. " datuk menarik dan melepaskan nafas.
Saya dan Harun bertukar pandangan. Tentunya dengan perasaan yang berdebar.
Datuk menggigit bibir sambil mengkerutkan kening. Dia seperti keberatan untuk menjawab
pertanyaan yang diajukan oleh Nonong.
"Kenapa perkara tu terjadi memanda," ulang Nonong, kali ini nada suara Nonong terasa
mengandungi rasa bimbang. Lagi sekali datuk menarik nafas panjang. Keresahan di wajah segera
bertukar menjadi rasa simpati terhadap Nonong.
Dan buat kesekian kalinya, datuk merenung lantai. Tindak-tanduk itu mengundang seribu amalan
dalam diri. Apalah susah sangat datuk mahu menjelaskannya? Masih adakah lagi bencana atau
olah dari makhluk ganjil untuk mengugat keluarga Nonong? Kalau perkara sebenar tidak
jelaskan, macam-macam perkara negatif muncul dalam kepala. Sesungguhnya, bila berdepan
dengan suasana begini, saya jadi kebal dan marahkan datuk.
"Begini."
ANGIN
DATUK yang tadi berdiri di tengah-tengah ruang bilik, segera mencari tempat sesuai untuknya
melabuhkan punggung. Tempat yang jadi pilihan, tidak jauh dari sisi Harun. Mungkin untuk
memberikan kekuatan dan keyakinan, bahu kiri Harun ditepuk oleh datuk berkali-kali. Nonong
hanya menjeling saja.
Di luar, angin subuh yang bertiup lembut terus merempuh dedaun pokok di halaman dan di kiri
kanan rumah, melahirkan bunyi yang tidak menentu, sekejap meninggi, sekejap merendah.
Bunyi ekor cicak memukul dinding jelas kedengaran yang diselang seli dengan suaranya yang
memanjang dan nyaring. Dari air muka Nonong dan Harun dapat saya baca keresahan yang
bergolak dalam batin mereka.
"Masa untuk bercerita terhad," renungannya lembut dari datuk terdampar ke wajah Nonong.
"Huss ," Harun mendengus, membayangkan rasa putus asa.
"Masa untuk bercerita terhad," ulang datuk waktu subuh dah dekat benar," sambungnya
bersahaja sambil menggerakkan lehernya ke kiri dan ke kanan. Perasaan saya tetap berdebar.
"Masih mahu beralih," runggut saya dalam hati.
Mulut Harun terlopong.
TERBAKAR
DIA juga seperti saya dan Nonong, masih menanti dengan seribu pertanyaan. Apakah yang bakal
diluahkan oleh datuk.
"Sebenarnya, semasa batu gunung itu terbakar, kamu bertiga berpisah dari kawalan aku secara
batin. Kamu berada dalam kawalan iblis yang menguasai batu gunung, kamu bertiga berada di
antara sedar dengan tidak. Antara alam nyata dengan ghaib. Pendek kata kamu bertiga seperti
terkhayal," tentu saja kata-kata datuk itu mengejutkan kami.
"Memanda tidak dikuasainya?" Nonong ajukan pertanyaan.
"Aku sentiasa berada di alam nyata, jawab datuk.
Nonong dan Harun segera meraba-raba cuping telinga, begitu juga dengan saya. Tidak memadai
dengan itu, kami mematahkan ibu jari kaki kiri hingga terasa sakit. Secara serentak kami
menumbuk lantai hingga tulang di buku lima terasa pedih. Perbuatan kami disorot oleh datuk
dengan ekor mata.
"Sekarang kami bertiga berada di alam nyata," datuk senyum sinis tetapi, temyata Harun masih
kurang yakin.
"Buktinya memanda?"
"Kamu berdiri sebelah kiri."
Harun melakukan apa yang datuk suruh. Semasa dia mahu mengimbangi tubuhnya, dia terlayah
lalu jatuh ke arah saya, belum pun sempat tubuhnya jatuh atas badan, saya mengelak. Harun
jatuh atas lantai lalu menjerit kesakitan.
"Itu buktinya," sambut datuk.
Saya dan Nonong ketawa, akibatnya kami menerima teguran dari datuk.
"Sekarang bagaimana Harun, kamu yakin dengan apa yang aku cakapkan."
"Saya yakin memanda," Harun kembali duduk seperti posisi asal.
"Amalan ilmu hitam yang dimiliki dukun tempat arwah emak kamu minta tangkai susuk tu,
memang dukun yang hebat " datuk tidak meneruskan kata-kata. Nonong kerutkan dahi, macam
ada sesuatu yang difikirkannya.
"Macamana memanda kata dia hebat?"
"Lain kali saja kita ceritakan tentang kehebatannya, walaupun sebanyak sedikit kebolehannya
sudah dapat kamu bertiga rasakan."
Nonong anggukkan kepala, aku dengan penjelasan datuk. Muka Harun saya jeling. Dia masih
resah semacam, masih bimbang dan takut-takut.
KULIT
DINGIN subuh kian terasa menggigit kulit tubuh dan untuk menghangatkan badan terpaksa
berpeluk tubuh. Bunyi deru angin kian kerap mengusik gegendang telinga.
Sesekali terdengar bunyi tagar sayup-sayup memanjang. Selalunya, suasana seperti itu
menandakan hari mahu hujan. Kata orang tua-tua, hujan subuh membawa rahmat tetapi, bagi
pengamal ilmu hitam hujan subuh mengundang kecelakaan.
"Eh Tamar, Harun, kita tak boleh berlengah-lengah lagi," datuk segera bangun, mundar-mandir
di depan kami sambil jari kelingking kirinya menggaru-garu hujung dagu.
"Pergi bersihkan tubuh," sambungnya dengan tekanan suara separuh
keras.
"Tapi...."
"Apa lagi yang mahu kamu tanyakan Nonong?"
"Barang-barang dalam bungkusan dekat pintu tu, mahu dibiarkan saja di situ memanda."
"Terima kasih atas ingatan tu, kalau kamu tidak mengingatkannya, memang aku dah lupa,
Nonong," Datuk pun merenung ke arah bungkusan yang tersadai di bucu pantai.
Saya dan Harun berpandangan, dalam hati muncul doa: Semoga saya dan Harun tidak akan
diberikan tugas untuk menyelesaikan masalah bungkusan yang saya anggap berpuaka.
Memadailah dengan apa yang telah dilalui, cukup terseksa rasanya.
"Begini Nonong."
Apa yang bergolak dalam kotak fikiran segera tumpas. Sepasang anak mata ditujukan kembali ke
muka datuk.
"Lepas balik dari masjid kita selesaikan. Kamu tak usah takut-takut, buat kerja macam biasa
Nonong," suara datuk bersahaja. Nonong menggigit bibir, keresahan tetap terpamer di mukanya.
"Baiklah memanda."
Nonong bangun dan bersedia untuk melangkah keluar dari bilik.
"Nanti dulu Nonong," tahan datuk. Langkah Nonong terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh ke
arah datuk yang menjentik papan lantai dengan ibu jarinya berkali-kali.
"Masa ketiadaan kami, kamu jangan masuk atau melintas di depan bilik ni,"
"Kenapa memanda?" Nonong ingin tahu.
"Jangan banyak tanya, ikut saja cakap aku."
"Baiklah memanda, maafkan saya."
"Hummmm.." balas datuk.